:: cina islam | 2011 :: |
- Salam Maal Hijrah.
- Siaran Langsung Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP)
- Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Malaysia kepada kesejahteraan untuk semua
- 'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan
- Ibu dan anak dilapor hilang dalam tragedi feri karam
- 14 terbunuh, lebih 30 nelayan hilang ribut landa pantai
- Sertai tunjuk perasaan: Mesir usir tiga pelajar AS
Posted: 26 Nov 2011 10:37 PM PST 1 Muharram 1433H. [MOD] Kami seluruh warga kerja blog Cina Islam mengucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 kepada seluruh umat Islam di mana saja berada khususnya pengunjung setia blog ini. Harapan kami semuga kedatangan tahun baru ini memberi semangat dan perangsang baru kepada kita untuk meningkatkan usaha memartabatkan Islam di bumi tercinta ini. Sesungguhnya sinar Islam akan tetap gemilang dan terserlah walaupun ianya cuba diasak dari segenap sudut dan aspek atas usaha gigih dari para pejuang yang ikhlas dan gigih mempertahankan Islam dengan harta beda dan jiwa raganya. |
Siaran Langsung Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) Posted: 26 Nov 2011 07:34 PM PST 1 Muharram 1433H- Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) sedang berlangsung sejak jam 9. Pagi tadi dan akan berakhir pada jam 12 malam ini. Pelbagai program menarik telah diatur oleh pihak penganjur yang mensasarkan kehadiran lebih 10,000 orang pemuda dari seluruh pelusuk negeri Perak. Bagi yang mahu mengikuti siaran langsung program itu bolehlah layari website Dewan Pemuda PAS Perak di ;- http://pemudapasperak.com/v1/ |
Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Malaysia kepada kesejahteraan untuk semua Posted: 26 Nov 2011 07:03 PM PST 1 Muharram 1433H. [MOD] - Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah. Tahun Baru Islam (Arabic: رأس السنة الهجري Ras as-Sanah al-Hijriyah) adalah hari yang menandakan permulaan tahun kalendar Islam yang baru, dan hari di mana kiraan tahun bertambah. Sekarang tiba masanya rakyat Malaysia kena bersiap sedia untuk perubahan secara menyeluruh bukan setakat untuk menukar pemimpin tapi lebih dari itu iaitu dari sistem kapitalis kepada sistem Islam yang bersifat adil untuk semua. Perubahan ini hanya boleh berlaku kalau setiap orang mahu melakukannya kerana kita tidak mampu untuk mengubah sesorang tanpa usaha mereka sendiri. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ". QS Ar-Ra'd:11 Kepada yang bukan Islam mereka sepatutnya jangan takut untuk menerima Islam sebagai cara hidup kerana tiada paksaan dalam agama Islam terhadap yang bukan Islam. Mereka bebas mengamal agama dan kepercayaan masing-masing. Mereka kena mengenali Islam secara dekat bukan setakat mendengar dari orang lain yang tidak mengamal Islam sebenarnya. Insya-Allah kita yakin suatu hari nanti orang bukan Islam akan melihat keindahaan Islam secara menyeluruh. Akhir sekali kita mesti bersatu dan berjuang bersama untuk menegak keadilan dan menghapuskan penyelewengan dan penyalahguna kuasa yang berlaku hari ini demi masa depan rakyat Malaysia akan datang. PAS berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik Selamat Tahun Baru 1433 hijrah kepada semua rakyat Malaysia, semoga Malaysia mendapat pemerintahan yang baru yang lebih adil dan saksama untuk semua. Wassalam PAS Miri Jofri Jaraiee |
'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan Posted: 26 Nov 2011 05:19 PM PST 1 Muharram 1433H. [MOD] - Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan. "Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee. "Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi." Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen. Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas. Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya. "Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya. |
Ibu dan anak dilapor hilang dalam tragedi feri karam Posted: 26 Nov 2011 04:52 PM PST 1 Muharram 1433H. [MOD] - SEMPORNA 27 Nov. – Seorang ibu berumur 44 dan anaknya, 14, dilaporkan hilang apabila feri yang membawa lori mereka untuk menyeberang sungai ke Kampung Lihak-Lihak dekat sini karam petang semalam. Mereka adalah antara tiga orang yang berada di dalam lori itu semasa kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.30 petang. Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Azim Khan Abdullah berkata, adik lelaki kepada wanita berkenaan, yang memandu lori itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang keluar dari lori tersebut. Beliau berkata, empat orang yang berada di dalam sebuah kereta dan pekerja feri turut berjaya menyelamatkan diri. Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota Pasukan Gerakan Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang dilakukan. – Bernama |
14 terbunuh, lebih 30 nelayan hilang ribut landa pantai Posted: 26 Nov 2011 04:46 PM PST 1 Muharram 1433H. [MOD] - COLOMBO 26 Nov. - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lebih 30 nelayan hilang selepas dilanda hujan lebat dan tiupan angin kencang di selatan Sri Lanka, lapor pihak berkuasa, hari ini. Seorang jurucakap Pusat Pengurusan Bencana (DMC) berkata, 14 orang disahkan mati manakala 30 nelayan dilaporkan hilang selepas kawasan pantai itu dilanda tiupan angin kencang. Tambahnya, lebih 1,500 buah rumah rosak dengan sebahagian besar mereka kehilangan bumbung dalam kejadian itu. Sri Lanka bergantung kepada hujan monsun untuk sistem pengairan dan penjanaan kuasa namun hujan lebat yang sering berlaku menyebabkan banyak kematian dan kerosakan harta benda. - AFP |
Sertai tunjuk perasaan: Mesir usir tiga pelajar AS Posted: 26 Nov 2011 04:39 PM PST 1 Muharram 1433H. [MOD] - KAHERAH 26 Nov. - Kerajaan Mesir hari ini menghantar pulang tiga penuntut warga Amerika Syarikat (AS) yang ditangkap semasa tunjuk perasaan di dataran Tahrir, menuntut menamatkan pemerintahan tentera, kata seorang pegawai di lapangan terbang. Ketiga-tiga penuntut Universiti Amerika di Kaherah, dibebaskan pada Khamis lalu selepas berada dalam tahanan polis selama tiga hari. Agensi berita MENA berkata, ketika kejadian, tiga penuntut itu ditangkap bersama sebuah beg yang mengandungi botol air yang diisi dengan petrol. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan