Isnin, 14 November 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


HARI KANAK-KANAK PASTI IBNU RUSYD MERIAH

Posted: 14 Nov 2011 02:28 AM PST


TELUK INTAN, 13 November - PASTI Ibnu Rusyd telah menganjurkan Hari Kanak-Kanak yang telah diadakan di Taman Cicely dekat sini. Ia telah dirasmikan oleh Setiausaha PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Mohd. Farid Al Jarumi.

Menurut Pengurus PASTI Ibnu Rusyd Sdr. Rahmat Maliki, antara objektif program tersebut ialah untuk meraikan para pelajar PASTI Enam Tahun yang bakal memasuki alam persekolahan pada tahun depan. Selain itu, ia juga meraikan para pelajar PASTI yang cemerlang di dalam peperiksaan serta menonjolkan bakat dan kebolehan pelajar PASTI.
Ketua Cawangan, Sdr. Ahmad Kabir menyampaikan ucapan.
Pengurus PASTI Ibnu Rusyd menyampaikan ucapan aluan.

Murid PASTI bersiap sedia menyampaikan persembahan.

Di dalam ucapan perasmian, Sdr. Farid Al Jarumi telah menyatakan akan kemampuan sistem pendidikan PASTI sehingga melahirkan para pelajar yang berkemampuan, berkebolehan serta berdaya saing semasa mereka berada di sekolah rendah. Ini telah terbukti apabila pelajar lepasan PASTI kebanyakannya berjaya dengan cemerlang apabila mereka berada di sekolah rendah.
Sebahagian ibu bapa yang hadir.

Oleh kerana itu, beliau menyarankan kepada para ibu bapa agar menghantar anak mereka ke sekolah rendah Islam demi meneruskan sistem tarbiyyah Islam yang telah anak mereka peroleh semasa di PASTI.Turut menyampaikan ucapan ialah Ketua PAS Cawangan Batu 3/Cicely, Sdr. Ahmad Kabir Mahdin.

Kehadiran ibu bapa pada hari itu begitu menggalakkan. Mereka berpeluang melihat murid-murid PASTI menunjukkan bakat masing-masing melalui persembahan seperti Nasyid Tiga Bahasa (Arab, Melayu dan Inggeris), deklamasi sajak dan dialog dalam bahasa Arab.
Persembahan nasyid Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris.

Adik Amira Rusydina mendeklamasikan sajak.

Persembahan dialog bahasa Arab.

Di samping itu, murid-murid PASTI yang cemerlang telah menerima hadiah meliputi murid empat, lima dan enam tahun. Hadiah juga diberikan kepada murid yang cemerlang di dalam beberapa mata pelajaran.

Turut hadir ialah Pengerusi PASTI Kawasan Teluk Intan, Sdr. Shamsudin bin Mahmud.
Seorang murid PASTI menerima hadiah.


Bergambar beramai-ramai bersama ibu bapa dan guru.

Untuk pendaftaran kemasukan PASTI Ibnu Rusyd pada tahun 2012, pihak PASTI Ibnu Rusyd buat kali pertamanya menggunakan pendaftaran secara dalam talian (online) di samping menggunakan kaedah pengisian borang secara manual. Alamat pendaftaran secara online ialah http://pastiibnurusydcicely.blogspot.com/2011/10/pendaftaran-pelajar-pasti-ibnu-rusyd.html

intanhijau.blogspot.com

KERJA 9 JAM : CIKGU BUKAN TIKUS PUTIH

Posted: 13 Nov 2011 11:28 PM PST


Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa "tidak wajar" dan "tidak munasabah".

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan "tikus makmal" dalam sistem pendidikan negara.

"Bahkan, banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran (kendalian) mereka, justeru mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?" kata Riduan.

Warga pendidik juga, tambah Riduan, terpaksa hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, aktiviti riadah di luar darjah, lawatan sambil belajar dan kursus wajib yang mesti diikuti.

"Bagaimana pula kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain?" soalnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan juga berkata, suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah menyebabkan banyak perkara memerlukan inisiatif sendiri kumpulan itu, termasuk mengeluarkan duit kocek sendiri.(malaysiakini)

Tiada ulasan:

Nuffnang