N50 Dun Sri Muda |
Posted: 15 Oct 2011 02:10 AM PDT Program 100 Hari Pakatan Rakyat(Sila klik di sini untuk muat turun Program 100 Hari Pakatan Rakyat) Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama. Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut: 1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan. 2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol. 4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat. 5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa. 6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan. 7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar. 8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. 9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%. 10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. | |||
Posted: 14 Oct 2011 02:14 AM PDT
13/10/2011 920 View SHAH ALAM, 13 OKT : Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau hanya mempersoal titah seorang Raja Melayu dan bukan menghina institusi Raja-Raja Melayu seperti yang didakwa media pro-Umno. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata Perlembangan memberinya hak untuk membincang titah tersebut dan mereka yang mengkritiknya sebenarnya tidak faham undang-undang. " Saya tak kata pertikai Tuanku, tak ada. Saya tak kata dia tak ada kuasa. Saya kata kuasa tu memang ada, saya tak pertikaikan. Tiba soal kewajaran, soal keadilan dalam isu ni macam mana. Itu saja." "Iyalah yang dakwa menghina itu dia. Kalau dia faham peruntukan perlembagaan itu dia tak kata begitu. Dia orang sudah melabel kita macam tu, saya nak buat macam mana." Dr Aziz berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor apabila diminta mengulas langkah beberapa Ahli Parlimen BN yang mendesak Aziz dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak mempertikaikan kuasa ketua agama. Apa yang diperkatakan ialah kewajaran sesuatu tindakan itu dari segi undang-undang dan Perlembagaan.
"Saya dah kata, saya tak pertikaikan kuasa ketua agama. Saya cuma sebut soalnya adakah kewajarannya ada. Itu boleh. Kalau tengok akta hasutan pun jelas. Kalau kita setakat mencuba nak memperbaiki, nak improve kata orang apa salahnya." Beliau kecewa kata-katanya telah dipusing oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik.
'Orang ni dah twist sentence.... Itu yang sedihnya. Kalau orang yang macam Zulkifli Nordin yang pernah jadi peguam fikir macam itu. Apa jadinya. Ini nak mengapi-api, nak menghasut namanya. Nak memanaskan keadaan yang tak panas."
Dr Aziz memuji sikap terbuka seorang Putera Diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al Abidin Tuanku Muhriz. Tunku Zain dalam kenyataan kepada portal berita Malaysia Kini hari ini antara lain berkata, titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar. Tambah Dr Aziz, beliau memberi komen sedemikian kerana kes siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) membabitkan sensitiviti agama lain. Di dalam titahnya Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata tindakan JAIS menepati skop undang-undang agensi itu. "Satu lagi yang kita kena faham ialah soal ini dia melibatkan soal agama lain. Jadi dalam soal itu kita kena tengok jugak. Kalau dah sampai kedudukan agama lain terancam dalam soal ini dalam kedudukan soal gerejanya diceroboh, macam mana. Dan bukti tak ada." Beliau berpendapat jika tidak cukup bukti lebih baik kes sedemikian ditutup kasar, jangan dipanjang-panjangkan kera ia mempunyai impilasi negatif. "Saya kata macam ini, kalau bukti tak ada tutup saja . Tutup buku. Apa pulak bukti tak ada masih lagi kita seolah-olah melihat orang-orang ini beralah. Macam mana . Itu yang saya kata mana ada dalam dunia ini undang -undang kata macam tu. Kalau tak ada bukti , tutup buku, itu saja. Tang mana lagi kita nak cuba seolah-olah nak menunjukkan orang ini masih bersalah walaupun tak ada bukti. Itu yang saya katakan." TVS | |||
