Ahad, 27 November 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Majlis Berkhatan anjuran Badan Kebajikan DUN Bukit Payong

Posted: 26 Nov 2011 03:29 PM PST

26 November - Majlis Berkhatan secara beramai-ramai anjuran Badan Kebajikan DUN Bukit Payong telah diadakan di PASTI al-Huda, Kedai Buluh dengan disertai oleh 80 orang peserta.

Para peserta bersama ibu bapa dan penjaga mereka terlebih dahulu berkumpul di PASTI al-Iman, Pekan Bukit Payong untuk menerima cenderahati berbentuk pulut kuning dan kain batik daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong.

Seterusnya, YB Ustaz Mohd Nor melepaskan peserta-peserta menaiki lebih 20 kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh ahli-ahli persatuan kenderaan pacuan 4 roda kawasan Marang, PASAK, yang membawa peserta berkonvoi mengelilingi beberapa kampung di DUN Bukit Payong sebelum menghantar mereka ke PASTI al-Huda Kedai Buluh.

Seterusnya YB Ustaz Mohd Nor membacakan doa sebelum majlis berkhatan dimulakan.

Beberapa gambar sekitar program.







































PAS mahu pemuda Islam cergas dan cemerlang

Posted: 26 Nov 2011 10:30 AM PST

Petikan BuletinOnline


MARANG
- PAS mahu melihat para pemuda Islam disemua peringkat dalam zaman mudanya menjadi aktif dan seimbang dalam semua kegiatan hidup.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, Nabi SAW bersabda badan setiap orang itu haknya, yang menuntut kepada latihan dan kecergasan.

Belliau menfikan tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS tidak menggalakkan sukan dan permainan.

"Nabi SAW kata atas badan kamu ada hak, maknanya Nabi nak suruh kita 'exercise' dan antara sunnahnya, orang muda ini sunahh (untuk) berenang, memanah dan menunggang kuda,

"jangan kita kata (bila) sebut orang PAS ini, benda-benda 'main' (permainan dan sukan) tidak suka atau tidak ada kaitan dengan agama,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan bolasepak 'musim banjir' anjuran Pemuda DUN Pengakalan Berangan di Kampung Pasir Putih pada Jumaat 25 November.

Menurutnya, para pemuda mestilah membuat perubahan dalam hidup dan meningkatkan diri dalam apa saja kegiatan yang bermanfaat.

Katanya, agama Islam juga mengajar, orang yang paling baik adalah mereka yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan pada masa yang sama bermanfaat kepada orang lain.

Oleh itu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Marang berharap orang muda dapat mengurus kehidupan zaman muda sebagaimana yang disarankan oleh RasuluLlah SAW.

"kita (mesti) pandai mengruskan masa kita, sebagaimana Nabi kata, ambil peluang, ambil kesempatan (ketika) masa kita sihat sebelum kita sakit,

"(ambil peluang) masa kita senang sebelum kita susah, masa kita lapang sebelum kita sibuk dan masa kita muda sebelum tua,"jelasnya.

Justeru, menurutnya, setiap pemuda Islam perlu mempunyai cita-cita menjadi seorang yang 'hebat' dalam pencapaian hidup masing-masing.

"supaya nantinya, apabila kita sebagai pemuda Islam ini adalah pemuda yang hebat dan apabila kita duduk dikampung, kita menjadi pemuda yang bermanfaat,

"bukan sahaja ke atas diri kita, (tetapi juga) kepada ibu bapa dan kepada orang kampung,"katanya.

Turut bersama Haji Yahaya dalam majlis tersebut adalah Penasihat Majlis Tindkan DUN Pengkalan Berangan Haji Mohd Deraman (Cikgu Mad Deraman).

Menurut Cikgu Mad, acara penyampaian hadiah pertandingan bolasepak tersebut adalah bersempena dengan program pimpinan PAS Kawasan Marang turun ke peringkat DUN.

"Penyampaian hadiah dalam majlis ringkas ini bersempena program pimpinan PAS Kawasan turun ke bawah, ke peringkat DUN,

"minggu ini di DUN Pengkalan Berangan ada dua kumpulan yang menziarahi penduduk miskin, orang kurang upaya dan warga emas (MOSWA),"katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindkan DUN Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria berkata program ziarah MOSWA pada kali ini ditumpukan kepada Kampung Tok Fakir dan Kampung Pasir Putih

Menurutnya program mingguan itu merupakan program prihatin dam cakna PAS terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, sasaran ziarah tersebut adalah menyampaikan sedikit sumbangan kepada empat puluh buah rumah, bagi mengurangkan beban mereka menghadapi kesempitan hidup dalam musim tengkujuh.

Isyarat kepada pelapis

Posted: 26 Nov 2011 10:13 AM PST

Petikan Sinar Harian:


KUALA TERENGGANU – Pas menyifatkan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengundurkan diri sebagai isyarat kepada golongan muda supaya meneruskan perjuangan parti.

Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah percaya kenyataan itu bukanlah bermaksud Abdul Hadi tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, beliau yakin, ia isyarat kepada ahli parti terutama golongan muda untuk bersiap sedia bagi meneruskan perjuangan dalam politik di negara ini.

"Kita rasa kenyataan be-liau sebelum ini bertujuan memastikan keyakinan dalam kalangan pelapis baru untuk meneruskan perjuangan parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Sinar Harian bertarikh 12 November lalu bertajuk 'Abdul Hadi sedia undur beri laluan muka baru'.

Memetik laporan tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan sedia mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada muka baru yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ditanya jika benar keadaan itu berlaku, Wan Sukairi menjelaskan bahawa Pas tidak bergantung pada kekuatan individu, sebaliknya memberi tumpuan terhadap prinsip perjuangan parti.

Mengulas lanjut, pemimpin yang tidak bertanding juga tidak akan hilang jawatan dalam politik dan tetap akan diberi kedudukan sesuai sebagaimana yang berlaku terhadap Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din.

"Tidak timbul isu apabila tidak bertanding akan hilang pengaruh. Dalam Pas, kita tidak pernah anggap apabila bersara, pemimpin tidak pegang apa-apa atau jawatan politik akan hilang. Pas tidak seperti Umno," katanya.

Beliau bagaimanapun yakin, Abdul Hadi akan tetap bersama meneruskan perjuangan dalam parti.

Menurutnya, kepimpinan Abdul Hadi juga dilihat mampu membawa Pas ke arah lebih baik apabila kewibawaan beliau bukan sahaja diiktiraf di peringkat negeri dan negara tetapi juga antarabangsa.

"Keadaan ini terbukti apabila banyak negara luar menjemput beliau menjadi salah seorang pemimpin untuk memberi penerangan berhubung sesuatu isu peringkat global," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang