Isnin, 14 November 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak

Posted: 14 Nov 2011 06:38 AM PST

18 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Harga saham Harvest Court Industries Bhd, syarikat balak yang kurang diketahui sebelum ini, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun selepas anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.

NONEHarga sahamnya mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu.

Harga itu kemudiannya ditutup pada RM2.13. Ia adalah rekod lonjakan 48 sen atau sehingga 29 peratus sejak semalam.

The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata Nazifuddin dan rakan perniagaannya Raymond Chan dilantik antara pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober.

Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November, manakala Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 peratus.

Sejak itu, harga saham melepasi RM1 dan kekal dalam senarai jumlah tertinggi untuk beberapa hari.

Nazifuddin, 28, anak kedua Datuk Seri Najib Razak dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu berpisah pada 1987 dan Najib kemudiannya mengahwini Rosmah Mansor.

Chan, ahli perniagaan yang aktif di Sabah, memiliki saham yang kukuh dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu. Nazifuddin merupakan pengerusi Sagajuta.

Malaysiakini./-

Di mana SPRM dalam isu skandal NFC

Posted: 14 Nov 2011 06:29 AM PST

18 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal tiada sebarang siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun laporan sudah dibuat mengenai National Feedlot Corporation (NFC) dengan menamakan individu tertentu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenapa sampai hari ini belum ada tindakan daripada SPRM?

"Jika isu ini melibatkan Pakatan Rakyat, sudah tentu awal-awal lagi kita sudah disiasat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, skandal NFC itu membuktikan kegagalan transformasi Najib yang ingin memerangi ketirisan.

"Ini satu skandal yang boleh menjatuhkan menteri apa lagi bila diberi kepada suami dan anak.

"Apa lagi yang ingin dipertahankan sedangkan Ketua Audit Negara laporkan demikian.

"Najib hilang wibawa dan kelayakan untuk bawa reform yang katanya untuk menentang ketirisan," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita dan Pengarah Strategi PKR, Zuraida Kamaruddin dan Rafizi Ramli.

Sementara itu, SPRM dalam satu kenyataan ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan www.sprm.gov.my National Feedlot Corporation (NFC) mengesahkan bahawa satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM 9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan SPRM dan setelah diteliti aduan tersebut, bahagian itu telah mengaklasifikasikan aduan tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM 2009).

Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak PDRM.

Pengadu telahpun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Nampaknya isu ini susah untuk dialih oleh media pro BN dengan isu yang baru. Apalagi bila sebut saja lembu orang kampung mudah faham. Jadi saya cadangkan supaya semua jentera Pakatan Rakyat gunakan isu ini sebagai salah satu isu utama untuk fahamkan kepada rakyat bahawa UMNO sudah tidak boleh diharap dan merekalah perompak wang negara yang sebenar walaupun seorang wanita.

Posted: 14 Nov 2011 06:25 AM PST

18 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menggesa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Bung berkata, tindakan itu perlu kerana isu tersebut menyusahkan parti.

Beliau yang berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil itu juga mahu tindakan segera diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Tambahnya lagi kerana seorang individu yang terlibat dengan isu fidlot kebangsaan itu menyebabkan seluruh Umno susah.

"Kerana seorang individu yang terlibat dalam isu fidlot seluruh Umno susah, saya harap letak jawatan segera dan jangan menyusahkan Umno kerana dia kita yang susah nak menjawab setiap pertanyaan rakyat di luar," sambungnya yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC)

PKR sebelum ini mendedahkan status dana rakyat sebanyak RM256 juta (RM250 juta dalam bentuk pinjaman dan RM6 juta dalam bentuk geran) telah disalurkan sepenuhnya kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Ini termasuklah pindahan wang ke dalam akaun-akaun deposit tetap milik NFC yang bakinya berjumlah RM119 juta pada 31 Disember 2009, pindahan wang kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sehingga mencecah jumlah RM83 juta pada 31 Disember 2009, perbelanjaan perjalanan luar negara dan keraian berjumlah RM828,000 dalam tahun 2009 dan subsidi kepada restoran Meatworks milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil berjumlah RM3 juta dalam tahun 2009.

Adun Umno diperintah bayar gantirugi kepada PKINK

Posted: 14 Nov 2011 06:20 AM PST

18 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.

Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk " Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK" .

Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .

Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut.

Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .

PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .

Selamat menduduki Peperiksaan SPM.

Posted: 14 Nov 2011 01:53 AM PST


17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -Mohd Sabri Zainuddin yang buta penglihatan menjawab kertas Bahasa Melayu 1 dengan menggunakan sistem Braille sambil diawasi oleh guru peperiksaan Siti Arabatul Mokhtar ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di Maktab Sultan Abu Bakar, pada Isnin. -Foto BERNAMA

Kami seluruh warga kerja blog Cina islam mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menduduki Peperisksaan SPM kepada seluruh pelajar yang terlibat diseluruh negara bermula pada hari ini.

Kepada ibu bapa dan para guru yang terlibat membimbing anak-anak mereka kami ucapkan tahniah diatas kegigihan semua pihak sebelum dari ini.

Semuga segala usaha murni dengan tidak mengenal penat dan lelah itu diberkati dan dirahmati oleh Allah jua serta membuahkan hasil yang baik dengan diberikan kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak kita kelak.

Didikan yang diberikan juga tidak terlepas dari penekanaan yang utama khususnya kepada pelajar Islam bahawa kejayaan yang sebenar adalah diakhirat dengan berbekalkan ketakwaan kepada Allah selama di dunia dengan melakukan apa sahaja yang di suruh Allah dan meninggalkan apa jua yang dilarang Nya.

PAS terus tuntut pilihan raya bersih

Posted: 14 Nov 2011 01:43 AM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: PAS dan Pakatan Rakyat sedang memerhatikan tuntutan Bersih 2.0 secara serius kerana kerajaan belum menunaikan tuntutan tersebut, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara tuntutan berkenaan akses media yang bebas dan adil, daftar pemilih yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada jari, reformasi undi pos, penyalahgunaan jentera kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan berwibawa.

"PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya," kata ahli Parlimen Marang itu.

Menurutnya, sehingga hari ini semua tuntutan Bersih belum lagi ditunaikan. Pada 7 Julai lalu, Bersih yang disokong parli politik pembangkang dan NGO mengadakan perhimpunan besar-besaran mendesak mengadakan pilihan raya bersih dan adil.

Abdul Hadi berkata, kerajaan Barisan Nasional agar tidak mengambil jalan mudah melakukan apa sahaja yang menyalahi peraturan demokrasi.

Katanya, 'gelombang' perubahan rakyat tidak boleh dihalang sebagaimana yang telah berlaku di seluruh dunia hari ini.

"Barisan Nasional jangan merasa jalan mudah untuk mereka membuat apa sahaja. Mereka sepatutnya mempelajari daripada cetusan perubahan yang berlaku di seluruh dunia hari ini terhadap negara yang menyalahgunakan demokrasi.

"Gelombang tidak boleh dihalang jika berlaku dan PAS tetap mahukan supaya kepimpinan negara yang ada melakukan sesuatu yang terhormat
mengikut cara Islam yang sesuai dengan demokrasi barat, demokrasi yang diamalkan.

"Kita (PAS) mahu pemimpin bermaruah. Jika melakukan kesilapan bukan sahaja sanggup ditolak oleh rakyat melalui pilihan raya yang adil, termasuklah meletakkan jawatan," ujarnya. FMT/-

Gempa bumi 6.5 magnitud di Laut Maluku

Posted: 14 Nov 2011 01:32 AM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di bahagian selatan Laut Maluku pada 12.05 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 323 kilometer barat laut Ambon, Indonesia dan 1,147 kilometer tenggara Tawau, Sabah

Gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Noh cuba cuci tangan isu penyelewengan NFC

Posted: 14 Nov 2011 01:26 AM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa NFC adalah sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan adalah salah.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan mempunyai satu saham khas (golden share) di dalam NFC seperti yang disahkan oleh carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti yang diedarkan minggu lepas.

Beliau mengulas kenyataan Noh yang disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 November lepas bahawa NFC tidak kena mengena dengan kerajaan bukan sahaja tidak tepat tetapi bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum itu.

"Keadaan ini sama seperti syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain yang mempunyai pelbagai struktur pegangan saham, tetapi keputusan masih tertakluk kepada kerajaan melalui pegangan satu saham khas (golden share) tersebut," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, kenyataan menteri adalah satu cubaan untuk mencuci tangan dari pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam NFC yang membuktikan kegagalan dua orang menteri (menteri sekarang dan Timbalan Perdana Menteri) menyelia dan memastikan wang rakyat digunakan dengan sebaiknya.

Menurutnya, kenyataan kedua Noh bahawa dana hanya akan disalurkan kepada NFC dari "akaun pinjaman khas" setelah NFC membuat tuntutan perbelanjaan bersabit pengurusan ladang ternakan menimbulkan lebih banyak persoalan.

Beliau berkata, jika RM181 juta telah dibayar kepada NFC daripada jumlah pinjaman RM250 juta seperti yang didakwa oleh Menteri, maka tuntutan untuk bayaran kondominium sebanyak RM9.8 juta sudah tentu termasuk di dalam senarai tuntutan yang telah diluluskan oleh kerajaan.

"Hanya ada dua kemungkinan yang berlaku – sama ada NFC memalsukan senarai tuntutan perbelanjaan semasa membuat tuntutan pinjaman dari kerajaan kerana ia membuat tuntutan bagi perbelanjaan yang tidak wujud (kerana RM9.8 juta sebaliknya digunakan untuk membeli kondominium); atau tidak ada pun sistem kawalan dan kebenaran pembayaran seperti yang disebut oleh menteri," katanya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ampang menegaskan, pihaknya akan terus mendesak penjelasan bagi perkara-perkara ini terlebih dahulu sebelum mendedahkan kepincangan yang seterusnya.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Isi ini semakin panas dan merumitkan serta menampakan asakan dan tendangan gol yang berterus dari PR kepada BN. Cuma yang ditunggu adalah jawapan dari Najib sendiri iaitu bilakan PRU akan diadakan.

Polis siasat Fidlot.

Posted: 14 Nov 2011 01:13 AM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kes projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada bahagian perundangan dan pendakwaannya yang mengaklasifikasikan aduan yang diterima bawah kesalahan Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak PDRM," kenyataan itu dipetik.

"Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM (Akta Pencegahan Pencegahan Rasuah Malaysia) 2009."

Kenyataan itu juga memaklumkan, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada pengadu yang bersetuju dengan tindakan itu.

NONESementara itu, NGO Jingga 13 sebagai pengadunya berkata, mereka dimaklumkan kes itu akan disiasat bawah Seksyen 409 melibatkan kesalahan pecah amanah jenayah oleh pekhidmat awam.

"Jingga 13 meminta agar pihak PDRM mengambil sikap telus dan profesional serta segera menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes berprofil tinggi ini kerana ia melibatkan wang rakyat yang telah dipecah amanah tanpa rasa bersalah; dan bertanggungjawab melakukan jenayah dan mengkhianati rakyat Malaysia," kata Penyelarasnya Fariz.

Pengadu: Prasangka berlarutan

NGO yang dikaitkan dengan PKR itu pada 11 November membuat laporan pada SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk membeli kondominium mewah RM9.8 juta One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) digunakan untuk pembelian seunit projek berprestij itu.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu merupakan penyelewengan dan bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Menurut seksyen itu, penjawat awam atau agen yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan dengan hukuman sebatan dan denda.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Fariz juga mengucapkan terima kasih atas komitmen SPRM yang bertindak profesional terhadap aduan pihaknya.

Sementara itu, Setiausaha Jingga 13 Sharifuddin Shafi Muhammad pula mendesak Shahrizat meletakkan jawatan kerana penglibatan keluarganya didakwa "mendatangkan prasangka yang berlarutan".

Malah, katanya, "pendedahan lengkap" beberapa pemimpin PKR gagal dijawab dengan fakta oleh menteri yang didakwa bersikap berdolak dalik.

"Jingga 13 juga benar-benar amat hairan sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya," katanya. MK/-

PKR: Kondo mewah NFC mungkin tak bawa untung

Posted: 14 Nov 2011 01:12 AM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


Pembelian kondominium berharga RM10 juta seunit oleh anak syarikat projek penternakan lembut, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) adalah perbelanjaan tidak berhemat khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.

NONEBercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata hujah yang dikemukakan adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.

Memetik statistik oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH), beliau berkata bahawa terdapat 66,328 unit kondominium mewah di negara ini yang masih belum dijual. MK/-

"Pasaran hartanah mewah, terutamanya bagi kondominium mewah seperti yang dibeli oleh NFC, dijangka akan mengalami penurunan harga dari tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang," kata Rafizi (kiri), seorang akauntan bertauliah yang pernah berkhidmat sebagai pengurus kanan di syarikat petroleum negara, Petronas.

"Ini satu keputusan yang gila. Saya tidak mempunyai kata-kata (untuk menghuraikannya) - jarang dibuat, tidak pernah didengari, malah pelik untuk melabur dalam kondominium mewah sebagai pelaburan jangka pendek terutamanya ketika pasaran yang lembap.

NONE"Mungkin syarikat-syarikat pelaburan hartanah atau syarikat induk tertentu melakukannya tetapi ia sudah pasti sesuatu yang ganjil, apa lagi pelaburan yang dilakukan oleh sebuah syarikat penternakan lembu," katanya.

Rafizi mengulas kenyataan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar.

Menurut Khairy, pembelian kondominium itu dibuat supaya syarikat itu mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembunya mengalami kelewatan operasi.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

NONE"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Bagi, Rafizi, wang tunai berlebihan itu sepatutnya digunakan untuk pelaburan mudah tunai seperti pasaran ekuiti ataupun dalam simpanan tetatp jangka pendek dan bukannya dalam pelaburan hartanah.

K'jaan dibidas, berbelanja sebelum Bajet dilulus

Posted: 14 Nov 2011 01:11 AM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kementerian Pelajaran dibidas oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana mengedarkan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah yang disenaraikan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Bajet 2012 yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

NONE"Rang undang-undang masih dibahaskan di Dewan. Bagaimana wang boleh dibelanjakan sebelum peruntukan itu diluluskan?" soal M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) kepada timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee.

Kulasegaran menimbulkan perkara itu mengikut Peraturan Tetap 66(4), yang memperincikan butiran sebelum rang undang-undan pembekalan itu akan menjadi bajet perbelanjaan kerajaan.

Bagaiamanapun, Kiandee menolak perkara itu dengan alasan ia bukan di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat dan peraturan tetapnya.

"Ini tiada kaitan dengan Dewan. Ini urusan kementerian. Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka lakukan.

"Saya hanya boleh memantau peraturan tetap yang berkaitan perjalanan Dewan. Ini isu luar, tidak peraturan tetap yang dicabuli," katanya lagi.

Bantuan persekolahan RM100 itu masih disenaraikan sebagai perbelanjaan dan sedang didebatkan bagi cadangan rang undang-undang Bajet 2012.

azlanBagaimanapun, Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata wang bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. Bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan. MK/-

Mahkamah benarkan ADUN Kota Siputeh hadiri DUN Kedah

Posted: 14 Nov 2011 01:08 AM PST

Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif menghadiri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang akan bersidang esok.

Keputusan itu mengketepikan penangguhan keputusan oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 2 November lalu.

Keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan, dua minggu lalu itu bertujuan mengelakkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah jika mahkamah mendapati Abu Hasan bukan lagi seorang ADUN.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tiga anggota panel hari ini adalah juga sebulat suara. Ia diketuai oleh Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Najib dipaksa berhenti awal?

Posted: 14 Nov 2011 01:04 AM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Ahmad Lutfi Othman

Kontroversi Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil bukan saja tidak dapat diredakan oleh penjelasan rakan sejawatnya dalam Pemuda, Khairy Jamaluddin, malah keterangan menantu bekias Perdana Menteri itu makin memanaskan isu ini.

Khairy mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada NFC, untuk membeli apartmen mewah One Menerung, sambil menegaskan tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu, sebaliknya beliau berhujah, ia merupakan satu bentuk "pelaburan yang paling selamat".

Sebelum ini, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata wang yang disalurkan kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas dan Khairy sendiri menegaskan bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat.

Apakah kerajaan telah dirujuk terlebih dahulu sebelum transaksi pembelian kondominium mewah bernilai RM9,758,140 itu dibuat, yang langsung tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu?

Secara peribadi saya menghormati pandangan Ahli Parlimen Rembau itu -- yang tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Najib Razak -- mengenai demokrasi, khususnya menyentuh kebebasan bersuara. Khairy (bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping nSiew) bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 15, Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Khairy, beberapa tahun lalu, semasa Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, turut mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Malangnya, Khairy tidak mempunyai kekuatan untuk menjuarai isu-isu ketelusan, integriti, salahguna kuasa, apatah lagi berbicara hal berkaitan kronisme dan pilih kasih. Rekod hitamnya di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi ternyata menyukarkan beliau, malah kekalahan teruk Umno-BN dalam pilihan raya umum, Mac 2008 juga disandarkan kepada karenahnya.

Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mula membangkitkan isu ini menyifatkan alasan Khairy itu sebagai tidak masuk akal. Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasuiton Ismail pula menyifatkan pembelian kondo itu sebagai "perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC".

Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Rafizi mengusik Khairy: "Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab."


Sementara itu, banyak pihak percaya, kerjaya politik Shahrizat kini bagai telur di hujung tanduk. Pimpinan Umno-BN sendiri merasakan ia satu beban atau liabiliti yang bertindan-tindih dengan masalah besar yang sedia menekan parti itu. Imej buruk Umno yang sukar bercerai tanggal dengan elemen korupsi dan salahguna kuasa makin terpahat kukuh pada persepsi rakyat.

Mampukah Shahrizat menepis segala dakwaan dan serangan, terutama yang dibuat melalui media baru, yang berupaya membongkar pelbagai fakta dan dokumen, dengan cepat dan menyeluruh? Rangkaian aktiviti perniagaan suami dan anak-anak beliau diteropong sehalusnya. Restoran mewah berasaskan daging milik keluarganya juga menjadi perhatian dan dikaitkan dengan NFC yang mencurigakan itu.

Shahrizat juga bakal berdepan dengan 'penghakiman' Rosmah Mansor, yang dilihat mempunyai kata putus dalam isu-isu kritikal seperti ini. Meskipun hubungan mereka agak intim, namun bagi pemerhati politik, Rosmah akan bertindak nekad kepada sesiapa jua, termasuk 'menghukum keras' kenalannya jika mereka boleh mendatangkan kesulitan, apatah lagi menjejaskan sokongan kepada BN. Banyak contoh yang boleh diberikan; rakan-rakan karib Rosmah terpelanting disebabkan 'wanita pertama' itu merasakan mereka menyusahkannya.

Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan buku Kesilapan-Kesilapan Najib, nukilan Shahbudin Husin, seorang teman lama yang saya kenali semasa bertugas sebagai wartawan Mingguan Tanahair, yang dimiliki Allahyarham Ikhwan Nasir, pertengahan 1980-an.

Sewaktu rakan-rakan penulis buku politik yang lain, misalnya Sayuti Omar, Daud Ibrahim dan Yahaya Ismail, tidak menampilkan karya terbaru mereka, Shahbudin seperti melawan arus. Untuk tahun 2011, ini merupakan buku keduanya, selepas Najib Perdana Terakhir ... mendapat sambutan memberangsangkan, sehingga tiga kali diulang cetak.

Di zaman kuasa siber mendominasi situasi, pasaran buku politik popular terjejas teruk. Pembaca lebih mudah dan cepat mengutip info serta analisis melalui internet. Bagaimanapun, Shahbudin, seperti mahu menyanggah tanggapan itu. Dengan menerbitkan buku sendiri (seperti kebiasaan semua penulis buku politik popular), pasaran memberikan respons baik terhadap karya bekas wartawan Watan ini.

Rupanya buku masih medium berpengaruh dan mempunyai kedudukan istimewa buat peminat politik semasa, terutama yang dahagakan kupasan isu yang segar. Agak ramai yang mahukan analisis lebih mendalam yang mampu menggugah pemikiran, dan hanya buku dapat memenuhi hasrat itu.

Buku politik popular memang berbeda daripada buku-buku ilmiah yang dihasilkan sarjana sains politik, namun ia tetap ada keunikan tersendiri. (Segera saya teringat kepada Allahyarham Prof Dr Hussain Mohamed, yang banyak menyimpan koleksi buku-buku politik popular dan menjadikannya satu bidang kajian beliau).
Banyak rahsia dan maklumat dalaman terselit di dalamnya. Pengalaman penulis yang rata-rata terjun langsung ke lapangan, malah terlibat aktif dalam pergolakan semasa, juga memberi kelebihan.

Kunjungan Shahbudin ke pejabat Harakah, 10 Nov lalu, secara tidak langsung mencabar saya untuk kembali berkarya, selepas lebih 10 tahun menyepi. Ia mengingatkan saya tentang 'kegemilangan' era reformasi, 1998-99; buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dicetak lebih 50,000 naskhah dan dipercayai jumlah cetak rompak juga mencecah angka sama. Sedangkan buku itu lantang mengkritik Anwar Ibrahim!

Buku terbarunya ini juga dijangka dapat menarik perhatian pembaca. Latar belakangnya sebagai seorang aktivis Umno (masih menjadi ahli), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Ketua Pemuda dan AJK Bahagian Wangsa Maju, turut mewarnai sentuhan beliau dalam mengutarakan 19 kesilapan Najib.


Di antara kesilapan-kesilapan itu adalah:

* Slogan 1Malaysia merupakan silap pertama di hari pertama sebagai PM
* Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan
* Paling ramai memasukkan kawan-kawan dalam kabinet
* Kabinet lemah dan ramainya menteri senator
* Pemotongan subsidi walaupun atas nama rasionalisasi
* Perlantikan Apco sebagai perunding kerajaan
* Gagal mengawal karenah dan gaya mewah Rosmah
* Gagal mengurus parti komponen dan anggota kabinet
* Terlalu banyak program transformasi tetapi hasil diragui
* Tidak tegas, tidak konsisten dan flip-flop
* Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar
* Merestui budaya politik jijik dan lucah
* Mempunyai terlalu ramai pegawai tapi tidak membantu
* Terlalu ghairah mengejar populariti

Shahbudin memberi penekanan kepada masalah-masalah yang melibatkan peribadi Najib, Rosmah dan keluarganya, sebagai halangan utama untuk Umno meraih kembali sokongan. "Pihak Wanita Umno yang terlibat dalam Rumah 10 ketika berkempen dan berdepan langsung dengan pengundi, mengakui mereka kadang-kadang menjadi kelu dan hilang kata-kata untuk mempertahankan Umno apabila dibangkitkan isu-isu melibatkan Rosmah.

Beliau juga membayangkan, Najib akan mengikuti jejak Pak Lah, yang terpaksa meletakkan jawatan, ekoran prestasi buruk pada Mac 2008. Sekiranya BN masih gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas PRU13 nanti, desakan supaya Najib berundur pasti bergema dengan kuat.

Bukankah timbalannya, Muhyiddin Yassin juga yang lantang menekan Pak Lah dahulu? Dari sisi ini, Muhyiddin dilihat ada kekuatan tersendiri, untuk berani dan tegas bertindak bagi "menyelamatkan" Umno.

Atau sekurang-kurangnya Najib harus berupaya merebut kembali negeri termaju, Selangor; beliau masih pengerusi perhubungan Umno negeri. Shahbudin melihat syarat itu sebagai penanda aras paling minimum untuk mengelakkan Najib dihambat lebih awal daripada posisinya sebagai PM.

Saya sempat mengusik Shahbudin: "Mungkin Muhyiddin sendiri akan beli borong buku Kesilapan-Kesilapan Najib itu. Bukankah dia bakal meraih manfaat politik yang besar daripada kandungan buku tersebut?" Beliau sekadar ketawa kecil ...

Pemimpin BN seolah-olah bersarapan serta makan wang bukanya makan nasi

Posted: 13 Nov 2011 09:41 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media

Isu wang berjumlah lebih RM250 juta yang telah disalah guna oleh Sharizat Abdul Jalil perlu kepada perhatian wajar, mana-mana wang yang disalurkan untuk projek kroni (NFC) milik keluarga shahrizat jalil langsung dibisukan tanpa sebarang ulasan oleh PM Najib.

Jelas sekali wang tersebut telah dirompak begitu sahaja oleh pemimpin haprak BN, nilai wang ini jika diikutkan boleh membantu ramia rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesempitan hidup.

Ironinya penjelasan Sharizat Abdul Jalil bahawa keluarganya berhak mendapat projek mega berkenaan, dan ini sedikit sebanyak telah menzahirkan bahawa pemimpin BN ini kurang bijak, malah lebih dahsyat dari itu mereka (BN) tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya perompak.

Sudahlah projek dana awam ini terbengkalai dengan menanggung kerugian, lebih menyedihkan rupa-rupanya keadaan sebenar lebih teruk dari sangkaan, dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan ternakan lembu, kini digunakan pula untuk membeli kondo mewah bernilai jutaan ringgit.

Mungkinkah lembu-lembu yang diternak di Malaysia sudah ada yang berkelulusan tinggi sehingga layak tiggal di kondo mewah ?

Disini kita boleh lihat bagaimana jelas pemimpin BN tidak bijak mentadbir negara, bukan sahaja tidak bijak, mahu perbodoh rakyat pula dengan memberikan rasionalisasi yang langsung tidak masuk akal bila sesuatu skandal didedahkan.

Mejoriti rakyat mahukan perubahan kepimpinan Negara, tetapi Umno-BN yang mahu terus berkuasa walaupun dengan apa cara sekalipun termasuklah melakukan stategi politik yang paling jijik di dunia.

PRU 13 semakin hampir, disitulah medan yang paling berkesan untuk membakul sampahkan BN yang selama hari ini menyusahkan rakyat, realiti ini terbukti kerana pemimpin BN seolah-olah bersarapan serta makan wang bukanya makan nasi .

Malaysia perlu diselamatkan dari cengkaman pemimpin Umno-BN yang khianat agar rakyat boleh mengecapi sinar keadilan dan kemakmuran yang sekian lama diharapkan

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 14 Nov 2011

Rakyat Malaysia paling ramai obesiti di ASEAN

Posted: 13 Nov 2011 09:33 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong). - Bernama

Tujuh terbunuh dipercayai disebabkan letupan gas di China

Posted: 13 Nov 2011 09:29 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEIJING: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam letupan di sebuah bangunan di utara China sehingga kedengaran tingkap pecah dari jarak tiga kilometer, kata pegawai dan media negeri.

Punca kejadian letupan berkenaan pada awal hari ini di bandar Xian yang terkenal dengan Terracotta Warriors tidak dapat dipastikan setakat ini.

Bagaimanapun, pegawai agensi berita Xinhua dipetik berkata, saksi memberitahu puncanya mungkin disebabkan letupan gas di tingkat satu sebuah restoran. - AFP

Demokrasi ala BN saya anggap tidak ubah seperti budak tadika.

Posted: 13 Nov 2011 07:07 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media

Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk Pembaikan-pulih proses Mengundi adalah muslihat PM Najib untuk terus menipu dan mengaburi mata rakyat dan bertujuan meraih undi simpati.

Setakat ini tidak ada tanda-tanda positif bahawa segala penyelewengan dalam pilihanraya dapat diperbetulkan dalam masa terdekat ini.

Demokrasi ala BN saya anggap tidak ubah seperti budak tadika.

Saya mecadangkan kepada JK dari kalangan Pakatan Rakyat yang berada dalam PSC segera mengundurkan diri sebagaimana hasrat awal PR yang tidak berminat untuk bersama JK tersebut.

Langkah tersebut adalah untuk memulau PSC disebabkan keangkuhan BN itu sendiri.

Rekod BN selama memerintah itu sendiri membuktikan kepada kita bahawa mereka (BN) memang buruk dari segi tingkahlaku dan pekerti mereka. Bukan mudah mereka meneri pandangan orang lain selagi pandangan itu tidak menguntungkan mereka.

PSC dari awal lagi memberi gambaran bahawa ia cuma memenuhi desakan rakyat yang bersifat reda sementara dan tindakan penubuhan tersebut cuma bermotif sandiwara sahaja.

Demi maruah dan kuasa rakyat, Negara memerlukan seluruh warganya melakukan perubahan, saya sifatkan perubahan ini amat signifikan kerana situasi Negara dibawah pentadbiran BN nampaknya sudah semakin kronik,

Perubahan amat diperlukan bagi menjamin hak rakyat bagi menuntut dan merasai sendiri pilihanraya yang adil dan demokratik khususnya pada PRU 13 nanti.

Drs, Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 14 Nov 2011

Seorang maut serangan terbaru Israel di Gaza

Posted: 13 Nov 2011 06:35 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BAITULMAQDIS: Serangan udara Israel di utara Gaza mengorbankan seorang penduduk Palestin dan mencederakan tiga yang lain, kata doktor perubatan selepas bedilan roket ke atas wilayah berkenaan hari ini.

Serangan memusnahkan pos keselamatan Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza itu turut mengakibatkan lima penduduk Palestin dilaporkan hilang.

Mangsa adalah unit keselamatan anggota tentera laut Gaza.

Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan, pesawat tentera udara menyerang pusat aktiviti pejuang Palestin sebagai tindak balas kepada tembakan roket terhadap Israel. - AFP

Keanggotaan Syria digantung

Posted: 13 Nov 2011 06:34 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


Penduduk Syria berhimpun menyatakan sokongan kepada Presiden Bashar al-Assad selepas keanggotaan Syria dalam Liga Arab digantung di Damsyik, semalam. - afp

AMMAN 13 Nov. - Beratus-ratus penunjuk perasaan yang bersenjatakan kayu dan pisau menyerang kedutaan Arab Saudi di Damsyik dan pejabat konsulat Perancis serta Turki di bandar Latakia semalam sebagai bantahan terhadap keputusan Liga Arab menggantung keanggotaan Syria.

Menurut penduduk, kumpulan lelaki yang turut memekik slogan menyokong Presiden Bashar al-Assad bertindak memukul pengawal dan memecah masuk pejabat kedutaan Arab Saudi di Rummaneh yang terletak tiga blok dari pejabat Assad dan merupakan kawasan yang dikawal ketat polis.

"Kami sanggup berkorban darah dan jiwa demi Assad," jerit kumpulan penyerang itu.

Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi memanggil pulang dutanya di Syria ketika Raja Abdullah menuntut penamatan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan.

Sementara itu, serangan sama turut berlaku di bandar Latakia, 330 kilometer ke utara Damsyik di perairan Mediterranean dengan konsulat Perancis dan Turki menjadi sasaran kemarahan kumpulan penyerang.

Seorang diplomat di Damsyik mengesahkan serangan yang berlaku beberapa jam selepas Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana gagal menunaikan janjinya untuk menghentikan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi sejak lapan bulan lalu dan memulakan dialog.

"Serangan itu menyebabkan berlaku kerosakan di kedutaan Arab Saudi. Kami bagaimanapun tidak mendapat maklumat jelas mengenai kejadian di Latakia, tetapi dilaporkan ia sangat teruk," katanya. - REUTERS

Pindaan Akta Kerja Harus Ditarik Balik - Zainal Rampak

Posted: 13 Nov 2011 06:30 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia diminta menarik balik pindaan Akta Kerja 1955 yang diluluskan Parlimen pada 6 Okt lepas kerana ia didakwa tidak memberi sebarang faedah kepada pekerja.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU)Datuk Zainal Rampak berkata akta itu dilihat memberi lebih keuntungan kepada majikan, dan pada masa yang sama, tidak memberi kemudahan asas kepada pekerja.

"Seksyen 33A dalam akta berkenaan hanya mencadangkan kontraktor yang membekalkan pekerja kepada majikan perlu mendaftar dengan Ketua Pengarah Buruh, bagaimanapun, ia tidak menjelaskan bahawa majikan harus menyerapkan para pekerja berkenaan sebagai pekerja tetap," katanya pada sidang akhbar di pejabat TWU, pada Ahad.

Beliau berkata apabila tidak diserapkan sebagai pekerja tetap dan hanya bekerja secara kontrak, maka mereka tidak akan mendapat kemudahan serta perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Zainal, yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), berkata Sekyen 33A itu juga tidak menjelaskan tanggungjawab kontraktor dalam memberi perlindungan seperti insurans dan pampasan kepada pekerja, dan secara langsung, ia akan menyebabkan kontraktor tidak akan bertanggunjawab terhadap pekerja yang mereka ambil.

JAYA "Pindaan Akta Kerja 1955 ini dilihat hanya akan membuka peluang kepada majikan untuk melakukan lebih banyak penyumberan luar sehingga mewujudkan lebih banyak sistem komisyen dan sistem trip untuk pemandu kenderaan berat di sektor pengangkutan.

"Dalam mengejar hasil komisyen kelak, pemandu lori dan kontena akan memandu secara berbahaya untuk mengejar masa, dan seterusnya ia mampu mengakibatkan lebih banyak kemalangan jalan raya, adakah ia memberi keuntungan kepada semua pihak kelak?" katanya.

Zainal berkata TWU dan MTUC sedia berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai pindaan Akta Kerja 1955 dan berharap masalah itu diselesaikan segera tanpa perlu dirujuk kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Beliau berkata pihaknya berpendapat jika masalah itu dipanjangkan kepada ILO, ia akan memberi implikasi yang tidak baik kepada Malaysia.

Katanya, Kementerian Sumber Manusia seharusnya menumpukan perhatian kepada beberapa isu penting seperti tuntutan gaji minimum, Skim Penamatan Kerja Secara Sukarela (VSS) dan lanjutan umur bersara kepada 60 tahun untuk sektor swasta.

Pihak kementerian dan Persekutuan Majikan Malaysia masih belum mencapai sebarang persetujuan atau memberi keputusan mengenai isu tersebut, katanya. -BERNAMA

Ulasan :

Apapun yang akan untuk adalah syarikat yang mendapat konsesi dan kontrak membekalkan pekerja sesuai dengan akta baru ini.

Seperti Memelihara Lembu Dalam Kondominium

Posted: 13 Nov 2011 06:26 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Nasrudin Hassan At-Tantawi

1. Pilihanraya umum ke 13 adalah peluang terbaik rakyat bangkit membuat perubahan secara total dengan tidak lagi memberi mandat pemerintahan negara ini kepada UMNO dan BN. Penegasan ini saya kemukakan setelah meneliti Laporan Audit Negara 2010. Ternyata kerajaan UMNO dan BN terlalu banyak mengabaikan amanah yang diberi sehingga memberi kesan negatif kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara.

2. Laporan Audit Negara 2010 membuktikan wujudnya amalan pembaziran dan boros yang terlalu ketara dalam mengurus perbelanjaan wang negara. Amalan boros dan tidak telus dalam pengurusan bukan sahaja mengurangkan perbendaharaan negara tetapi turut menyumbang kerugian berskala besar kepada syarikat - syarikat GLC dan tentunya ia menyumbang kepada prestasi ekonomi negara.

3. Lebih malang, ianya telah berulang kali dan nasihat Audit Negara hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Inilah adalah penyelewengan dan pecah amanah yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Namun apa lagi pilihan yang ada pada rakyat setelah melihat kerajaan UMNO dan BN seperti berdegil dan angkuh apabila mereka terus mengamalkan tradisi pemborosan dan pengurusan kewangan yang tidak telus.

4. Pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangan hanya dilihat pada pendapatan yang bakal dijana oleh pelabur atau melalui peningkatan hasil negara semata - mata tetapi juga mestilah melalui satu sistem pengurusan dan kawalan ekonomi yang baik, cekap dan amanah. Tiada ertinya negara memiliki hasil pendapatan yang banyak kemudian dialir keluar dengan boros dan membazir. Negara rugi dan rakyat menderita.

5. Rakyat mesti bangkit membuat perubahan, sekaligus mendidik UMNO dan BN agar rakyat tidak diperlaku seperti binatang ternakan. Melahirkan negara yang maju dan rakyat yang sejahtera, amanah pentadbiran dan mandat pemerintahan tidak lagi boleh diserahkan kepada UMNO dan BN. Meletakkan UMNO dan BN sebagai pemerintah setelah menyaksikan bagaimana ketidaktelusan mereka mengurus ekonomi, maka tindakan itu samalah seperti bidalan anak - anak muda masakini iaitu seperti "memelihara lembu dalam kondominium" dengan maksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dan tidak juga pada kesesuaiannya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Lampiran:

Contoh pembaziran, ketidaktelusan dan pengabaian amanah.
Sekilas pandang dari Laporan Audit Negara 2010.

a] RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

b] Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.

Laptop dan pencetak dengan RM 11,845 berbanding pasaran RM 3,428 : 246% lebih mahal.

LCD TV dan DVD Player dengan RM 16,100 berbanding pasaran 2,182: 638% lebih mahal.

Radar X-Band dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 : 478% lebih mahal

Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827 : 1893% lebih mahal

Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940 : 2 805 % lebih mahal

Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding pasaran RM 1,561 : 177% lebih mahal

c] Peralatan yang tidak mengikuti spesifikasi kontrak :

Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396

Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670

Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855

LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905

GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025

CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110

Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


d] Majlis Sukan Negara telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.


e] Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

f] Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut.

SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.

Dakwat kekal tak perlu pinda perlembagaan

Posted: 13 Nov 2011 06:23 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata, penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya boleh dilakukan tanpa pindaan Perlembagaan Pesekutuan.

Menurut Abdul Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pendiriannya itu berdasarkan perinsip 'jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan'.

"Dalam undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal itu," kata Abdul Aziz dipetik Malaysiakini.

Beliau juga dilapor berkata, tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak tahu dari mana ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mendapat tanggapan itu.

Sebaliknya, kata Abdul Aziz, pandangan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan dan presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa perlembagaan tidak perlu dipinda bagi penggunaan dakwat kekal adalah betul.

"Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda.

"Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal?

Semalam, semasa pendengaran awam, Mohd Radzi dilaporkan berkata kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda perlembagaan persekutuan.

Harakahdaily.

4 sekeluarga, rakan mati ditembak akibat masalah tanah

Posted: 13 Nov 2011 06:21 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MANILA 14 Nov. – Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati empat sekeluarga dan rakan mereka di selatan Filipina ekoran masalah pertikaian tanah, kata pegawai polis dan tentera, semalam.

Jurucakap tentera tempatan berkata, lima lelaki bersenjata itu memecah masuk sebuah rumah milik keluarga petani itu di Pulau Mindanao pada lewat semalam dan menembak mati pasangan suami isteri, kedua-dua anaknya serta rakan mereka.

"Mangsa-mangsa tersebut ditembak mati dan salah satu motif pembunuhan disebabkan oleh pertikaian tanah," kata Kolonel Noel de la Cruz tanpa menerangkan lebih lanjut lagi. - AFP

Monti ikrar segera bentuk kerajaan baru Itali

Posted: 13 Nov 2011 06:17 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ROM: Perdana Menteri baru Itali yang juga ahli ekonomi, Mario Monti berkata beliau akan segera bekerja untuk membentuk kerajaan baru dengan memberi jaminan memulihkan kembali krisis kewangan Itali.

Bercakap kepada pemberita lewat malam tadi, Monti berkata beliau akan menjalankan tugas itu dengan "penuh tanggungjawab dan berkhidmat untuk negara."

Katanya, Itali mesti pulih daripada krisis kewangan dan kembali mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik kerana pemimpin hari ini bertanggungjawab melaksanakan untuk masa depan genarasi akan datang.

Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) itu menerima mandat rasmi daripada Presiden Giorgio Napolitano untuk mengetuai pembentukan kerajaan baru Itali.

Monti mesti membariskan Kabinet barunya, memberi tumpuan kepada tugas utamanya dan mencari sokongan kuat di Parlimen supaya kerajaan pimpinannya lebih efektif.

Monti menggantikan Silvio Berlusconi yang meletakkan jawatan, Sabtu lalu. - AP

Menteri Luar Liga Arab bincang krisis Syria Rabu ini

Posted: 13 Nov 2011 06:16 PM PST

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ALGIERS: Menteri Luar Liga Aran akan mengadakan pertemuan di Rabat, ibu negara Maghribi, Rabu ini bagi membincangkan krisis yang berpanjangan di Syria, demikian menurut jurucakap Menteri Luar Algeria, Amar Belani.

"Kami sudah membuat keputusan mengenai mesyuarat Menteri Luar Liga Arab pada 16 November ini di Rabat mengenai isu Syria," katanya pada majlis berasingan sempena forum antara Turki dan Negara Arab, hari ini.

Belani berkata, mesyuarat di Kaherah pada 2 November lalu menyaksikan Menteri Liga Arab memutuskan memberi masa 15 hari kepada Syria untuk melaksanakan pelan damai Damsyik yang dipersetujui sebelum itu. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang