Ahad, 16 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PERLU BUAT PERUBAHAN DALAM PRU13 : CIKGU MALA

Posted: 16 Oct 2011 06:57 AM PDT


TELUK INTAN, 15 Oktober - Rakyat perlu membuat perubahan dalam PRU13 akan datang demi menghentikan kezaliman, pembaziran, rasuah dan sebagainya oleh UMNO/BN terhadap rakyat. Demikian dinyatakan oleh Cikgu Normala Sudirman semasa menyampaikan ceramah di Kg. Selabak dekat sini.

Cukuplah  lebih setengah abad rakyat di negara ini menderita akibat kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN. Selama itu jugalah mentaliti rakyat terutama orang Melayu telah dipesongkan sehingga hanya nampak seolah-olah UMNO/BN sahaja yang mampu menolong orang Melayu.
Suami Cikgu Normala setia mengiringi.

Cikgu Normala bersama Hjh. Faridah, Timbalan Ketua Muslimat Teluk Intan.

Hj. Razman bersama YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail serta Hj. Azhar selaku pengerusi ceramah.

"Kita juga perlu melakukan perubahan atas dasar dunia ini hanya tempat persinggahan sementara dalam menuju ke akhirat yang kekal abadi. Oleh kerana itu, dunia perlu diimarahkan dengan kembali kepada Allah yang mana UMNO/BN gagal memandu rakyat ke arah negara 'baldatun toiyyibatun warabbul ghafur'.

Beliau juga menceritakan pengalaman semasa menjadi calon PRK DUN Tenang. Beliau juga menyentuh kezaliman UMNO/BN dalam bertindak ke atas kakitangan kerajaan yang meyokong PR seperti yang dialami sendiri oleh suami beliau.
Hj. Razman banyak menyentuh isu semasa dan pilihan raya.

YB Anuar mengulas bajet 2012.

Turut menyampaikan ceramah ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Hj. Razman Zakaria dan ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

Sebelum itu, pada sebelah petang, Cikgu Normala telah menyampaikan ceramah motivasi pilihan raya kepada muslimat di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak.
Ucapan motivasi yang mengesankan.

Bersama muslimat membaca ma'thurat.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang