i n t a n h i j a u |
SURAT BUKTI UMNO/BN POLITIKKAN SUMBANGAN RM100 Posted: 20 Nov 2011 04:15 AM PST Heboh diperkatakan betapa UMNO/BN telah memperkudakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam penyampaian sumbangan RM100 kepada pelajar sekolah. Ada yang berkata hanya arahan lisan mensyaratkan penyampaian melalui wakil rakyat atau pemimpin politik. Berikut adalah surat dari KPM yang jelas meletakkan syarat bahawa pihak sekolah diwajibkan menjemput ahli-ahli parlimen, ahli-ahli dewan undangan negeri atau wakil pemimpin yang terpilih dari kerajaan persekutuan dengan alasan ia adalah satu 'touch point' kerajaan kepada rakyat. Lihat... | ||||||||||||||||||||||||||||
TANAMKAN SIFAT SUKA AKAN SYARIAT ALLAH - ADUN CHANGKAT JONG Posted: 20 Nov 2011 12:03 AM PST TELUK INTAN, 19 November - Anak-anak perlu ditanam suka akan syariat Allah. Ini dapat direalisasikan melalui pendidik awal anak-anak dengan mengenal Allah dan RasulNya. Demikian disarankan oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin semasa merasmikan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Sekolah Rendah Al Munir, Kampung Padang Tembak dekat sini.
Menurut YB Anuar Sudin, PASTI adalah salah satu pendidikan prasekolah yang mampu mendidik para pelajarnya mengenal Allah dna Rasul serta cinta akan syariat. Adalah menjadi tangunggjawab ibu bapa dan guru untuk mendidik anak-anak supaya mereka suka dan cinta akan Allah. "Selain kita mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anak-anak, kita juga sepatutnya mendoakan anak-anak menjadi ahli syurga. Perkenalkan kepada mereka akhlak Rasulullah SAW sebaik serta tanamkan kasih sayang dengan ibu bapa. Insya-Allah, berkat doa dan didikan ibu bapa dan guru, anak-anak ini akan mempunyai benteng yang kukuh dalam diri dalam mendepani pelbagai cabaran," tambah beliau.
Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fatah Awang turut menyampaikan ucapan alu-aluan. Antaranya, PASTI telah beroperasi lebih 30 tahun di negara ini. Malahan, generasi awal PASTI kini telah menghantar anak-anak mereka pula ke PASTI.
Bagi beliau, PASTI amat perlu sebagai pendidikan awal agama yang mampu menjadi tembok kebal dalam berhadapan pelbagai gejala terutamanya gejala kerosakan aqidah. Beliau juga berharap semua pihak sentiasa bekerjasama memberikan sokongan kepada PASTI agar ia sentiasa cemerlang melahirkan anak-anak didik yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Di dalam majlis tersebut, semua murid PASTI yang berjaya dengan cemerlang dalam akademik telah diberikan anugerah dan hadiah. Para ibu bapa juga dihidangkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada keenam-enam unit PASTI di seluruh Teluk Intan. intanhijau.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan