Anwar Ibrahim |
- Amendments Just a “Sleight of Hand”, Govt Must Withdraw Assembly Bill – PKR
- Penyenaraian Dedah Felda Kepada Risiko Monopoli
- PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak
- Azizah: Demokrasi Dan Islam Bukan Air Dan Minyak
Amendments Just a “Sleight of Hand”, Govt Must Withdraw Assembly Bill – PKR Posted: 26 Nov 2011 08:47 PM PST Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz confirmed that the Cabinet has agreed to make 8 amendments to the controversial Peaceful Assembly Act, but PKR leaders flayed him and the Najib administration for trying to manipulate the issue. “The Bill must be withdrawn. Extensive changes are required. Amendments by the government are expected to be a sleight of hand calculated to appease public anger,” N Surendran, PKR vice president, told Malaysia Chronicle. “It is clear the government has no intention to lift the ban on street protests, which is the key grievance. Protests will proceed until the government recognizes the people’s right to assemble and gives full effect to Article 10 of the Federal Constitution.” He was commenting on a Berita Harian report that quoted Nazri as saying that 8 amendments would be made on Tuesday when Parliament convened for the second reading of the Bill. Another Najib “sleight of hand” The Peaceful Assembly Bill was first proposed by Prime Minister Najib Razak in September to appease public anger over his excessively harsh crackdown on peaceful demonstrators at the July 9 Bersih 2.0 rally for free and fair elections. But instead of agreeing to greater democratic space, Malaysians were shocked when the PM tabled a Bill for first reading earlier this week that contained even more repressive conditions for public gatherings than in Myanmar, which allows street protests. The Malaysian bill was also condemned for giving the police too much power and discretion over the people’s freedom. “There is only one solution – to withdraw, not amend. There are no redeeming factors at all in this Bill,” PKR director of legal affairs Latheefa Koya told Malaysia Chronicle. A slew of protests on the cards Initially, Najib and his cousin Home Minister Hishammuddin Hussein defended the Bill vehemently, with Najib saying it was a “revolutionary” law and a “giant leap” while Hisham, who controls the police, said there was “no way” the government would retract the law due for final reading next Tuesday. That prompted the mushrooming of several civil society groups including the Freedom to Campaign led by law professor Wong Chin Huat and the Bar Council to organize various demonstrations and candlelight vigils. With public sentiment fast souring, the Najib administration began to back-track, blaming Nazri for the excessive conditions on the basis that Najib had been overseas and was not aware. That was condemned as a”flimsy excuse” to save face for Najib. However, what concerns Malaysians most now are the amendments that will be made. There is fear that these will be cosmetic and are highly unlikely to pass muster with the Bar Council. Nor are the civil society groups likely to take kindly to any form of “manipulation” by the Najib administration to slip in extra provisions to enable their coalition to cling to power in the event they lose the next general election. “How can the government be so sloppy. The Bill is full of loopholes and in the first place, it was not necessary. All we needed was to practice Article 10 in the full spirit in which is was written,” PKR vice president Tian Chua toldMalaysia Chronicle. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Penyenaraian Dedah Felda Kepada Risiko Monopoli Posted: 26 Nov 2011 08:40 PM PST Penyenaraian Felda di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mendedahkan Felda kepada risiko dimonopoli individu tertentu, kata perwakilan Gombak, Mohamad Saleh. Dalam perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden, Saleh berkata, penyenaraian itu bertentangan dengan tujuan asas penubuhan Felda iaitu mewujudkan skim tanah rancangan bagi menjaga kebajikan peneroka. "Kita bimbang penyenaraian di BSKL akan terjadi kepada Felda seperti yang menimpa Syarikat Beras Nasional (Bernas)," katanya yang juga bekas peneroka Felda Taib Andak. Tambah Mohamad Saleh, aset Felda bertambah kepada 50 syarikat usahasama korporat dengan aset 360 000 hektar tanah, namun hakmilik tanah sebahagian peneroka masih belum diperoleh. Bahkan, hutang bertimbun peneroka perlu dilangsaikan oleh generasi kedua Felda. "Sampai ada orang kata, kalau masuk (skim) Felda ini, tujuh kali mati dan tujuh kali hidup semula pun, hutang masih tak boleh habis. "Berbanding pengurusan kerajaan Selangor, dia jaga orang Selangor dari lahir sampai masuk ke liang lahad,' katanya berseloroh disambut gelak ketawa perwakilan. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak Posted: 26 Nov 2011 11:37 AM PST Tekanan keterlaluan pemerintahan Umno terhadap kaum melayu selama ini, mendesak gagasan Pakatan Rakyat mengembeleng kekuatan mengambil alih peranan membela nasib dan kebajikan kaum itu. Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran yang dilontar oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar kepimpinan Umno meminda undang-undang memastikan jawatan Perdana Menteri hanya boleh dipegang oleh seorang Melayu hanya cabaran menguji sejauh mana keikhlasan janji parti itu membela dan memartabatkan kaum melayu. “cabaran itu bukan pendirian AMK mahupun parti, oleh kerana Umno lunak membicarakan soal melayu, kita mencabar Umno untuk meminda, itupun kalau mereka sanggup. “Kita masih berpegang pada perlembagaan Malaysia selain prinsip adil dan saksama, apa yang dilontarkan itu hanyalah cabaran,”katanya. Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di Pulai Spring Resort, di sini hari ini. Semalam, pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-8 di sini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin melontarkan mencabarnya kepada kepimpinan Najib Razak untuk meminda undang-undang bagi memastikan jawatan Perdana Menteri hanya dari kalangan melayu Cabaran itu menurut Shamsul antara lainnya adalah untuk membuktikan bahawa Umno bukan lagi juara orang Melayu seperti apa yang didakwa parti itu selama ini. Dalam perkembangan sama, Shamsul menerusi program bual bicara ‘Fokus Berita’ bersama TVSelangor berkata walaupun polimik berhubung isu melayu akan dimainkan oleh media arus perdana dan pemimpin Umno namun isu tersebut harus di lihat secara positif. Selama ini ternyata Umno telah gagal memertabatkan orang melayu dalam semua bidang termasuk hak istimewa orang melayu, tanah rizab orang melayu dan ekonomi orang melayu yang jauh tersisih. Pemerintahan Umno lebih 54 tahun yang kononnya membela nasib melayu bagaimana pun telah membuka mata rakyat mengenali wajah sebenar kepimpinan Umno. Mengulas lanjut, Anwar berkata PKR teguh mendaulatkan perlembagaan tanpa berbelah bagi dan mengingatkan media agar tidak mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan ini. “Pendirian kita ialah kekalkan peruntukan pelembagaan yang ada, kita cabar Umno kerana Umno bicara soal melayu, itupun kita pertikai kerana bukan melayu rakyat (golongan melayu bawahan),”jelas Anwar. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Azizah: Demokrasi Dan Islam Bukan Air Dan Minyak Posted: 26 Nov 2011 11:25 AM PST “Suatu ketika dahulu ramai sarjana Barat dan elit penguasa di dunia Islam beranggapan demokrasi dan Islam bagai air dan minyak, saling terpisah dan mustahil bersatu. Kemudian Indonesia dan Turki membuka jalan dan mata dunia bahawa demokrasi dan syura itu asas pentadbiran Islam. Islam dan demokrasi ibarat kubah dan menara yang menghiasi Masjid. Kira-kira setahun yang lalu, ar-Rab?? al-?Arabiyy atau Arab Spring meletus di Tunisia dan merebak ke seluruh dunia Arab. Jutaan anak muda yang dahulunya dikongkong dengan seribu satu undang-undang dan terpenjara oleh ketakutan elit kekuasaan turun ke jalan raya dengan satu tuntutan: berikan mereka kebebasan, kembalikan maruah mereka.” Demikianlah pendahuluan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah Ismail (gambar kiri), cuba menyuntik semangat kepada anggotanya dengan memberi gambaran “Arab Spring“, yang berlanjutan sejak awal tahun ini. “Kemaraan jutaan anak muda yang turun ke jalan bukan terhad di Kaherah atau Alexandria, tetapi