Posted: 12 Oct 2011 03:29 AM PDT Umno masih syok sendiri di SelangorUmno masih syok sendiri di Selangor Oleh SAFAR JUMAAT BN bercita-cita mahu merampas Selangor. Mereka anjurkan kempen selamatkan Selangοr. Padahal, Selangor sudah jelas lebih selamat di tangan Pakatan Rakyat dengan simpanan berjumlah RM1.1 bilion. KETIKA Kerajaan Selangor, kerajaan negeri termaju di Malaysia mengumumkan mereka mempunyai simpanan RM1.1 bilion, khabarnya bekas pemimpin-pemimpin utama Selangor, terpaksa menahan sesak nafas dan mereka yang bercitacita mahu merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat, terkedu lidah masing-masing. Sejak 28 tahun lalu, belum pernah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai simpanan sebanyak ini, bukan kerana hasil negeri berkurangan, tetapi disebabkan sifat amanah tidak ada di kalangan mereka yang selama ini menerajui Selangor. Baru-baru ini, bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo mendedahkan, usaha "mengenakannya" dibuat oleh mereka yang berjawatan menteri kerana alasan mudah untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan ialah dengan "mengenakannya." Dakwaan Dr. Mohamad Khir yang disiarkan di blognya itu tidak mendapat respon yang baik dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, tetapi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Noh Omar enggan memberi komen. Suatu ketika dahulu, ketika Dr Mohamad Khir menjadi Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Noh adalah timbalannya. Tetapi apabila Bahagian Tanjung Karang dipecah dua, satu menjadi Bahagian Sungai Besar, Dr Mohamad Khir dan Noh berpisah bahagian. Masing-masing menjadi ketua bahagian di tempat masing-masing. Namun, Dr Mohamad Khir sudah melepaskan jawatannya itu kerana kesnya dibicarakan di mahkamah dan tempatnya kini disandang Dato' Ramli Norani, seorang bekas Adun di zaman Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Menteri Besar. Sejarah Umno Selangor memang berwarna warni. Boleh dikatakan semua Menteri Besarnya mengakhiri karier masing-masing secara tragis, kecuali Allahyarham Dato' Hormat Rafie. Sejarah kejatuhan Menteri Besar terdahulu ini tidak memberi pengajaran kepada Dr. Mohamad Khir yang akhirnya membawa Barisan Nasional (BN) rebah dalam PRU 12, Mac 2008. Hari ini, BN Selangor bercitacita mahu merampas kembali Selangor. Mereka menganjurkan kempen selamatkan Selangor. Padahal, Selangor sudah jelas lebih selamat di tangan Pakatan Rakyat dengan simpanan berjumlah RM1.1 bilion. Kenapa dalam zaman BN memerintah dahulu, simpanan negeri tidak pernah sampai ke tahap itu? Jawapannya tentulah ada di kotak pemikiran rakyat dan pengundi di Selangor. Masalah pembangunan Bukit Botak Selayang pun hanya selesai di zaman Pakatan Rakyat memerintah, padahal, boleh dikatakan semua penduduk Bukit Botak adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN). Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Umno Negeri Selangor berkali-kali bertempik, "sepatutnya kita bukan yakin boleh merampas kembali Selangor tetapi hendaklah insaf dengan kehilangan kuasa." Maknanya, Najib tidak mahu mereka yang diharapkan di Selangor menganjurkan program syok sendiri, hanya kerana mesti ada program untuk mengundangnya memberikan ucapan tetapi dalam masa yang sama, para pemimpin di peringkat bahagian, tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman. Najib nampak, beberapa orang wakil rakyat BN di Selangor bergelumang dengan kes mahkamah. Ada ketua bahagian yang belum mampu menyelesaikan masalah yang dibicarakan dan beberapa ketua bahagian yang baru menang, tidak mahu menerima pasukan yang kalah dalam pertandingan di peringkat bahagian. Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masih "membisu sampai kini" kerana enggan meneruskan tugasnya sebagai ketua bahagian. Setahun yang lalu, beliau mengatakan, beliau lebih seronok menjadi pemerhati dalam perkembangan politik di Selangor. Hakikatnya, Umno Selangor sedar, sokongan masyarakat Cina dan India belum kembali menyokong BN. Walaupun mereka memasang keyakinan yang pengundi Melayu akan kembali ke pangkuan BN namun, rata-rata kepimpinan bahagian di Selangor tidak dapat mengesahkan apakah Umno boleh memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi. Contoh paling ketara, tiada siapa dalam BN yang yakin BN mampu memenangi semula kerusi Parlimen Gombak dan ketiga-tiga kerusi Dun di bawah Parlimen tersebut, iaitu Hulu Kelang, Gombak Setia dan Batu Caves. Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan, ada bekas-bekas Menteri Besar Selangor "saling tidak bersetuju" antara satu sama lain kerana masing-masing bimbang kalau-kalau ada salah seorang dari mereka diangkap semula menjadi pemimpin utama Umno negeri. Tidak hairanlah apabila Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menganjurkan pemukiman wakil-wakil rakyat di Kuala Selangor, kawasan di mana Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim datang. Mungkin ia secara kebetulan tetapi, dalam masa yang sama, tentulah bersebab mengapa Kuala Selangor, di mana kerusi Parlimen itu diwakili Dr Zulkefli Ahmad dijadikan tempat mereka berhimpun. Malangnya, krisis dalaman Umno Bahagian Kuala Selangor antara ketua bahagian sekarang, Ameruddin Sutero dengan bekas ketua bahagian, Mohd Daud Tarihep seperti tiada kesudahan. Dari segi logiknya, selagi mereka tidak menyelesaikan masalah dalaman, mustahil untuk mereka memenangi kembali kerusi yang sudah kalah. Gerakan, salah sebuah parti komponen BN juga mengimpikan untuk merampas kembali empat kerusi Dun di Selangor, iaitu Bukit Lanjan, Teratai, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta kerusi Parlimen Puchong. Apakah impian Gerakan di bawah kepimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon akan menjadi kenyataan? Tsu Koon sendiri seperti ditolak di Pulau Pinang, negeri di mana beliau menjadi Ketua Menteri selama 18 tahun. Tiada minggu yang tidak kendengaran kecaman dan kritikan terus kepada kepimpinannya hingga ada yang mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya melantik Tsu Koon menjadi Menteri Pengiring bagi memudahkannya mengiringi ke mana-mana Perdana Menteri berada. Dari 56 kerusi Dun Selangor, mana-mana parti yang ingin memerintah mesti memenangi lebih dari 28 kerusi. Jika Umno yang dikatakan mewakili 30 kerusi Dun, boleh memenangi kesemua kerusi yang ditandingi, memang BN boleh kembali memerintah Selangor tetapi jika mereka awal-awal lagi sudah tidak mampu untuk memikirkan cara mahu memenangi kerusi Dun Hulu Kelang dan Gombak Setia (Dun Batu Caves dipunyai MIC), ia sudah cukup untuk memberitahu mereka, lupakanlah hasrat untuk merampas kembali Selangor. Noh sendiri, perlu menjaga kerusi Parlimen Tanjung Karang dan Dun di bawah Parlimen itu jika beliau mahu menjadikan impiannya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan bukan timbalan seperti sekarang ini.
Kredit tο: http://www.kedahlanie.info/2011/10/umno-masih-syok-sendiri-di-selangor.html | |||
Posted: 25 Sep 2011 02:53 AM PDT Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?Siapa Yang Sebenarnya 'Terseksa' Muhyiddin?
SHAH ALAM 24 SEPT : Dakwaan timbalan perdana menteri bahawa rakyat Selangor terseksa di bawah pentadbiran tiga tahun Pakatan Rakyat di negeri ini disifatkan sebagai tindakan terdesak Umno Barisan Nasional. Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin terpaksa melakukan perang saraf apabila mendapati rakyat Selangor sebenarnya sudah cukup selesa dengan pentadbiran PR yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat. "Rakyat Selangor hari ini bukan terseksa, yang terseksa sebenarnya adalah pimpinan-pimpinan kanan Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menipu duit rakyat untuk kepentingan mereka. "Malah rakyat Selangor secara keseluruhan semakin selesa dan bukan terseksa," katanya pada satu majlis rumah terbuka DUN Sri Muda hari ini. Tambah Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, kisah dongeng betapa penting untuk Umno merampas kembali Selangor demi menyelamatkan rakyat di negeri ini tidak akan berjaya kerana warga Selangor sedia maklum apa yang mereka mahukan. "Rakyat di Selangor hari ini cukup berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga di atas kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah menjalankan terlalu banyak program-program yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat. "Malah mereka cukup bersyukur apabila Umno BN kalah di negeri Selangor dan Insya-Allah sokongan yang kita terima semakin meningkat dari hari ke hari," tambahnya lagi. Beliau dalam pada itu berkata, dakwaan songsang Muhyiddin itu semalam di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang disifatkan sebagai tindakan menggelabah beliau yang tidak sabar mahu merampas tampuk pemerintahan negara. "Jadi kita lihat sejak akhir-akhir ini ada percanggahan pendapat di antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak dan ini menggambarkan wujud kecelaruan yang besar daripada segi agenda memajukan negara atau pun memastikan kemenangan Umno dan BN di seluruh negara," katanya. Shuhaimi berkata malah beliau yakin pada pilihan raya umum ke 13, rakyat di negeri Selangor tidak akan berpaling tadah untuk mengundi BN sebaliknya lebih ramai yang akan menyatakan sokongan mereka kepada PR untuk menuju ke Putrajaya. Dalam pada itu, dakwaan Muhyiddin turut dibidas oleh beberapa pimpinan lain PR yang turut sama menyifatkan beliau dan sekutunya semakin tertekan untuk merampas semula Selangor dengan menggunakan apa jua taktik. Menurut ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, Najib sebagai perdana menteri sendiri pernah menyatakan tekad akan merampas Selangor dengan apa cara sekali pun. Justeru ujarnya yang juga timbalan presiden PKR, perkembangan negara mutakhir ini yang menyaksikan warga asing diberikan status kewarganegaraan sebagai bukti , pemerintah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. "Ini memang kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Najib yang beliau akan merampas Selangor dengan apa jua cara sekali pun dan ini menunjukkan Umno sanggup "Sebab itu Umno terpaksa menggunakan cara kotor termasuk memberikan kad pengenalan kepada warga asing semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka," katanya. Dalam pada itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, tindakan Umno-BN yang menggunakan bangunan-bangunan kerajaan seperti sekolah bagi tujuan berkempen hakikatnya tidak disenangi rakyat. "Saya ingin tegaskan di sini, pada masa yang sama rakyat di negeri Selangor tidak sabar menantikan PRU 13 akan datang untuk tubuhkan kerajaan baru menuju ke Putrajaya," katanya.
Kredit tο: http://wrlr.blogspot.com/2011/09/siapa-yang-sebenarnya-terseksa.html | |||
Posted: 10 Sep 2011 03:31 AM PDT Sejarah: Fakta, Kritikan Dan TafsiranSejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: 'history саnnοt lie'. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau 'school οf thουɡht' yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya. Ketulenan Fakta Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik. Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab 'Rijal al-Hadith' iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat 'sahih'. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka. Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu. Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya 'Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu' (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan kajiannya) menyebut:
Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan. Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi s.a.w sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut:
Begitu juga Khalifah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita. Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H):
Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas. Mengkritik Teks Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan. Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta. Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan Panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: "Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar". Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah ini dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal kisah ini patut dikritik. Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan. Riwayat ini ditolak; pertamanya; cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut. Mereka yang selepas itu yang menyebutnya. Keduanya; kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus. Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus. Ketiga; Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula. Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini. Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin pendetilan bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut. Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah. 'Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan:
Tafsiran Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhianat, banyak bergantung kepada tafsiran. Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan Iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu. Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain. Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia. Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah –jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah- akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran. Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135: (maksudnya)
Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan