Khamis, 17 November 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masalah besar peserta RTP Risda di N.Sembilan

Posted: 16 Nov 2011 07:21 PM PST



Apakah masalah peserta-peserta Rancangan Tanah Pinggir Air Gelugor 2 ,Gemencheh, Negeri Sembilan telah menemaui jalan penyelesaiannya? Cuba bayangkan para peserta menerima pendapatan hasil sawit sebanyak RM 444 dalam masa 4 bulan . Pendapatan sebanyak RM 110 sebulan umur sawit 9 tahun yang sepatutnya hasilnya maksimum sedangkan peserta yang tidak bernaung bawah RISDA memperolehi pendapatan lebih kurang RM 600.

"Kami sudah hilang kepercayaan"

Sinar Harian 4 Mac 2010

GEMENCHEH – Peserta Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Kampung Tenai/Air Gelugor meluahkan rasa tidak puas hati dengan bayaran dividen diterima hasil pengeluaran buah kelapa sawit yang dikatakan tidak munasabah.

Mereka menyifatkan pembayaran dividen itu tidak setimpal sehingga terpaksa menanggung hutang bayaran ganti rugi mencecah puluhan ribu ringgit.

Peserta, Hassan Mohd Dom, 60, berkata, pembayaran dividen sebanyak RM100 sebulan tidak memadai dengan segala usaha dilakukan, sebaliknya menyedari menanggung hutang ganti rugi RM10,648 bagi satu lot tanah selepas mencuba keluar daripada Projek TSB terbabit.

"Saya berasa amat kecewa dengan pentadbiran jawatankuasa pengelola Projek TSB kerana melakukan sebegini rupa. Kesemua peserta kebanyakannya adalah ibu tunggal serta warga emas.

"Pendapatan peserta semakin susut dengan anggaran purata RM80 hingga RM100 sebulan mengikut keluasan tanah. Bayaran dividen ini sebenarnya tidak munasabah kerana hasil yang dikeluarkan kebun adalah 100 peratus," katanya.

Hassan berkata, bayaran dividen itu menjadikan peserta atau pemilik tanah berada dalam lingkungan tahap miskin tegar.

"Bagaimanapun, peserta yang kecewa tidak boleh keluar daripada Projek TSB sebelum menjelaskan hutang bayaran ganti rugi terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, dekat sini, semalam.

Bayaran ganti rugi bertambah

Hassan berkata, peserta juga bingung kerana mendapati hutang bayaran ganti rugi projek yang dikenakan semakin bertambah tanpa mengetahui sebabnya.

Malah, katanya, jumlah ganti rugi mencecah puluhan ribu ringgit dan membebankan peserta.

Menurutnya, perkara itu pernah dibangkitkan dalam mesyuarat bersama jawatankuasa pengelola Projek TSB kampung bagi mendapatkan penjelasan, namun segala pertanyaan tidak dilayan.

"Rasa tidak puas hati juga timbul apabila pelantikan jawatankuasa pengelola Projek TSB kini dibuat secara dwi-tahunan berbanding terdahulu pada setiap tahun," katanya.

Menurutnya, peserta ada memohon supaya jawatankuasa pengelola Projek TSB dipilih setiap tahun, namun, mereka hanya diberitahu proses pemilihan dibuat mengikut dwi tahunan.

Dividen tak relevan

Mokhtar Hamid, 56, berkata, pembayaran dividen yang diberikan kepada peserta setiap empat bulan sekali dengan anggaran purata RM100 sebulan adalah tidak relevan.

"Saya rasa tidak munasabah dengan pembayaran wang dividen yang diberikan mengikut lot tanah masing-masing kerana hasil buah kelapa sawit amat memuaskan. Sepatutnya peserta hanya menanggung hutang berjumlah kecil sekarang.

"Tambahan pula, saya yang juga salah seorang peserta TSB kampung ada mencuba mengusahakan sendiri projek di atas tanah milik ipar dan mampu meraih pendapatan sebanyak RM1,000 bagi tempoh 20 hari tanpa menanggung hutang," katanya.

Mokhtar berkata, peserta merasakan sudah hilang tempat mengadu dan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan akur untuk menjelaskan hutang bayaran ganti rugi dikenakan sekiranya mahu keluar daripada Projek TSB kampung ini.

"Kami ada menyuarakan permasalahan kami kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Risda negeri dan daerah ini namun tidak pasti langkah diambil pihak berkaitan untuk menyelesaikan maslaah ini," katanya.

JKKK sudah maklumkan Risda

Ahmad Ramlan, 63, mendakwa, terdapat sub kontraktor dilantik bagi memetik hasil tanaman menjalankan kerja di luar waktu ditetapkan dan aduan pernah dibuat kepada Risda daerah, namun tindakan tidak dapat diambil berikutan tiada bukti sahih.

Pengerusi Jawatankuasa Kese-lamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tenai Air Gelugor, Baharudin Rashid ketika dihubungi mengesahkan ada menerima keluhan peserta projek TSB terbabit sekali gus menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera.

"Pihak JKKK sudah memak-lumkan kepada wakil rakyat kawasan, pentadbiran Risda peringkat daerah dan negeri bagi mengambil tindakan segera dengan memulangkan semula tanah peserta di samping melupuskan hutang bayaran ganti rugi.

"Hal ini perlu diperhalusi dan disegerakan proses penyelesaian-nya demi kesejahteraan peserta kerana saya sendiri sudah tidak tahan melihat kesusahan yang dialami mereka dengan pemberian dividen hasil tidak seberapa," katanya.

Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi pihak Risda untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai permasalahan itu namun gagal.

Tiada berlaku penyelewengan

Pengerusi Jawatankuasa Projek TSB, Siti Rohani Ayob berkata, tiada penyelewengan berlaku di dalam projek itu seperti didakwa, sebaliknya peserta perlu mematuhi peraturan yang sudah dipersetujui dalam projek itu.

Menurutnya, dividen diterima peserta lebih kecil jumlahnya sebelum beliau mengambil alih jawatan itu pada 1 Januari 2009.

"Sebelum ini, semasa Pengerusi lama memegang jawatan, peserta hanya mampu meraih dividen RM50 hingga RM150 setahun.

"Bagaimanapun sejak saya mengambil alih, mereka mampu meraih RM400 dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Beliau sendiri tidak faham mengapa ada pihak cuba menjatuhkannya sedangkan selaku Pengerusi, dia hanya menjaga dan membersihkan kawasan Projek TSB.

"Bagaimanapun apabila kawasan ladang sudah bersih dan cantik, timbul pula masalah dividen ini," katanya.

Sumber :
http://pasns.blogspot.com/2010/03/kami-sudah-hilang-kepercayaan.html
http://kgtenaiairgelugor.blogspot.com/2010/02/bila-tuk-din-berkata-2.html

Hanya iman benteng pertahanan terakhir dari melakukan jenayah

Posted: 16 Nov 2011 05:37 PM PST



Pada bulan September 2011, 3 orang pegawai SPRM telah ditahan berkaitan kes rompakan hampir RM1 juta di Lapangan Terbang KLIA. Kini sebahagian dari wang rompakan tersebut yang disimpan di Ibu Pejabat Polis Selangor pula didapati hilang, walaupun bilik simpanan bahan bukti ini dikawal ketat.

Berita sebegini hanya menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap PDRM dan SPRM. Hanya iman yang teguh sebagai benteng terakhir seseorang itu dari melakukan jenayah.

Part of robbery loot goes missing
17 November 2011

Evidence of KLIA heist stolen from state police headquarters

Part of the loot in the RM930,000 robbery at the Kuala Lumpur International Airport on Sept 15 has gone missing from police custody.

The crucial evidence, said to be RM11,000, was kept in the investigating officer's room at the Selangor police headquarters in Shah Alam.

The money was discovered missing last week and investigators believed it was an inside job as all visitors to the police headquarters are strictly vetted.

It is learnt that although there are closed-circuit television cameras (CCTV) installed at various points in the building, there are no CCTVs at the investigating officers' rooms.

The missing money was part of the loot which comprised foreign currencies which was robbed from a group of moneychangers at KLIA.

The three MACC officers -- S. Vijayarao, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad and Aziz Jaafar -- were slapped with nine charges on Oct 7 at the Sepang Sessions Court.

It was reported that five men, including the three MACC officers, allegedly robbed the moneychangers of the cash at the airport's satellite building.

http://www.nst.com.my/local/general/part-of-robbery-loot-goes-missing-1.6983

TIGA PEGAWAI SPRM SAMUN KLIA DILUCUT TUGAS
Rabu September 21, 2011

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/9/21/mstar_berita/20110921212212&sec=mstar_berita

MACC MEN HELD OVER ROBBERY
Rabu September 21, 2011

KUALA LUMPUR: Three Malaysian Anti-Corruption Commission officers (MACC), including an assistant commissioner have been arrested for allegedly robbing a money changer of US$300,000 (RM900,000) inside the satellite building at KL International Airport (KLIA).

The three, said to be attached to the Putrajaya special operations division, were arrested on Tuesday by Sepang police following a report lodged by the money changer that he was robbed by them on Sept 15.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/22/nation/9550697&sec=nation

Sudah terhantuk baru nak terngadah

Posted: 16 Nov 2011 05:12 AM PST



Sudah terhantuk baru nak terngadah. Masalah pengangkutan awam di Seremban dan Negeri Sembilan ini telah lama dibangkitkan. Kenapa sekarang baru hendak cari jalan penyelesaian? Masalah ini telah dibincangkan sebelum ini di Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2011/08/siasat-aduan-perkhidmatan-bas-cityliner.html

MB Akan Bertemu Pihak Cityliner

SEREMBAN, 16 Nov 2011 (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau akan bertemu pengerusi syarikat bas Cityliner yang menghentikan operasi tujuh anak syarikat bas henti-henti Cityliner di 10 laluan di Negeri Sembilan kerana mendakwa mengalami kerugian.

"Saya akan bersemuka dengan pengerusi syarikat tersebut dan saya nak dengar masalah mereka yang secara tiba-tiba memberikan notis selama seminggu nak memberhentikan laluan tersebut.

"Saya rasa tindakan itu tidak sealiran dengan pemikiran sekarang kerana sekarang ini usaha kerajaan ialah untuk melihat supaya kita meringankan beban orang ramai sebab bukan semua orang boleh mampu memiliki kereta dan pengangkuran awam masih lagi diperlukan.

"Saya akan fikirkan cara penyelesaian yang terbaik. Kerajaan negeri akan melihat supaya kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian terbaik. Dalam hubungan ini, apa saja tindakan dan keputusan yang akan dibuat, ia tidak akan membebankan rakyat dan pastikan rakyat diberikan keutamaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini pada Rabu.

Katanya beliau mendapat memorandum dari syarikat bas Cityliner Isnin lepas menyatakan mereka terpaksa menamatkan perkhidmatan bas henti-henti di 10 laluan di negeri ini kerana mendakwa mengalami kerugian.

"Saya akan melihat perkara ini secara terperinci kerana kita nak tahu dia rugi sebab apa. Kalau dia rugi sebab kurang penumpang, cara penyelesaiannya lain. Begitu juga kalau dia rugi kerana dia terpaksa lalu jalan tersebut, cara penyelesaiannya lain kerana bukan semua jalan yang dia rugi.

"Bagi pandangan saya, ada jalan yang dia untung, jadi jangan fikir dalam berniaga jangan nak untung saja, yang rugi tak nak ambil. Cityliner adalah pemegang konsesi pengangkutan bas yang terbesar di Negeri Sembilan," katanya.

Sementara itu, nasib lebih 100 pemandu bas Cityliner kini terumbang-ambing apabila pihak pengurusan syarikat membuat keputusan memberhentikan perkhidmatan bas mereka mula Rabu.

Pemandu Mustafa Ibrahim, 59, berkata beliau berasa kesal dengan tindakan syarikat yang membuat keputusan secara mengejut tanpa memaklumkan kepada pekerja dengan lebih awal.

Katanya pihak syarikat hanya memberitahu melalui panggilan telefon semalam yang meminta semua pemandu menghantar bas ke depoh Cityliner di Seremban 2.

"Tiada sebarang notis bertulis yang diberikan kepada kami, malah mereka hanya memberitahu sehari sebelum perkhidmatan ditamatkan, supaya memulangkan bas. Saya kecewa dengan tindakan tersebut, kerana keadaan ini seolah-olah telah menutup periuk nasi kami semua," katanya ketika ditemui di depoh bas Cityliner Seremban 2.

Katanya perkara yang paling dikesalkan apabila mengenangkan nasib penumpang setia bas mereka yang kini terpaksa mendapatkan perkhidmatan teksi dengan harga lebih mahal berbanding bas.

"Sekarang ini adalah minggu pelajar sekolah megambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dengan tiadanya perkhidmatan bas ini, maka segala-galanya akan terganggu. Masalah ini bukan hanya ditanggung oleh pemandu sahaja, tetapi penumpang juga turut merasai kesannya," katanya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim ketika dihubungi berkata pihaknya terpaksa menghentikan operasi tujuh anak syarikat bas henti-hanti Cityliner di Negeri Sembilan kerana mengalami kerugian sejak awal tahun ini yang kini mencecah RM7 juta.

"Kami terpaksa menanggung kerugian yang besar setiap tahun tetapi hingga kini masih belum ada pihak yang sudi membantu. Namun, saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi berbincang dengan lebih mendalam mengenai perkara ini, agar masalah tersebut dapat diatasi bersama," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=sl&id=627375

300 Orang Asli bantah depan SUK NS

Posted: 16 Nov 2011 01:28 AM PST



300 Orang Asli bantah depan SUK NS
November 16, 2011

"Kami juga kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan adalah setinggan," kata jurucakap Ezuli Langkap.

SEREMBAN: Lebih 300 Orang Asli dari seluruh Negeri Sembilan hari ini menyuarakan bantahan selama tiga jam di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini berhubung Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli.

Sejurus selepas itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membantah cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar baru itu.

Jurucakap 'Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan' (JKKOANS), Ezuli Langkap berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan sekeras-kerasnya sepertimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 22 September lalu.

"Kami juga kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan adalah setinggan.

"Setiap keputusan yang dibuat tanpa merujuk dan berbincang dengan kami. Beliau langsung tidak sensitif kepada masyarakat kami.

Sebaliknya beliau telah memperlekehkan masyarakat kami yang merupakan masyarakat asal Negeri Sembilan dan Malaysia", kata Ezuli.

Tanah adat

Mengikut Ezuli, pelaksanaan Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli nanti akan menyebabkan mereka kehilangan hak turun-temurun ke atas tanah adat mereka.

"Semua tanah adat kami akan diambil alih kerajaan. Seterusnya kerajaan akan beri dua ekar tanah yang akan dimajukan samada oleh Felcra atau Risda.

"Selepas itu kami tak perlu lakukan apa-apa dan bayaran sebanyak RM1,500.00 dalam bentuk saham lot akan diberikan setiap bulan.

"Kami membantah langkah ini kerana dengan ini kami akan kehilangan hak ke atas tanah adat resam kami yang kami usahakan sejak zaman nenek moyang kami.

"Malah kami mampu mencari pendapatan melebihi dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Contohnya ketika ini ramai di antara kami menoreh getah, menjual petai dan akar kayu," jelas Ezuli.

Ezuli mendesak kerajaan negeri agar membatalkan dasar pemberimilikan tanah yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.

Beliau menggesa supaya keseluruhan wilayah tanah adat mereka diiktiraf mengikut Artikel 26 dalam Undang-Undang Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) berkenaan dengan hak Orang Asal.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/16/300-orang-asli-bantah-depan-suk-ns/

Tiada ulasan:

Nuffnang