Rabu, 12 Oktober 2011

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Soalan Tambahan saya di Parlimen

Posted: 11 Oct 2011 10:39 PM PDT

KEBERKESANAN MENARA TINJAU POLIS DIRAJA MALAYSIA:

DALAM SOALAN TAMBAHAN saya kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri di dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan di Dewan Rakyat Hari Ini, berkaitan dengan keberkesanan dan berapa jumlah Menara Tinjau PDRM di seluruh negara yang masih beroperasi dan keberkesanannya.

Datuk Abdul Rahim Bakri meminta saya mengemukakan persoalan ini kepada PDRM dan KDN, sehubungan itu bagi mendapatkan maklumbalas mengenai perkara itu saya meminta KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

1. MENARA TINJAU POLIS:
SEBANYAK 19 menara tinjau polis telah didirikan diseluruh negara bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh negara yang telah diluluskan oleh Kabinet pada 7 Februari 2007.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Aman pada masa itu menegaskan Menara Tinjau Polis itu sebagai peringatan dan amaran kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dengan mematuhi peraturan lalulintas semasa memandu.

Namun sejak dilancarkan pada tahun 2007, jumlah kemalangan terus meningkat seperti dilaporkan oleh PDRM sendiri.

2007 (363,319 kemalangan, 5,672 kemalangan maut)
2008 (373,047 kemalangan, 5,952 kemalangan maut)
2009 (397,330 kemalangan, 6,218 kemalangan maut)
2010 (414,421 kemalangan, 6,260 kemalangan maut)

2. OPERASI SIKAP:
Operasi Sikap telah dilaksanakan sebanyak 28 kali bermula pada tahun 2001 dan pada perayaan Depavali ini dijangkakan PDRM juga akan melancarkan Operasi Sikap.

Operasi yang bermula pada 2001 turut membabitkan penguatkuasaan agensi-agensi lain.

Ia berfungsi untuk memantau bas ekspres; memantau menggunakan kereta ronda tidak bertanda dan menara pemerhati di lebuh raya; mengurangkan had laju di jalan persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) dan jalan negeri (80 km/j kepada 70 km/j); serta menyekat kenderaan berat daripada jalan pada hari-hari tertentu.

Namun sejak dilancarkan, angka kemalangan, terutamanya nahas maut tidak menunjukkan penurunan. Angka purata kematian nahas jalan raya ialah sekitar 16.5 orang sehari.

Tiada ulasan:

Nuffnang