juga di kaki lima di Madrid, Barcelona, Athens dan Rome. Di mana-mana, anak muda tampil menyatakan kemarahan mereka kepada sistem politik, sosial dan ekonomi yang bobrok dan merampas hak mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR yang berjudul “Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia“, dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini. Beliau cuba mengaitkan apa yang berlaku di Timur Tengah dengan situasi di Malaysia, “Titik persamaannya adalah kerakusan sang penguasa yang alpa kepada kebajikan rakyat, tumpas kepada godaan rasuah dan kekayaan sedang rakyat menderita. Sang penguasa seperti juga di negara ini yang bermaharajalela dalam sistem politik dan sosial yang merampas kebebasan rakyat.” Wan Azizah memetik statistik Pekali Gini (Gini Coefficient) untuk menunjukkan bagaimana jurang kekayaan dalam masyarakat semakin melebar, pada paras 37.91 dalam tahun 2004, dan merudum kepada 46.21 pada tahun 2009. “Kedudukan ini meletakkan jurang kekayaan di Malaysia lebih buruk dari negara-negara yang lebih miskin dan mundur seperti Indonesia, Afghanistan, Iraq mahupun negara yang dilanda peperangan seperti Liberia,” Katanya. Jurang kaya-miskin Malah beliau mengingatkan, jika kadar kenaikan gaji bagi satu dekad akan datang kekal pada paras 2.6% iaitu tersekat pada kadar purata kenaikan gaji di antara tahun 2000 hingga 2010, maka menjelang 2020 dijangkakan peratusan rakyat Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan akan meningkat 4%. Wan Azizah juga mengambil statistik terkini, bahawa 342,198 rakyat Malaysia berdaftar sebagai penganggur sehingga Ogos 2011. Dalam tahun 2010 dan 2011, purata rakyat yang mendaftar sebagai penganggur baru setiap bulan adalah 14,809 orang. Dalam tempoh yang sama juga, secara purata kerajaan hanya berjaya mencari pekerjaan dan menempatkan 1,338 orang penganggur berdaftar setiap bulan. “Di kemuncak krisis kewangan dunia dan kemelesetan ekonomi global, jumlah penganggur berdaftar di negara ini ialah 369,799 dalam tahun 2009. Dua tahun selepas pelbagai program ekonomi dan janji ditaburkan kepada rakyat, angka terkini di akhir Ogos 2011 kekal tinggi di paras 342,198 orang,” katanya. Lebih-lebih lagi, 69.1% daripada angka 342,198 orang ini adalah dari kalangan anak muda berumur bawah 25 tahun. Angka ini menjadi lebih besar jika dilebarkan kepada golongan muda di bawah 30 tahun, mencecah sehingga 90.1%, menurutnya. Wan Azizah menambah, daripada 342,198 orang penganggur, 51.4% mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan tinggi di peringkat diploma, 29.9% dari penganggur muda ini tamat dengan pengajian ijazah, 21.5% pula mempunyai diploma. Sementara itu, ketika menyentuh isu rasuah dan ketamakan pemerintah, Wan Azizah menyindir, “Di kala kita di ambang medan juang penentu, jangan kita alpa sejarah dan akar umbi kita. KEADILAN berputik dari kebangkitan rakyat yang marah dengan keangkuhan elit kekuasaan membolot harta negara. Ketamakan elit kekuasaan ini tidak kenal erti had. Kalau gunung boleh dicuri tiadalah Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu di dunia ini, kalau Banjaran Titiwangsa boleh disapu, nescaya yang itu pun direbut-rebut mereka.” Selain menawarkan kebajikan dengan peruntukan wang untuk warga emas, suri rumah, isi rumah miskin dan sebagainya, Presiden PKR menegaskan semula Deklarasi Permatang Pauh yang diamanatkan pada tahun 2008, yang membuka tirai kepada gerakan Reformasi. Bagaimanapun, menjelang PRU 13, Wan Azizah menjanjikan calon PKR yang lebih berkualiti untuk bertanding. “Pimpinan parti juga akur dengan teguran bahawa beberapa calon yang dipilih dulu kurang berkelayakan; prestasi hambar di Parlimen atau DUN dan kurang berkhidmat untuk rakyat. Kita harus lega manakala mereka bertindak keluar dan tersisih dari perjuangan. Malah kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi; harus di kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh.” PKR mengadakan Kongres Nasional Tahunannya mulai hari ini di Pulai Springs Resort. Turut hadir dalam majlis perasmiannya termasuklah Lim Kit Siang dari DAP dan Abdul Hadi Awang dari PAS This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan