Khamis, 10 November 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG ZIARAH PELAJAR DI HOSPITAL

Posted: 10 Nov 2011 02:20 AM PST


TELUK INTAN, 8 November - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin hari ini telah menziarahi seorang pelajar yang telah terlantar di hospital selama tiga bulan akibat kemalangan jalan raya pada bulan Ogos lalu.Turut bersama beliau ialah Ketua Cawangan PAS Batu 9, Sdr. Salleh Ibrahim serta beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Cawangan dan Unit Amal Kawasan Teluk Intan.

Pelajar tersebut, Adik Yusri bin Mustajab, 17, kini dimasukkan ke Hospital Teluk Intan setelah berada hampir tiga bulan di  Hospital Ipoh. 

Blog ini pernah menyiarkan berita tentang Adik Yusri serta usaha Unit Amal melancarkan 'Tabung Kami Peduli Yusri' pada September lalu. Sila rujuk di sini untuk berita lanjut.

YB Anuar Sudin turut menyampaikan  sumbangan kepada ibu Yusri, Puan Zakiah yang begitu setia menjaga anaknya selama tiga bulan sejak dimasukkan ke hospital.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah merujuk kepada maklumat di sini.

Semoga Adik Yusri cepat sembuh seperti biasa serta sentiasa berada dalam kesabaran atas ujian yang menimpa beliau.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang