Ahad, 16 Oktober 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


3,000 Bekas Payasam Diagihkan Oleh Dr Xavier Di Taman Sentosa

Posted: 15 Oct 2011 07:00 AM PDT

Klang, 15 Oktober 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar dan para sukarelawan pada hari ini telah berjaya menyediakan dan mengagihkan sebanyak 3,000 bekas payasam.

Program menyediakan dan mengagihkan masakan tradisional india ini telah menjadi tradisi di DUN Seri Andalas sejak tahun 2008 dan ini adalah tahun keempat dijalankan.

Seramai 40 orang sukarelawan yang diketuai Encik Satthiya Seelan telah hadir sejak pukul 9 pagi.

YB Dr Xavier kemudiannya menyempurnakan kacau payasam yang terakhir.

Pengagihan payasam kepada orang ramai sedikit sebanyak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Turut diagihkan kepada orang ramai adalah akhbar Selangor Times dan jemputan ke Rumah Terbuka Deepavali DUN Seri Andalas yang akan diadakan pada 5 November nanti.













Lawatan Kerja YB Dr Xavier Jayakumar Ke Hospital Kuala Kubu Bharu

Posted: 10 Oct 2011 05:00 AM PDT

Kuala Kubu Bharu, 10 Oktober 2011 - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor telah melakukan  lawatan kerja ke Hospital Kuala Kubu Bharu petang tadi.

Beliau telah ditemani pengarah hospital, Dr. Jasmeet Singh untuk melawati wad kanak-kanak dan Ibu Bersalin disamping memberikan sumbangan kepada mereka.

Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Cabang Keadilan Hulu Selangor, Nazar Yakin, Penyelaras Dun Ulu Bernam, Haji Shukor dan Penyelaras Dun Batang Kali, Khalid Jaafar.

Dalam ucapan selepas lawatan tersebut, Dr. Xavier mengatakan bahawa lebih 70%  dari rakyat mendapatkan khidmat perubatan dari hospital-hospital kerajaan kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding hospital swasta.

Ujarnya lagi beban kerja para doktor serta kakitangan hospital semakin berat apabila seorang doktor kerajaan harus merawat  200 pesakit pada satu-satu masa.       

Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kelewatan pembinaan Hospital Shah Alam yang dirancang mempunyai lebih 250 katil tetapi telah 2 tahun lewat dari tarikh siapnya.

Tegasnya lagi bahawa kerajaan Negeri bersedia memberikan tanah untuk pembinaan sebuah hospital baru di daerah Hulu Selangor tetapi beliau tidak yakin hospital tersebut akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat.

Beliau juga mengatakan bahawa penyakit-penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti semakin meningkat dari setahun ke setahun. Ujarnya lagi lebih 3,500 kes pesakit kencing manis baru dilaporkan setiap tahun dan peningkatan ini membimbangkan pihak berkuasa.  

Dalam masa yang sama kes-kes demam denggi semakin menurun secara keseluruhannya di Negeri Selangor tetapi kes-kes baru masih dilaporkan di kawasan Bukit Beruntong dan kawasan persekitarannya   kerana terdapatnya banyak rumah-rumah serta premis rumah kedai yang terbengkalai dan tidak berpenghuni yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes.





Tiada ulasan:

Nuffnang