Khamis, 10 November 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PM Najib Mengelirukan Rakyat Jelata Sejak Hari Pertama

Posted: 10 Nov 2011 01:47 AM PST

1.?"PM and agro minister lied on NFC"."PM lied about NFC loan",begitulah hebatnya tajuk-tajuk berita masing-masing dalam Malaysiakini dan Malaysianinsider pada 8 November 2011.Bagi ramai orang berita-berita tersebut tidak sedikitpun mengemparkan atau sesuatu kejadian yang luar biasa yang asing kepada pendengaran rakyat.
 
2.?Sama ada secara sedar atau sebaliknya,PM Najib telah mengelirukan,atau lebih tepat untuk dikatakan,telah memperdayakan rakyat jelata sejak dari hari pertama beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 3.4.2009 lagi.
 
3.?Pada hari bersejarah itu, ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri dihadapan SPB Yang Di-Pertuan Agong ,beliau telah melafazkan…."Bismillah hirrahman nirrahim..Wallahi, wabillahi,watallahi. Saya Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri,dengan sesungguhnya bersumpah…."
 
4.?Nama beliau yang dilafazkan sediri olih PM Najib dalam sumpah tersebut ialah "Muhammad Najib".Majlis ini bukan sahaja disaksikan oleh dua orang mantan Perdana Menteri bersama isteri masing-masing,selain daripada lebih 300 orang pembesar Negara,bahkan ditonton pula oleh jutaan rakyat Malaysia menerusi kaca televisyen masing-masing.
 
5.?Pada 9.4.2009 pula,ketika mengumumkan barisan Kabinet beliau,ketika diapit oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YBhg. Ketua Setiausaha Negara,beliau sekali lagi dengan jelas mengumumkan nama beliau sebagai "Muhammad Najib".
 
6.?Namun setelah dua-setengah tahun selepas itu pula, pada 21 dan 23 September 2011,ketika mengikrarkan secara bersumpah menerusi Afidavit Sokongan dan Afidavit Pembetulan untuk mengenepikan sepina dalam perbicaraan kes liwat,yang lebih dikenali dengan Sodomy II,PM Najib telah mengikrarkan nama beliau sebagai "Najib bin Tun Abdul Razak" sahaja.Tidak ada nama "Mohd.atau Muhammad" sebelum nama Najib.
 
7.?Nama "Najib bin Tun Abdul Razak" itu ditulis sebanyak 8 kali dalam kedua-dua afidavit beliau itu.Mustahil berlaku kesilapan.Afidavit tersebut pasti telah disemak oleh seramai 4 orang peguamcara berpengalaman yang mewakili beliau dalam permohonan mengenepikan sepina itu.
 
8.?Lebih dari itu,isteri PM sendiri,Datin Seri Rosmah binti Mansor,dalam afidavit berasingan yang beliau ikrarkan pada 21.9.2011,dalam kes yang sama,merujuk nama suami beliau sebagai Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak juga.Bukan sebagai "Muhammad Najib".Siapa yang lebih berhak mengesahkan nama sebenar PM, jika tidak isteri beliau sendiri?.
 
9.?Menerusi afidavit-afidavit yang diikrarkan oleh PM Najib dan oleh isteri beliau sendiri,tidak syak lagi nama sebenar beliau seperti dalam kad pengenalannya ialah "Najib bin Tun Abdul Razak" dan bukan "Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak" sepertimana yang beliau bersumpah 'demi Allah' dihadapan Yang Di-Pertuan Agong di-Istana Negara pada 3.4.2009 itu.
 
10.?Apapun PM Najib sendiri bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat jelata bagaimana nama beliau boleh berbeza diantara dua sumpah yang beliau sendiri telah sempurnakan itu.
 
11.?Soal sama ada akan terdapat dikalangan rakyat, yang akan mencabar kesahihan upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri yang dilafazkan sedemikian pada 3.4.2009 itu, adalah terletak kepada hak dan kebebasan pilihan masing-masing.

a)?Contoh mudah yang boleh diambil ialah dalam sesuatu upacara Akad Nikah.Kesilapan dalam menyebut satu perkataan pun atau tersilap menyebut nama pasangan perempuan umpamanya, ataupun tidak lancar dalam menjawab akad,maka proses akad nikah itu akan diulangkan beberapa kali, sehingga sempurna untuk dianggap sah.
 
12.?Presiden Amerika,Barrack Obama pernah mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali kedua pada 21.1.2009 apabila terdapat kesilapan sebutan satu perkataan sahaja dalam upacara mengangkat sumpah kali pertama sehari sebelum itu.
 
13.?Jika satu patah perkataan sebegitu pun boleh menyebabkan sumpah jawatan Presiden Amerika terbatal, jika tidak dibetulkan serta merta, maka kesilapan pada nama PM Najib ketika beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri sama ada sengaja atau tidak sengaja, adalah lebih serious.
 
a)?Sekiranya sumpah jawatan oleh PM Najib itu diistiharkan sebagai tidak sah, akibat menggunakan nama yang bukan nama sebenar beliau, maka beliau bukan Perdana Menteri Malaysia yang sah mengikut undang-undang. Dengan demikian itu, beliau tiada kuasa untuk membubarkan Palimen yang dijangka pada bila-bila masa dari sekarang.
 
14.?Saya telah menulis laporan lebih terperinci mengenai perkara diatas pada 8.11.2011 yang dialamatkan kepada YDH Ketua Polis Negara dengan salinannya kepada Y.B.Menteri Dalam Negeri.Namun saya menyimpan hak saya untuk tidak mendedahkan kandungan sepenuhnya memandangkan terdapat penegasan-penegasan saya yang mungkin boleh dianggap "subjudice" terhadap perbicaraan kes liwat yang sedang berjalan.
 
a)?Saya meletakkan kepercayaan kepada pihak Polis untuk menyiasat kandungan afidavit PM Najib yang disyakki menyalahi undang-undang seperti yang telah saya nyatakan dalam surat tersebut.
 
15.?Walaubagaimana pun,saya amat sedar dengan kuasa yang ada pada PM Najib dan jentera Kerajaan yang ada dibawah kawalannya.Beliau boleh mencari jalan untuk mengatasi persoalan mengenai perbezaan nama beliau dalam dua sumpah dan ikrar tersebut itu.
 
a)?Namun soal nama beliau itu bukanlah perkara utama dalam surat saya bertarikh 8.11.2011 itu. Mengikrarkan sesuatu fakta mustahak yang tidak benar atau mengelirukan dalam sesuatu afidavit adalah secara sendirinya suatu kesalahan jenayah.
 
16.?Apa pun langkah yang akan diambil oleh PM Najib mengatasi pelbagai persoalan yang memerlukan jawapan beliau yang munasabah,diharapkan beliau tidak akan terjerat sekali lagi sepertimana yang berlaku apabila beliau dinasihatkan untuk mengikrarkan afidavit-afidavit sedemikian itu.Beliau harus hurmati apa yang orang lain ada,dan boleh dedahkan.
 
17.?Apa yang paling penting dalam hal ini adalah,kejujuran,keihlasan dan ketelusan PM Najib sendiri,kerana beliau adalah seorang Perdana Menteri.
 
a)?Kemampuan beliau bukan diukur dari banyak mana kuasa yang ada padanya atau kebolehan beliau dan orang-orang yang rapat dengannya untuk memanipulasikan fakta dan menipu untuk terus berkuasa.
 
18.?Apa pun,dengan mengikrarkan afidavit-afidavit tersebut, PM Najib,secara efektifnya telah meletakkan untung nasib dan masa depan beliau dan isteri beliau diatas belas ehsan beberapa orang penyangak.Semoga Allah mengasihani kita semua.
 
Mat Zain bin Ibrahim.
10.11.2011

RM1.4b Bajet Luar Jangka Hilang Belum Terjawab

Posted: 09 Nov 2011 11:38 PM PST

Harakah

Kehilangan dana Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan masih penuh dengan tanda tanya kerana belum terjawab oleh Kerajaan BN.

Sebaliknya Laporan Ketua Audit Negara berhubung perkara itu cuba disembunyikan oleh pihak Kerajaan BN sehingga dibangkitkan oleh pihak pembangkang pada persidangan Parlimen semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehilangan wang tersebut berjaya dikesan apabila Laporan Audit Negara 2010 berbeza dengan belanjawan yang dibentangkan.

Menurut beliau, ketika menjawab pertanyaan pembangkang semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin menjelaskan, wang itu tidak lesap tetapi jumlah sebenar bagi tahun 2010 telah pun diisi semula melalui Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011.

Katanya, jawapan tersebut bukanlah jawapan sebenar kerana laporan audit negara mestilah sama dengan belanjawan yang dibentangkan.

“Perkara ini dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan kemudian dilanjutkan oleh saya pada persidangan Dewan Rakyat semalam dengan menggunakan peraturan 68A.

“Kumpulan Wang Luar Jangka dan Laporan Audit Negara hendaklah dibentangkan dan tidak boleh dibahaskan, tetapi yang boleh dibahaskan adalah belanjawan yang dibentangkan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, ketika menjawab pertanyaan itu, Awang Adek mengatakan perkara itu telah dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Parlimen tahun lalu.

Lebih jauh dari itu, Awang Adek turut menuduh pihak pembangkang sengaja hendak memutarbelitkan fakta-fakta untuk mengelirukan rakyat.

Katanya, jawapan timbalan menteri kewangan itu ternyata bercanggah dengan peraturan Parlimen, di samping bercanggah dengan prinsipnya yang sepatutnya dilihat kepada semua laporan berkenaan.

“Jawapan timbalan menteri kewangan itu bercanggah dengan peraturan 68A. Sepatutnya beliau menjawab ada kesilapan yang berlaku, bukannya telah dibahas di Parlimen,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, perbezaan laporan audit negara dan belanjawan itu merupakan kejadian pertama dalam sejarah kewangan negara dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Jawapan timbalan menteri kewangan itu tidak menggambarkan kejadian yang sebenar, sebaliknya cuba menyorok Laporan Ketua Audit Negara.

“Kami sedang menunggu jawapan sebenarnya. Diharap Perdana Menteri dapat menjelaskannya nanti kerana ini soal perlembagaan bagi memudahkan perlaksanaan,” ujar beliau.

‘National Feedlot Corp Loan Used To buy Condo Unit’

Posted: 09 Nov 2011 09:04 PM PST

Malaysiakini

Ramping up their criticism of alleged mishandling of government funds in the public-funded National Feedlot Corporation (NFC), PKR said today that the money loaned to a related company was used to purchase an RM9.8 million luxury condominium in Bangsar, Kuala Lumpur.

The money, which the opposition party claimed was part of an RM81 million loan by NFC, a company owned and operated by the husband and children of a federal minister, to related company National Livestock and Meats Corporation (NLMC), was used to purchase a luxurious condominium unit.

NLMC, which was contracted by NFC as its marketing development agent and granted the sizeable loan, is also owned and operated by the same federal minister’s husband and children.

“They are in the business of (marketing) cattle. Are the cows going to sleep in the condo?” asked party secretary Saifuddin Nasution, expressing his puzzlement at a press conference at Parliament House today.

The party’s strategy director Rafizi Ramli, who was also present, chimed in that the use of funds originating from public monies for such an unnecessary purchase was tantamount to criminal breach of trust (CBT).

Saifuddin and Rafizi added that a report of the alleged mishandling of funds has been submitted to the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Pilihanraya:Pakatan Mahu Dakwat Kekal Digunakan

Posted: 09 Nov 2011 08:54 PM PST

Malaysiakini

Ahli Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya dari Pakatan Rakyat akan memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan pembaharuan yang boleh dilaksanakan serta-merta apabila mereka bersidang secara tertutup untuk sesi keempat hari ini.

“Kami mahu PSC buat resolusi untuk memaksa SPR untuk melaksanakan sekurang-kurangnya penggunaan dakwat kekal dan cadangan mengundi lebih awal sekarang.

“SPR dakwa mereka memerlukan masa dua bulan hanya untuk membeli dakwat. Kita tidak mahu kekurangan masa dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan ini sebelum pilihan raya umum akan datang, ” kata ahli parlimen Rasah, Anthony Loke pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, semalam.

Loke, seorang daripada tiga orang wakil pembangkang di PSC, mengalu-alukan pengumuman pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili yang berkata laporan interim PSC akan dibentangkan di Parlimen sebelum mereka memulakan pendengaran awam esok.

Ahli parlimen dari DAP itu berharap bahawa penggunaan dakwat kekal dan cadangan membenarkan penggundian awal juga akan dimasukkan dalam laporan ini.

Loke juga mahu anggota tentera dan polis dibenarkan mengundi di kawasan tempat mereka bertugas terlebih dahulu bagi menggantikan undi pos kerana kebimbangan tekanan dikenakan ke atas mereka untuk mengundi BN.

Zuraida: Ada Pendedahan Lebih Besar Dari Skandal Fidlot

Posted: 09 Nov 2011 08:50 PM PST

Keadilan Daily

KEADILAN memberi kata dua kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil samada meletakkan jawatan atau beberapa bukti penyelewengan yang lebih besar membabitkannya didedahkan.

Peringatan itu dibuat Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin kepada Shahrizat ekoran gagal menjawab skandal National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan keluarganya.

Sebaliknya kata Zuraida, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno bertindak menyerang peribadi beliau tanpa menjawab penyelewengan wang rakyat sebanyak RM250 juta itu.

"Tindakan terhormat perlu diambil Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah mengumum perletakan jawatan dari kerajaan dan berundur dari politik serta merta kerana KEADILAN masih ada beberapa bukti penyelewengan lebih besar yang belum didedahkan," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, media melaporkan menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat itu menyerang peribadi Zuraida dalam sebuah majlis dan pada masa enggan menjawab skandal Fidlot melibatkan beliau dan keluarganya.

"Isu pokok yang perlu diperhatikan adalah soal pertanggungjawaban wang rakyat sebanyak RM250 juta diberi kepada syarikat milik keluarga beliau walaupun prestasinya tidak menepati sasaran.

"Ia menyentuh nasib ribuan petani dan penternak yang lebih memerlukan bantuan dana kerajaan berbanding syarikat keluarga beliau," tegas Ahli Parlimen Ampang itu.

Menurutnya, Skandal NFC membabitkan Shahrizat , menyentuh soal tata kelola kewangan negara yang lemah dengan wang rakyat dibazir sewenangnya.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan seorang pemimpin wanita untuk membawa isu ini supaya sebarang penyelewengan dapat dihentikan segera.

"Saya langsung tidak mempunyai motif peribadi, saya hanya melaksanakan amanah yang dipikul," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau berharap Shahrizat tampil segera menjawab isu itu dan bukan membiarkan pemimpin BN lain menjawabnya.

Is Our EPF Being Looted?

Posted: 09 Nov 2011 08:38 PM PST

Malaysia Chronicle

On the 23rd of June 2011, the EPF (KWSP) tabled its annual report to the parliament, declaring a 5.8% dividend and explained that 27% of its investments were in Malaysian Government Securities (MGS) and 32% were in loans and bonds to Govt agencies. A simple chart below summarises the report. At RM 440.52 billion, the EPF is one of the largest funds in the world and represents the life time savings of 12 million private sector employees.

The question is why is it that over 60% of EPF funds are in loans to the Govt and Govt bodies? Is the Malaysian Government a good borrower?

Let's look at the BN Govt's financial record….

Below is a summary of the Govt's annual deficits. The 2012 budget will mark the 15th year of budget deficit with no signal of financial prudence. And as you can see below, there have been supplementary budgets on top of the annual budgets every single year.

Govt debt as at Dec 2010 stands at 407 Billion ringgit. 60% of this or 240 Billion is owed to the EPF. This means the BN Govt of Malaysia has already spent 60% of all your savings in the EPF!

After running deficit budgets for 14 consecutive years, and funding those deficits by borrowing, Malaysian Govt Securities (MGS) are rated at CC(-)ve. At CC minus, what is the annual yield? Folks, it's an unbelievable 3% and below!! Why? Because MGS are not auctioned!!  There is a ready buyer for MGS and apart from the endless new PNB funds like the 1Malaysia bond, the main buyer of Malaysian debt papers is the EPF.

"Fair Value" rate for lower grade papers of single A and below is an annual yield of 5% and above.  Greek Govt bonds for example are being traded at yields exceeding 21% per annum

The constitution of Malaysia caps Govt debt at 55% of GDP. As at 30th June 2011, Govt debt stands at 433 billion, which is 53% of GDP. At 55% the Govt will be officially in crisis and the constitution will need to be changed to increase borrowing and possibly even require a bail out.

Recently the EU central bank agreed to extend financial aid to the Govt of Greece on the condition they adopt massive austerity measures and that the lenders take a haircut of 50% of all outstanding loans. After all, they continually lent to a borrower who showed absolutely NO commitment to cut expenses and begin to service their debts. Just imagine if the EPF is asked to take a 50% haircut of their debts from the Malaysian Govt!

Even worse than that …

An even worse scenario was painted recently by Pakatan Rakyat when they reported that much of govt debt was unreported as it is largely hidden from public eye in the form of debt owing by Govt agencies.

As you can see above, the 433 billion owed by the Govt is represented by the red and Orange bars. On top of official figures, an additional 184 billion is owed by various Govt agencies.

Take a look here at another explanation,

So…. Is the EPF being looted?

I say yes it is. Let me explain how.

A summary on the 2012 budget is below,

Of the total 233 billion, total operating expenses is at 162 billion and over 64 billion is allocated for the civil service in pensions and wages. Of the massive 233 billion, only 51 billion is going to development, of which over 80% is to construction projects, designed to specifically benefit a few lucky fellows. And talking about lucky fellows, over 10 billion in subsidies paid for by us, are being paid directly to corporate bodies!

And how pray tell will they pay for all this? By borrowing of course! Do they even bother that it is we who will be paying for the debt servicing including interests? Najib even announced that employee's contribution to the EPF will increase to 12% of salary. Which means even more will be tied up in the EPF in order to enable more borrowing! And if you earn less than RM 5,000, your contribution will increase to 13%.

Hard times but spending remains irresponsible

These are indeed hard times for us, the people. And the Govt has done fabulously well to recognise this by granting pay increments of 7 to 13% to all Govt employees while carefully avoiding the minimum wage issue for private sector employees.

The Govt currently collects about 4 billion from the GST already in place. A one time payment of RM 500 to civil sector employees will cost the Govt over 2.6 billion.

Civil service remuneration cost 20 billion in 2004. This year it will cost 64 billion.

So the bottom line conclusion, again and again is the same. They are looting the EPF to please their vote bank of 1.3 million civil servants.

Hard times indeed… And yet DRB Hicom is buying 237 armoured personnel carriers from Turkey for RM 1.7 billion and selling it to the ministry of defence for RM 7.55 billion. The Malaysian Govt is buying 6 Littoral Combatant Vessels to enhance our Navy. These are the most advanced naval vessels in the world, able to shoot aircraft, ships and submarines… The ONLY other country that has such ships is the US navy. They have 2. We are buying 6 at a cost of 10 billion ringgit. The MRT can be built for 19 billion. But Idris Jala recently indicated that MMC Gamuda may incur more that the originally estimated cost of 54 billion to build it.

The Govt can reduce its subsidies for rice and sugar by opening up the market for other players, but no, both commodities are controlled by the same Govt crony. Syed Mokhtar Al Bukhary is the owner of all the companies mentioned above. Since this person took over the exclusive supply of these commodities in 2008, prices have doubled. This is despite the Govt's subsidy of 60 cents per kilo of rice and 20 cents per kilo of sugar.

The Govt can easily buy the LDP highway for 1.5 billion ringgit, but no, it's probably better that they continue to collect toll from us and receive 1.5 billion in subsidy from the govt. Our IPPs buy gas at 10 ringgit cheaper than companies in Thailand and 15 ringgit cheaper than Singapore (Per CuM)  but the Govt still needs to feed them billions in subsidy.

Nothing is done as evidenced by the AG’s latest report

Year after year after year, the Auditor General's annual report details all the financial mismanagement in Govt depts. But nothing is done. Take this year's AGs report for example. The MACC went into high gear and opened 36 investigation files to investigate all the rubbish. And the cases are now closed. They found no element of corruption or deceit. Another thing the AG highlighted is the treasury's contingency fund of 1.5 billion is now only 79 million ringgit. 1.4 billion is missing…..

The tolled highways were built at a cost of 26.4 billion and the operators have already raked in 37.7 billion and received another 2.1 billion in subsidies from the Govt. And they are planning to raise the rates again soon.

The Govt machinery of Barisan National is a system that benefits and enriches cronies with massively one sided contracts. It also ensures loyalty from a vote bank of 1.3 million civil servants who enjoy all kinds of benefits at the expense of the tax payer. The tax system is designed to exclude the majority of civil servants from actually paying any tax. And Govt debt is going through the roof. In 2004, the total Govt debt was 217. As at 30th June 2011, it stands at 433 billion. Najib's administration is milking us dry. And they are using our funds in the EPF to run all these excesses, to enrich themselves, and to bribe the civil service into loyalty.

We EPF investors are 12 million. Vote against corruption, vote against poverty, and vote against the looting of your EPF savings.

Perubahan Yang Berlaku Secara Semulajadi Tidak Boleh Dihindari

Posted: 09 Nov 2011 04:21 PM PST

The Malaysian Insider
Oleh Aspan Alias

Beberapa posting saya yang lepas saya telah menulis secara simple and bersahaja tentang perubahan yang wajib dilalui oleh semua makhluk Tuhan. Itu adalah natural dan siapa yang hendak menafikannya silalah sekehendak hati. Tidak siapa boleh menghalang.

Walau bagaimana pun tentunya perubahan ini akan mengorbankan setengah pihak dan jika elemen pengorbanan tidak ada maka tidak akan adalah perubahan. Setiap makhluk sekecil atau sebesar mana pun akan melalui perubahan. Perubahan boleh berlaku dalam bentuk, fungsi dan rupa kepada sesuatu makhluk itu.

Struktur permukaan bumi ini berubah begitu besar jika dibandingkan dengan rupa strukturnya di antara sebelum dan selepas "ice-age". Manusia sendiri berbeza dalam saiznya dari zaman dahulu kalau dibandingkan dengan manusia zaman sekarang.

Yang lebih pantas melalui perubahan ini ialah cara manusia berfikir termasuk orang Melayu khususnya dan rakyat negara keseluruhannya. Manusia di jadikan Tuhan dalam berbagai-bagai puak dan bangsa serta agama untuk masing-masing mengenali serta menghormati di antara satu kaum dan agama dengan yang lain.

Masing-masing telah pun menerimanya sebagai satu hakikat yang tidak dapat di alih dan dianjak lagi. Baik bangsa Melayu dan keseluruhannya beragama islam mahu pun bangsa lain yang di dorminasi oleh bangsa lain semuanya hidup dalam aman dan muhibbah dan masyarakat negara yang mempunyai toleransi yang tinggi.

Kita tidak akan mampu menafikan atau mengelakan perubahan berlaku termasuk kepada pemikiran kita semua. Perubahan tetap berlaku di setiap ketika dan masa. Sesiapa yang tidak mahukan perubahan maka mereka akan berada di takuk lama dan ketinggalan serta tidak akan dapat mensesuaikan keadaan semasa dengan mudah.

Politik dan pemikiran manusia juga tidak statik dan akan tetap bersama menempa perubahan itu. Parti Liberal Demokrat Jepun kecundang setelah rakyatnya berubah cara berfikir selari dengan kehendak semasa rakyat negara itu. LDP tidak sensitif terhadap perubahan kehendak dan selera rakyat Jepun dan parti yang memerintah lebih dari 5 dekad itu tidak "abreast" dengan perubahan itu.

Akhirnya parti itu kecundang dan salah satu dari penyebabnya parti itu ditolak ialah kerana kegiatan rasuah yang berlebihan skalanya yang dilakukan oleh pemimpin parti itu. Walaupun rakyat telah memberi isyarat tentang kebencian mereka terhadap isu rasuah itu, LDP tetap terus menerus melakukan rasuah tanpa segan dan silu. Apabila LDP jatuh kecundang maka parti itu sampai hari ini tidak mampu bangun lagi.

Di negara kita perubahan ini juga jelas sedang berlaku tetapi pemimpin kita tidak begitu peka dengan kehendak dan kemahuan rakyat negara ini. Banyak dari kegiatan rasuah dan salah guna kuasa di pagari oleh akta-akta yang ketat untuk menjauhi rakyat dari mengetahui kegiatan haram itu.

Tetapi di zaman sekarang, rakyat akan tahu juga apa yang di selindungi oleh pihak yang berkuasa ini. Tidak mampu untuk memberikan bukti kerana wujudnya akta-akta yang menyekat apa-apa tindakan secara undang-undang, nampaknya rakyat sedang bersedia untuk mengambil tindakan pembersihan melalui pilihanraya umum yang akan datang.

Perubahan ketara ini jelas kita lihat dan rakyat faham usaha untuk membersihkan negara dari kerja dan tabiat yang tidak baik ini bukan satu kerja mudah kerana usaha yang baik akan sentiasa mendapat tentangan yang hebat dari kumpulan yang tidak mahu berubah. Tetapi yang nyata jika usaha untuk mencari kebaikan ini terus menerus di jadikan perjuangan setiap di antara insan yang sedar dan insaf ianya akan berjaya juga akhirnya.

Perubahan cara pemikiran rakyat di negara ini kian menampakan perubahan. Kita boleh lihat dengan jelas yang isu ungkit mengungkit pihak yang berkuasa itu sudah tidak di terima oleh kebanyakan rakyat lagi. Rakyat tidak merelakan negara mereka ditadbir oleh perasuah walaupun parti itu menggunakan apa yang di lakukan untuk rakyat sebagai isu kempen seperti yang dilakukan oleh mereka setiap pilihanraya di adakan.

Rakyat tahu sekarang yang apa-apa yang diberikan oleh pemerintah hari ini adalah dari wang kutipan cukai rakyat termasuk cukai dari pemimpin dan ahli pembangkang. Wang ringgit tersebut bukannya wang BN atau pun wang Umno. Malahan yang menjadi isu sekarang ialah Umno gagal menguruskan wang rakyat dengan baik kerana kegiatan elemen rasuah yang berlaku di mana-mana kerajaan pimpinan BN Umno itu.

Rakyat tahu BN tidak boleh menggunakan isu bantuan gigi palsu serta pembiayaan sekolah kanak-kanak sekolah sebagai alasan untuk meneruskan sokongan terhadap parti pemerintah yang rasuah di setiap peringkat pentadbiran.

Rakyat sekarang berkecenderungan untuk memberikan mandat untuk mentadbir wang mereka yang ada di dalam kantung kerajaan itu kepada pihak lain yang telah terbukti secara relatifnya lebih baik dari yang di uruskan oleh BN selama ini seperti yang terdapat di negeri-negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat.

BN boleh menafikan sekehendak hati mereka tetapi hakikatnya kerajaan yang di tadbir oleh kerajaan oleh parti-parti alternatif kepada BN itu adalah lebih telus dan baik. Perubahan yang baik ini adalah satu lagi bukti yang saya sebutkan sebagai perubahan yang sedang berlaku secara natural ini.

Perubahan cara berfikir dan persepsi rakyat kita sedang melalui proses perubahan yang sangat natural dengan keadaan dunia tanpa sempadan sekarang ini. Rakyat sudah tidak lagi menerima isu-isu yang rasis yang di mainkan oleh parti-parti dalam komponen. Isu rasis sudah ketinggalan zaman. Rakyat lebih berminat untuk hidup berdamai tanpa di halang oleh sentimen perkauman yang menebal.

Rakyat tahu sentimen perkauman ini dimainkan oleh parti-parti dalam BN semata-mata kerana kepentingan politik Umno, MCA dan MIC kerana parti-parti ini adalah parti rasis. Perubahan ini membuatkan BN dan parti-parti di dalamnya menjadi tertekan kerana mereka sudah terlalu biasa dengan kuasa yang sekarang ini memberikan mereka untuk melakukan segala-gala yang bertentangan dengan tuntutan semasa iaitu untuk berada di bawah pentadbiran kerajaan yang mengikut "rule of law", beretika, menghormati pandangan individu, serta kerajaan yang "magnanimous" dan demokratik yang tulin.

Rakyat juga sudah mula sedar apa yang dikatakan oleh Umno yang nasib bangsa dan agama kita hanya boleh selamat jika kerajaan terus di tadbir oleh Umno, seolah-olah parti itu sedang cuba memesongkan kita dari menyembah yang hak kepada yang bathil. Pengakuan Umno sebagai hanya pihak yang boleh menjamin masa depan manusia di negara ini adalah satu tindakan takbur dan sombong.

Masakan parti yang rasuah itu boleh diperakukan sebagai pihak yang hak dan mendapat keredhoan Tuhan? Masakan pihak yang di dukong oleh media massa seperti Utusan yang sentiasa memutar belitkan isu-isu penting rakyat itu boleh kita anggap sebagai pihak yang benar?

Masakan pihak yang melindungi kerja hina rasuah melalui akta-akta ketat itu boleh di yakini sebagai pihak yang baik dan adil serta boleh diberikan mandat terus menerus? Masakan pihak yang menjadi pembawa dalil-dalil hari kiamat boleh di katakan pihak yang benar? Tidak mungkin mereka yang cuba meyakinkan rakyat untuk membenarkan perkara yang salah dan menyalahkan yang benar itu boleh di berikan keyakinan.

Kita mesti berfikir dan membuat keputusan samada pihak yang sentiasa berjaya menyambung kekuasaan mereka dengan memecahbelahkan pemikiran rakyat itu masih wajar diberikan mandat untuk mentadbir kita semua? Sampai bila kita rela dipecahkan dan diperintah kerana kepentingan tempolok mereka semata-mata? Tidakkah kita terasa diperbodohkan tanpa henti-henti sejak 30 tahun dahulu sampai kehari ini?

Tidak beranikah kita untuk menolak pihak yang memecah belahkan kita selama ini? Kita masih ada jalan yang sangat baik dan ampuh untuk melakukan perubahan ini, iaitu melalui peti undi.

Perubahan pemikiran ini sudah bercambah setiap masa dan detik tetapi ianya perlu di pertahankan dan di tambah kekuatan "force" perubahan ini bukan untuk sesiapa tetapi untuk rakyat yang ramai juga.

Rakyat perlu membuktikan yang mereka adalah tuan yang sebenarnya dan berhak untuk menentukan siapa yang hendak diberikan kepercayaan untuk mentadbir negara dan rakyat serta melindungi harta benda rakyat ini dari dicuri dan dirompak oleh perompak-perompak kolar putih negara.Tidak kah kita sayang kepada harta rakyat dengan membiarkan di curi dan diferaidkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab?

Jawapan hanya boleh di berikan oleh rakyat sendiri. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan mereka yang telah merompak harta kita kerana kita yang memberikan kuasa kepada mereka untuk merompak kita. Selama ini kita yang memberikan mereka kemudahan untuk memecah belahkan kita sambil merompak dan mencuri harta-harta rakyat.

Perubahan pemikiran serta nilai beradaban rakyat sahaja yang akan memberikan jawapan yang sebenarnya semasa pilihanraya yang akan datang. Rakyat boleh memilih di antara mereka yang sudah sebati dengan sikap pencuri dan mereka yang sedang berusaha untuk memberhentikan kegiatan yang tidak bermoral itu

Tindakan Pemilik AIR ASIA Menubuhkan Syarikat Penerbangan Baru Menjejaskan Komitmen Kepada COMPREHENSIVE COLLABORATION FRAMEWORK (CCF) Dengan MAS

Posted: 09 Nov 2011 08:02 AM PST

KEADILAN merujuk kepada laporan Reuters mengenai penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru yang menawarkan perkhidmatan premium penuh oleh pemilik Air Asia, Dato' Seri Tony Fernandes. Laporan itu turut menyebut bahawa syarikat penerbangan yang diberi nama Caterham Jet itu akan menyediakan perkhidmatan premium penuh di antara Subang dengan laluan serantau seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura.
 
Tindakan Dato' Seri Tony Fernandes itu menimbulkan persoalan sama ada ia menjejaskan komitmen Air Asia yang dibuat berdasarkan Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) dengan MAS. Tujuan utama perjanjian tersebut ialah untuk mengikat kedua-dua buah syarikat penerbangan agar menumpukan perhatian kepada pasaran masing-masing (iaitu pasaran khidmat premium penuh oleh MAS dan pasaran tiket murah oleh Air Asia) agar kedua-duanya tidak bersaing sesama sendiri.
 
Justeru, saya mempersoalkan sama ada tindakan Dato' Seri Tony Fernandes ini mencabuli komitmen yang telah dibuat melalui Air Asia di dalam perjanjian CCF yang ditandatangani dengan MAS?
 
Beliau dan Khazanah Berhad perlu juga menjawab soalan-soalan berikut:
 
1.      Bukankan perjanjian CCF secara jelas menghalang Air Asia dan pemiliknya membuka sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan yang sama dengan MAS, agar masing-masing membina kekuatan di dalam pasaran tersendiri?
 
 
2.      Adakah Caterham Jet akan menggunakan laluan yang sama dengan MAS dan seterusnya menjadi pesaing kepada MAS? Ini menyebabkan perjanjian CCF tidak lagi bermakna dan berguna.
 

Pelaksanaan perjanjian CCF telah mengakibatkan kemarahan kakitangan MAS yang merasakan mereka dipinggirkan di dalam proses membuat keputusan; sedangkan mereka banyak berkorban di dalam pelbagai Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) yang diperkenalkan pengurusan MAS sebelum ini.
 
Penubuhan Caterham Jet mengesahkan bantahan KEADILAN terhadap perjanjian CCF sebelum ini atas dasar ia tidak menjamin perkongsian sama rata di antara MAS dan Air Asia yang seterusnya merugikan rakyat akibat monopoli yang wujud.
 
 
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

=====

DID AIR ASIA BREACH ITS COMPREHENSIVE COLLABORATION FRAMEWORK (CCF) WITH MAS BY SETTING UP A FULL PREMIUM AIRLINE?
 
KEADILAN refers to a Reuter's report on Dato' Seri Tony Fernandes's move to set up a full premium airline to compete on regional routes. The report quotes that the new airline called Caterham Jet shall operate from Subang to service the Bangkok, Jakarta and Singapore routes (among others).
 
With this latest development, the relevance and usefulness of the much criticised Comprehensive Collaboration Framework (CCF) signed between MAS and AirAsia becomes more questionable. The cornerstone of the CCF is MAS and AirAsia's commitment to stay in their niche markets (full premium service and no-frills respectively) in order not to commercially weaken each other by avoiding a direct competition.
 
I therefore question whether the latest move by Dato' Seri Tony Fernandes to set up a full premium airline is in breach of the CCF he signed on behalf of Air Asia?
 
The following questions with regards to the CCF should be clarified immediately by Dato' Seri Tony Fernandes and Khazanah Berhad:
 
1.      Does the CCF prohibit Air Asia or its owner (Dato' Seri Tony Fernandes) to operate a full premium airline that serves the same route as MAS; in order to leverage Air Asia and MAS' strength in the no-frills and full premium markets respectively;
 
2.      Does Caterham Jet serve the same routes as MAS and therefore becomes the latter's direct competitor, thus obliterating the usefulness of the CCF?
 

The CCF has caused much discomfort to the staff of MAS who feel they were left out in the decision making process in spite of the staunch support given to the various Business Transformation Programs previously rolled out by the management.
 
The setting up of Caterham Jet confirms our argument that the CCF does not guarantee a mutually beneficial commercial arrangement between MAS and Air Asia's owners that eventually will short-change the public due to the cartel created between the two.
 
 
 
MOHD RAFIZI RAMLI
DIRECTOR OF STRATEGY

Tiada ulasan:

Nuffnang