Direct Free Kick |
- Majlis Ramah Mesra bersama ADUN Chempaka di Satay Station, Kg Pandan 18/11/2011.
- Pertandingan Boling Terbuka ADN Chempaka & JKKK Kg Pandan
- EXCO AKUI TIDAK PUAS HATI DENGAN PELAKSANAAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS
Majlis Ramah Mesra bersama ADUN Chempaka di Satay Station, Kg Pandan 18/11/2011. Posted: 18 Nov 2011 08:22 AM PST |
Pertandingan Boling Terbuka ADN Chempaka & JKKK Kg Pandan Posted: 18 Nov 2011 01:48 AM PST |
EXCO AKUI TIDAK PUAS HATI DENGAN PELAKSANAAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS Posted: 17 Nov 2011 06:43 PM PST Petikan Dari Blog "Selangor : Tanah Tumpah DarahKu", EXCO AKUI TIDAK PUAS HATI DENGAN PELAKSANAAN RUMAH MAMPU MILIK PKNS Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad, mengakui beliau tidak berpuas hati dengan pelaksanaan projek Rumah Mampu Milik oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Katanya projek pertama Rumah Mampu Milik PKNS di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi telah dilancar pada 3 Jun lepas tetapi projek kedua di Kg Seri Temenggong, Gombak belum dilancar walaupun tapaknya telah dikenalpasti setahun yang lalu. Iskandar menyatakan sedemikian di dalam menjawab pertanyaan YB Lau Weng San (DAP - Kg Tunku) pada Sidang Dewan Negeri Selangor yang berakhir pada 17 November lepas. Menurut beliau, PKNS perlu mengatasi sebarang kelemahan jika mahu mencapai sasarannya membina 10,000 unit Rumah Mampu Milik. Lebih 1,500 unit dirancang akan bina pada 2012. Walau bagaimanapun Iskandar berkata Rumah Mampu Milik yang dibina oleh PKNS tidak akan dapat memenuhi keseluruhan keperluan Rumah Mampu Milik di Selangor. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri mengalu-alukan penglibatan pemaju-pemaju swasta membina Rumah Mampu Milik. Beliau melporkan, permohanan-permohonan telah diterima dari pemaju-pemaju untuk membina Rumah Mampu Milik bagi menggantikan Rumah Kos Rendah di kawasan-kawasan di mana permintaan Rumah Kos Rendah adalah terlalu rendah. Exco itu memberitahu, setakat ini 1 projek Rumah Mampu Milik dengan 136 unit sedang dibina di Sg Long, Kajang oleh sebuah pemaju swasta. Pemaju yang sama juga telah memohon untuk membina Rumah Mampu Milik dengan 536 unit di Seksyen U10, Shah Alam. Permohonan tersebut akan dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat Exco. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan