Jumaat, 18 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tiada lagi bas awam di Seremban?

Posted: 18 Nov 2011 12:15 AM PST



2-3 hari ini keluhan kedengaran para pelajar yang tiada bas awam untuk pergi dan pulang dari sekolah. Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu perkhidmatan bas awam di Seremban dan Negeri Sembilan ada yang sudah tamat atau akan ditamatkan kerana pengusaha bas menanggung kerugian. Bukan setakat para pelajar, ibu bapa, orang ramai yang susah, lebih susah lagi para pemandu bas yang hilang punca rezeki.

Perkara ini juga akan menyebabkan juga kesesakan jalanraya yang lebih teruk di Seremban untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini Pakatan Rakyat telah mendesak kerajaan negeri agar mempertimbangkan untuk pemberian subsidi kepada pengusaha bas ini.

Kesian para pelajar yang sedang mengambil SPM sekarang ini, nak naik teksi pasti tinggi kosnya.

Kita tunggu dan lihat apa tindakan kerajaan negeri dan pusat selepas ini.

Beri subsidi kepada pengusaha bas

SEREMBAN 28 Julai 2011 - Kerajaan disarankan mempertimbangkan pemberian subsidi kepada pengusaha bas berhenti-henti di negeri ini agar mereka dapat menampung kos memperluaskan kawasan operasi. Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, kos yang tinggi mengakibatkan pengusaha terpaksa menamatkan perkhidmatan ke beberapa lokasi sekitar bandar ini.

"Penduduk di beberapa taman perumahan sering membuat aduan mengenai ketiadaan bas berhenti-henti di kawasan mereka.

"Keadaan bertambah buruk apabila mereka terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM10 untuk caj teksi ke lokasi yang jaraknya kira-kira 10 kilometer sahaja," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog DAP negeri bersama pengusaha bas Cityliner di Taman Oakland dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Wilayah II Cityliner, Mohd Zaki Awang dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, P Gunasekaran.

Sementara itu, Mohd Zaki berkata, pihaknya perlu ambil kira kos dan pulangan daripada perkhidmatan bas disediakan di setiap lokasi.

"Pengusaha bas terpaksa tanggung rugi jika bilangan penumpang di kawasan tertentu tidak cukup untuk tampung kos," katanya.

MB Akan Bertemu Pihak Cityliner

SEREMBAN, 16 Nov 2011 (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau akan bertemu pengerusi syarikat bas Cityliner yang menghentikan operasi tujuh anak syarikat bas henti-henti Cityliner di 10 laluan di Negeri Sembilan kerana mendakwa mengalami kerugian.

"Saya akan bersemuka dengan pengerusi syarikat tersebut dan saya nak dengar masalah mereka yang secara tiba-tiba memberikan notis selama seminggu nak memberhentikan laluan tersebut.

"Saya rasa tindakan itu tidak sealiran dengan pemikiran sekarang kerana sekarang ini usaha kerajaan ialah untuk melihat supaya kita meringankan beban orang ramai sebab bukan semua orang boleh mampu memiliki kereta dan pengangkuran awam masih lagi diperlukan.

"Saya akan fikirkan cara penyelesaian yang terbaik. Kerajaan negeri akan melihat supaya kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian terbaik. Dalam hubungan ini, apa saja tindakan dan keputusan yang akan dibuat, ia tidak akan membebankan rakyat dan pastikan rakyat diberikan keutamaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini pada Rabu.

Katanya beliau mendapat memorandum dari syarikat bas Cityliner Isnin lepas menyatakan mereka terpaksa menamatkan perkhidmatan bas henti-henti di 10 laluan di negeri ini kerana mendakwa mengalami kerugian.

"Saya akan melihat perkara ini secara terperinci kerana kita nak tahu dia rugi sebab apa. Kalau dia rugi sebab kurang penumpang, cara penyelesaiannya lain. Begitu juga kalau dia rugi kerana dia terpaksa lalu jalan tersebut, cara penyelesaiannya lain kerana bukan semua jalan yang dia rugi.

"Bagi pandangan saya, ada jalan yang dia untung, jadi jangan fikir dalam berniaga jangan nak untung saja, yang rugi tak nak ambil. Cityliner adalah pemegang konsesi pengangkutan bas yang terbesar di Negeri Sembilan," katanya.

Sementara itu, nasib lebih 100 pemandu bas Cityliner kini terumbang-ambing apabila pihak pengurusan syarikat membuat keputusan memberhentikan perkhidmatan bas mereka mula Rabu.

Pemandu Mustafa Ibrahim, 59, berkata beliau berasa kesal dengan tindakan syarikat yang membuat keputusan secara mengejut tanpa memaklumkan kepada pekerja dengan lebih awal.

Katanya pihak syarikat hanya memberitahu melalui panggilan telefon semalam yang meminta semua pemandu menghantar bas ke depoh Cityliner di Seremban 2.

"Tiada sebarang notis bertulis yang diberikan kepada kami, malah mereka hanya memberitahu sehari sebelum perkhidmatan ditamatkan, supaya memulangkan bas. Saya kecewa dengan tindakan tersebut, kerana keadaan ini seolah-olah telah menutup periuk nasi kami semua," katanya ketika ditemui di depoh bas Cityliner Seremban 2.

Katanya perkara yang paling dikesalkan apabila mengenangkan nasib penumpang setia bas mereka yang kini terpaksa mendapatkan perkhidmatan teksi dengan harga lebih mahal berbanding bas.

"Sekarang ini adalah minggu pelajar sekolah megambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dengan tiadanya perkhidmatan bas ini, maka segala-galanya akan terganggu. Masalah ini bukan hanya ditanggung oleh pemandu sahaja, tetapi penumpang juga turut merasai kesannya," katanya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim ketika dihubungi berkata pihaknya terpaksa menghentikan operasi tujuh anak syarikat bas henti-hanti Cityliner di Negeri Sembilan kerana mengalami kerugian sejak awal tahun ini yang kini mencecah RM7 juta.

"Kami terpaksa menanggung kerugian yang besar setiap tahun tetapi hingga kini masih belum ada pihak yang sudi membantu. Namun, saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi berbincang dengan lebih mendalam mengenai perkara ini, agar masalah tersebut dapat diatasi bersama," katanya.

Alangkah bagus kalau ada Kaunter Bergerak Baitul Mal

Posted: 17 Nov 2011 04:29 PM PST



Alangkah bagus perkhidmatan Kaunter Bergerak (Bas Bergerak) untuk kutipan zakat seperti di bawah ini diperluaskan untuk perkhidmatan lain terutamanya untuk agihan wang zakat atau wang bantuan kepada yang memerlukan seperti Kaunter Bergerak Baitul Mal, Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kaunter Bergerak Aduan Rakyat dan seterusnya.

Urusan bayar zakat dimudahkan
Kosmo 18 Nov 2011

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini berpeluang untuk membuat pembayaran zakat menggunakan sebarang kad kredit berlandaskan konsep syariah di kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui penyediaan perkhidmatan bayaran zakat tanpa wayar atau Zakat@AmIslamic Bank oleh AmIslamic Bank Bhd. (AmIslamic Bank).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank, Datuk Mahdi Murad berkata, terminal pembayaran tanpa wayar itu memberikan kemudahan kepada pihak LZS membuat pungutan pembayaran zakat di mana-mana lokasi khususnya di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah.

"AmIslamic Bank telah bekerjasama dengan pihak LZS sejak bulan Disember 2002 dalam usaha untuk memudahkan pembayaran zakat melalui kemudahan perbankan yang kami sediakan termasuk juga oleh Kumpulan AmBank.

"Para pelanggan boleh membuat pembayaran zakat melalui perkhidmatan perbankan dalam talian AmOnline atau mudah alih AmGenie atau di kaunter cawangan daripada akaun simpanan, semasa ataupun kad kredit AmIslamic Bank mengikut kesesuaian diri mereka," katanya pada majlis pelancaran Zakat@AmIslamic Bank di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Tiada ulasan:

Nuffnang