Anwar Ibrahim |
- Gani Patail’s Deep Involvement In Latest Anwar Ibrahim Police Probe Is Confirmed
- Jemputan Forum GST Dan Inflasi
- Politik Pelajar: Jangan Cakap Lain, Buat Lain, Kata KAMI
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor
- Sikap Amanah Bawa Selangor Lonjak Agihan Kebajikan Rakyat
- DSAI Dialogue With More Than 200 Community Leaders From Some 65 Chinese Associations And Guilds in Subang Jaya, Selangor 08/11/2011
Gani Patail’s Deep Involvement In Latest Anwar Ibrahim Police Probe Is Confirmed Posted: 14 Nov 2011 04:22 AM PST Home Minister Hishamuddin Hussein Onn announced today that the investigation papers in the latest police probe against Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim has been submitted to the Atttorney General. The probe is the newest in a series of politically motivated police and prosecutorial actions launched against Anwar Ibrahim since 1998, with the complicity of UMNO, A-G Gani Patail and the top police leadership. This time Anwar is being investigated for supposedly giving false information to the police. Hishamuddin’s statement is surprising, disturbing and suspicious. Datuk Seri Anwar Ibrahim is only scheduled to give a statement to the police on this matter on Wednesday 16th November 2011; yet it seems the papers had already been submitted to the Attorney General. This development confirms the deep involvement of the A-G Tan Sri Gani Patail in this latest police investigation against the Federal opposition leader. Serious allegations of Gani Patail’s involvement in fabricating evidence in the first sodomy trial and the ‘black-eye’ investigation have yet to be resolved or answered. Further, Gani Patail’s animosity towards the political opposition in general and biasness in favour of the BN government is a matter of public knowledge. It should be noted that widespread public concern on this matter had forced former Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi in July 2008 to order that A-G Gani Patail have no direct involvement in the second sodomy trial. What is clear is that Anwar can have no hope of fairness or justice in this latest police action against him. This relentless and disgraceful hounding, harassment and intimidation of Anwar Ibrahim must stop; the BN government must realise that the people of this country and the global community are watching and judging their actions. Issued by, |
Jemputan Forum GST Dan Inflasi Posted: 14 Nov 2011 04:13 AM PST Sukacita dimaklumkan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menganjurkan satu forum bertajuk “GST dan Inflasi” pada hari Rabu ini. Butiran adalah seperti berikut: Tajuk: “GST dan Inflasi” Ahli Panel: Kami mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari. Forum terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. |
Politik Pelajar: Jangan Cakap Lain, Buat Lain, Kata KAMI Posted: 13 Nov 2011 06:41 PM PST Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) menuntut penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Sahol Hamid Abu Bakar berhubung pertandingan pidato politik anjuran Pemuda BN di kampus universiti itu, semalam yang dikatakan secara terang- terangan berunsurkan politik. Dalam satu kenyataan media, presiden KAMI, Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata jika kerajaan benar-benar ikhlas tidak mahu mahasiswa berpolitik, sepatutnya kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus tidak seharus dikeluarkan. "Mahasiswa merasakan keterangan naib canselor UiTM bertajuk "Tidak Perlu Pinda AUKU" hanyalah sekadar retorik semata-mata. "Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus. "Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa," katanya. Menurut Haziq Abdullah, kenyataan Sahol Hamid (kiri), Jumaat lalu bahawa politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapatkan pekerjaan bagi menjamin masa depan, bercanggah dengan apa yang terjadi di kampus UiTM. Sahol Hamid juga dilaporkan berkata bahawa universiti itu tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti. “Anak-anak (penuntut UiTM) saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. “Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah,” katanya. Kongkong mahasiswa Bagaimanapun menurut KAMI, mahasiswa perlu diberikan kebebasan untuk meluahkan pendapat walaupun apa yang bakal diperkatakan itu mungkin bertentangan dengan apa yang dihasratkan oleh pihak universiti. "Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan naib canselor UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan. "Kenyataan bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan,” kata Haziq Abdullah. Beliau tegas mempertahankan bahawa mahasiswa mesti diberikan kebebasan yang sewajarnya untuk bersuara. "Tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir," katanya. "Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain." Pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri peringkat saringan zon tengah di UiTM, Shah Alam, semalam,dirasmikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (dua dari kanan). Khairy juga dipetik Bernama berkata program anjuran unit pidato Pemuda Umno itu akan diteruskan di empat zon iaitu zon utara, selatan, pantai timur dan Sabah serta Sarawak. |
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor Posted: 13 Nov 2011 06:36 PM PST DEMI RAKYAT 15 November 2011 (Selasa) Program 1) 8.00 – 9.00 mlm – Solat Isya' – Surau Tmn Sri Penggaram, Batu Pahat Program 2) 7.00 – 10.45 mlm – Jamuan Makan Malam KeADILan Lokasi: Grand Sea View Restaurant, Jln Tanjung Laboh, Batu Pahat Program 3) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi: Markaz PAS Parit Bilal, Jln Bukit Pasir, Batu Pahat Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng 3. YB Tian Chua 4. YB Dr Dzulkifli Ahmad 5. YB Dr Boo Cheng Hau 6. YBhg Syed Abdul Hamid Ali |
Sikap Amanah Bawa Selangor Lonjak Agihan Kebajikan Rakyat Posted: 13 Nov 2011 04:43 PM PST Pengurusan wang yang beramanah adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti di Selangor, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Beliau berkata, ratusan juta ringgit berjaya dijimat dan dipulangkan kembali demi kebajikan rakyat, hasil pembasmian ketirisan dan rasuah. Dalam kenyataan media, Azizah memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin. "Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk 2012 menunjukkan pengurusan ekonomi negeri menjana pembangunan pesat. "Simpanan tunai kerajaan Selangor kini mencecah RM1.2 bilion – jumlah tertinggi dalam 28 tahun," katanya yang mengalu-alu Belanjawan Selangor 2012 bertema 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat'. Memuji pentadbiran Selangor yang berjaya melonjak hasil negeri dan memastikan pengagihan khazanah secara adil dan prihatin, Aziziah berkata, pimpinan kerajaan negeri meneliti setiap pengurusan wang rakyat dan mengenal pasti serta mengutip semula hutang sektor swasta kepada rakyat. Contohnya, beliau berkata tiada rekod berkaitan hutang RM391 juta Talam Corporation kepada kerajaan Selangor ketika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada Mac 2008. Untuk 2012, Selangor meneruskan program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan tambahan RM300 juta atau 15 peratus dari Belanjawan 2011 melalui geran untuk meringankan beban rakyat. Sasaran program ialah menyalur bantuan kepada penduduk berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar, golongan petani dan nelayan serta orang kelainan upaya (OKU). Menegaskan komitmen Pakatan Rakyat memastikan rakyat berpeluang memperoleh pendapatan encukupi setara dengan kos sara hidup, Azizah berkata, ia bukan bersifat 'one-off' seperti amalan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Posted: 13 Nov 2011 04:23 PM PST
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan