Anwar Ibrahim |
- PM Perlu Malu ISA Diguna Lagi
- Memoir Syed Husin: Apabila Idealisme Bergabung Dengan Kuasa
- Ini Pilihanraya Terakhir Najib Selaku Perdana Menteri
- FBC Yang Diupah Najib Pernah Bekerja Untuk Rejim Mubarak
- Siasatan Video: Satu Lagi Cubaan Mengaibkan
Posted: 17 Nov 2011 03:30 AM PST Penahanan terbaru sekumpulan lelaki bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disifatkan “mengesahkan kesangsian” rakyat terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu sebelum ini. “Kini ia amat pasti bahawa pengumuman itu hanyalah untuk kepentingan politik Najib dan tidak serius dan jujur dalam memansuhkan akta zalim ini,” kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras NGO hak asasi Suaram E Nalini. Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa. Dalam kenyataan bersama Syed Ibrahim dan Nalini hari ini, mereka mempersoalkan sama ada Najib cuba memperdayakan rakyat Malaysia berhubung penangkapan pertama selepas pengumuman pemansuhan ISA pada 15 September lalu. “PM perlu berasa malu atas penangkapan ini,” kata mereka sambil menyifatkan tuduhan ke atas kumpulan lelaki itu masih tidak pasti. Polis dilaporkan menggunakan ISA di Sabah kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan yang menggunakan Tawau sebagai tempat transit senjata dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang beroperasi dari Kalimantan. Senaraikan nama, status Bagaimanapun, memetik sumber, laporan Berita Harian dan The New Straits Times itu tidak sepakat sama ada 10 atau 11 orang ditahan bawah akta kontroversi itu. GMI dan Suaram pula menyifatkan jumlah dilaporkan hanyalah angka “tidak rasmi” kerana sumber mereka memaklumkan kemungkinan 14 orang ditahan. Kedua-dua NGO itu turut menyenaraikan nama invidividu yang didakwa ditahan, termasuk status pekerjaan mereka. Menurut GMI dan Suaram, identiti mereka: Mohd Nazri Dollah (guru agama), Yusof Saripuddin (peniaga ayam) Muhd Adnan Umar dan Darto Bandu (guru tuisyen), Muhd Abduh Umar (pemandu lori), Faizal Hamma dan Joni @ Muadz (pengedar akhbar harian) dan Bakar Baba (guru). Tiga lagi individu lain – dikenali Adwan, Azmi dan Suriadi – tidak dinyatakan nama penuh dan status pekerjaan mereka. Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi dilaporkan enggan mengulas penahanan tersebut kerana kes itu dikendalikan Bukit Aman. ‘Amaran sebelum ditahan’ Sementara itu, jabatan undang-undang dan hal ehwal Sabah dan Sarawak Pemuda PAS berkata pihaknya terkejut dengan penahanan itu setelah dimaklumkan keluarga mangsa – sepuluh daripada tahanan didakwa pendakwah. Pengerusi kedua-dua jabatan itu Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan Abang Ahmad Kardee Abang Masagus mendakwa, mereka percaya tangkapan itu rentetan laporan PAS Sabah bahawa ahli-ahlinya diberikan amaran oleh polis supaya tidak terlibat dengan program politik dan dakwah sekiranya tidak mahu ditangkap. “Justeru, kami percaya bahawa tangkapan ini hakikatnya adalah bermotifkan politik semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan Seksyen 73(1) ISA,” kata mereka dalam kenyataan bersama. |
Memoir Syed Husin: Apabila Idealisme Bergabung Dengan Kuasa Posted: 17 Nov 2011 02:19 AM PST |
Ini Pilihanraya Terakhir Najib Selaku Perdana Menteri Posted: 16 Nov 2011 06:23 PM PST
|
FBC Yang Diupah Najib Pernah Bekerja Untuk Rejim Mubarak Posted: 16 Nov 2011 05:09 PM PST Syarikat penerbitan London, FBC Media yang diupah kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak, didapati pernah bekerja untuk rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Mubarak yang berkuasa di Mesir selama 30 tahun digulingkan menerusi revolusi pada 25 Januari lalu, menyaksikan jutaan rakyat Mesir turun ke jalan raya selama 18 hari. Perkara itu disahkan akhbar The Independent UK dalam laporan mengenai Perbadanan Penyiaran British (BBC) yang turut membeli program terbitan FBC Media. "The Independent mendapati FBC pernah bekerja dengan rejim bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak," kata akhbar itu dalam rencana mereka berjudul "Skandal program 'murah' BBC terdedah." Menurut akhbar itu, BBC kini berhadapan siasatan badan penyelaras penyiaran di UK, Offcom di atas penyiaran 15 program editorial yang hanya menelan "kos yang kecil". Lapan daripada 15 program yang diperolehi BBC itu datangnya daripada FBC Media, yang menerima bayaran 17juta pound daripada pentadbiran Najib untuk memperbaiki imej pentadbirannya di peringkat antarabangsa. FBC dilaporkan menghasilkan tujuh program untuk BBC di Malaysia, empat daripadanya untuk siri "Develop or Die". BBC kini dilaporkan bertindak menamatkan kontrak mereka dengan FBC. "Berkenaan FBC, kami dengan segera menggantung penyiaran program dari FBC apabila sedar tentang isu ini dan FBC sendiri kemudiannya mengaku yang ia bekerja untuk kerajaan Malaysia," kata jurucakap BBC seperti dilaporkan The Independent. Sebelum ini kerajaan mengaku melantik FBC Media sebagai konsultan untuk menaikkan imej Malaysia dan juga Perdana Menteri di peringkat antarabangsa. Kontrak selama setahun itu disambung sebanyak dua kali dan tamat pada 2010 dengan kos perbelanjaan selama tiga tahun sebanyak Euro 19.6 juta (RM84 juta). |
Siasatan Video: Satu Lagi Cubaan Mengaibkan Posted: 16 Nov 2011 04:45 PM PST Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan polis yang diperkudakan oleh pemimpin-pemimpin politik mereka sekali lagi cuba “mengaibkan” dirinya. Bercakap kepada wartawan selepas memberi kenyataan di balai polis Kepong petang semalam, Anwar berkata siasatan itu berikutan laporan polis yang dibuatnya 22 Mac lalu terhadap trio ‘Datuk T’ yang telah menayangkan sebuah pita lucah yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang miripnya. “Saya telah buat laporan polis berhubung ugutan yang berkata ‘jika Anwar dan (presiden PKR Dr) Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan, mereka (Datuk T) akan mendedahkan segala-galanya’. “Tetapi (di sebalik menyiasat ugutan itu, pihak polis menjalankan) siasatan ini, kononnya mahu untuk mengenal pasti siapa dalam video itu yang bertujuan untuk memalukan saya lagi. “Penjenayah yang telah membunuh, mencuri lembu, merompak ratusan juta ringgit tidak disiasat,” kata Anwar. Beliau tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang semalam dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam. Menurut Anwar lagi, beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. “Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadap saya berhubung laporan (penafian terlibat dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan,” katanya . Pada laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Mac lalu, Anwar juga menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan