Direct Free Kick |
- JAWAPAN YB ISKANDAR ABDUL SAMAD, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR KEPADA PERTANYAAN NO. 74 OLEH YB TUAN LAU WENG SAN ( KG. TUNKU ).
- JAWAPAN YB ISKANDAR ABDUL SAMAD, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN NEGERI SELANGOR KEPADA PERTANYAAN NO. 49 OLEH YB KHASIM ABDUL AZIZ ( LEMBAH JAYA )
- Jamuan Rakyat sempena Hari Raya Korban di Kg Pandan 7 Nov 2011.
Posted: 17 Nov 2011 12:55 AM PST a.) Jumlah Rumah Mampu Milik yang akan dibina di Daerah Petaling oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) adalah, 1.) Seksyen U12, Shah Alam oleh PKNS / Debbin Sdn. Bhd. - 96 unit pangsapuri 2.) Seksyen U12, Shah Alam oleh PKNS / Must Ehsan Sdn. Bhd. - 400 unit pangsapuri Kerajaan Negeri mengakui PKNS sahaja tidak akan dapat memenuhi permintaan Rumah Mampu Milik di Daerah Petaling. Untuk seluruh negeri Selangor, penglibatan sektor swasta juga diperlukan untuk menyediakan Rumah Mampu Milik yang secukupnya. Pelaksanaan projek Rumah Mampu Milik oleh PKNS perlu juga dipercepatkan. Projek pertama di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dengan 124 unit telah dilancarkan pada 3 Jun 2011. Tetapi projek kedua di Kg. Seri Temenggong, Gombak masih belum dilancarkan walaupun tapak tersebut telah dikenalpasti tahun lepas. Menurut perancangan terkini, projek ini akan dilancarkan paling awal pada Mac 2012. Kelemahan-kelemahan seperti ini mesti diperbaiki oleh PKNS sekiranya bekalan Rumah Mampu Milik yang secukupnya hendak disediakan. Walau bagaimanapun sektor swasta telah dilibatkan dengan projek-projek Rumah Mampu Milik di bawah oleh sebuah pemaju swasta, 1.) Sg. Long 800 kaki persegi dengan harga RM72,000 – 136 unit – Dalam pembinaan 2.) Seksyen U10, Shah Alam 850 kaki persegi dengan harga RM89,000 – 536 unit - Menunggu kelulusan Exco. Satu lagi sebab kenapa, sektor swasta perlu dilibatkan adalah kerana tidak ada tapak-tapak yang sesuai yang dimiliki oleh PKNS untuk membina lebih banyak Rumah Mampu Milik. Penglibatan sektor swasta akan melipatgandakan jumlah projek Rumah Mampu Milik di Selangor. Kerajaan Negeri telah menerima cadangan-cadangan dari pemaju-pemaju yang mahu membina Rumah Mampu Milik di kawasan-kawasan di mana pemintaan untuk Rumah Kos Rendah adalah terlalu rendah. Cadangan ini akan dikaji dengan teliti. b.) Tidak ada pemotongan harga akan diberi untuk pembeli Rumah Mampu Milik. Harganya adalah sama bagi semua kaum. |
Posted: 17 Nov 2011 12:53 AM PST a. ) Di bawah Pakatan Rakyat, rumah-rumah kos rendah masih dibina di Selangor. Buat masa ini sejumlah 3,317 unit rumah kos rendah sedang dalam pembinaan. Sejumlah 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan iaitu projek terbengkalai atau projek sakit. Sementara 8,579 unit rumah kos rendah telah mendapat kelulusan untuk dibina. Oleh itu jumlah rumah kos rendah yang akan siap dibina adalah 22,234 unit. b. ) Untuk mereka yang tidak mampu membeli rumah kos rendah, terdapat rumah-rumah di Projek Perumahan Rakyat atau PPR yang boleh disewa oleh rakyat. Senarai lengkap adalah seperti berikut, 1.) PPR Kg. Baru HICOM di Seksyen 26, Shah Alam dengan 980 unit dan 396 unit kosong. 2.) PPR Taman Tasik Teratai di Serendah, Hulu Selangor dengan 300 unit dan 215 unit kosong. 3.) PPR Kota Damansara di Seksyen 8, Kota Damansara dengan 1,152 unit dan 293 unit kosong. 4.) PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang dengan 3,004 unit dan 488 unit kosong. Kerajaan Negeri telah menurunkan sewa yang pernah dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada Jun 2007. Pengurangan sewa ini adalah bagi mereka berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan atau yang mempunyai tanggungan yang ramai. Mereka yang hendak menyewa rumah PPR tidak perlu membayar deposit secara sekali gus. Bagi yang berpendapatan rendah, deposit boleh dibayar secara ansuran. Selain itu, Kerajaan Negeri di dalam peringkat akhir rundingan dengan sebuah untuk menyediakan pinjaman perumahan di bawah skim pinjaman khas bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji iaitu seperti mereka yang bekerja sendiri. Sebagai permulaan, bekas peneroka bandar Kg. Rimba Jaya akan menikmati kemudahan ini. Skim ini akan diperluaskan selepas ini. |
Jamuan Rakyat sempena Hari Raya Korban di Kg Pandan 7 Nov 2011. Posted: 16 Nov 2011 05:27 PM PST |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan