Rabu, 12 Oktober 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Cybertrooper Upahan UMNO Berkeliaran

Posted: 11 Oct 2011 11:30 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kuala Lumpur,: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu. -HD

Perut ibu dibelah, anak dicuri

Posted: 11 Oct 2011 11:15 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MADISON: Seorang wanita Wisconsin yang mempunyai tiga anak tetapi gagal memberikan zuriat kepada teman lelaki barunya, semalam didakwa kerana membunuh seorang wanita hamil, membelah perut mangsa dan mengambil bayi itu untuk dijadikan anaknya.

Menurut aduan dikemukakan pihak berkuasa, mangsa, Maritza Ramirez-Cruz, 23, hamil anak keempatnya dan bercadang menamakan bayi itu Omar.

Wanita keturunan Puerto Rico itu tidak pernah menyangka bakal menemui ajal di tangan Annette Morales-Rodriguez yang mengaku berkeliaran di kawasan Milwaukee selama dua minggu untuk mencari wanita hamil.

Pada 6 Oktober, Annette terjumpa Maritza - dijadual bersalin beberapa minggu lagi - dan menawarkan mangsa menaiki keretanya.

Bagaimanapun, Annete mendakwa dia perlu pulang dulu ke rumah untuk menukar kasut, manakala Maritza meminta kebenaran menggunakan tandas suspek.

Dokumen mahkamah menyatakan, sebaik saja Maritza keluar dari tandas, Annette, 33, memukul kepalanya dengan kayu besbol.

Apabila Maritza terbaring, Annette mencekiknya hingga pengsan sebelum membelah perut mangsa dengan meniru prosedur pembedahan Cesaerean seperti pernah ditontonnya dalam siaran televisyen.

Annette kemudian menyorok mayat Maritza di tingkat bawah rumahnya.

Petang hari itu, pasukan paramedik tiba di rumah Annette selepas dia mendakwa kononnya dia baru bersalin dan bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.

Bagaimanapun, paramedik gagal menyelamatkan bayi berkenaan, manakala Annette dibawa ke hospital.

Di situ, doktor kehairanan kerana mendapati tiada sebarang tanda Annette hamil atau baru bersalin.

Siasatan lanjut polis mendapati Annette bukan ibu kepada bayi yang mati di rumahnya.

Pegawai polis Wisconsin, Edward Flynn, berkata pemeriksaan di rumah Annette membolehkan polis menemui mayat Maritza yang disembunyikan sebelum itu. Doktor berkata, Maritza mati akibat kehilangan darah yang banyak. - DM

Gaddafi sembunyi di gunung

Posted: 11 Oct 2011 09:40 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dipercayai bersembunyi di kawasan terpencil dikelilingi gunung-ganang bagi menggagalkan usaha kumpulan pemberontak mengesannya, menurut Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), kelmarin.

Sehingga kini jejak Gaddafi masih gagal dikesan walaupun kumpulan pemberontak berjaya menawan kubu kuatnya di Tripoli, 23 Ogos lalu.

Wakil NTC, Mousa Alkoni berkata, bekas pemimpin veteran Libya itu mungkin berpindah-randah di kawasan padang pasir yang luas di bahagian selatan antara sempadan Libya, Algeria dan Niger.

Beberapa ahli keluarga Gaddafi termasuk isteri dan anaknya Aisha serta Hannibal melarikan diri ke Algeria sejak Ogos lalu manakala seorang lagi anak lelakinya, Saadi berada di Niger.

SINAR HARIAN/-

MCA dicabar debat isu hudud di Kelantan

Posted: 11 Oct 2011 09:40 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 12 Okt: Kecelaruan masyarakat bukan Islam dalam isu hudud bukannya datang dari ketidak fahaman mereka terhadap hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman tersebut tetapi ia adalah berpunca dari hasutan dan penyebaran maklumat salah oleh pihak tertentu kepada masyarakat bukan Islam terutamanya di Kelantan.

Menurut Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan (DHPPK), Lim Guan Seng, perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah 2 di Kelantan hanyalah melibatkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang.

Beliau juga melahirkan rasa kesal di atas tindakan Ketua DHPP Pusat, Hu Pang Chaw yang sering menimbulkan kekeliruan dalam menangani isu terutamanya melibatkan negeri Kelantan.

"Saya berharap beliau memahami dengan mendalam suasana Kelantan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana masyarakat bukan Islam di Kelantan lebih memahami hasrat kerajaan negeri," ujar beliau.

Sementara itu, Penasihat DHPPK Jeff Lee berkata sudah sampai masanya pihak parti MCA diajak berdebat dalam soal perlaksanaan hukuman hudud ini.

Beliau ditemui di sidang media bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Dun Kota Lama semalam. Turut hadir ahli jawatankuasa DHPP Kelantan.

"Kami mencabar MCA yang selama ini sering mempolitikkan isu hudud sedangkan mereka tidak mengetahui perkara sebenar,sepatutnya mereka mengambil usaha datang mengunjungi kerajaan Kelantan seperti mana mereka mendapat penjelasan dalam isu judi dulu," kata beliau.

MCA turut dicabar membawa seberapa ramai ahli maupun masyarakat luar untuk mendapat penjelasan terus dari Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau nak harapkan pihak rakan mereka dalam BN seperti umno sudah tentu lah mereka tidak akan mendapat maklumat tepat kerana umno sendiripun menentang perlaksanaan hukuman ini," katanya lagi.

DHPP Kelantan juga mengecam sikap pimpinan MCA yang mempolitikkan isu ini dan menimbulkan rasa takut dalam masyarakat bukan Islam di Kelantan.

Menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman masyarakat bukan Islam di Kelantan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam semua dasar dan aktiviti kerajaan negeri.

Lee juga berkata masyarakat bukan Islam di Kelantan telah menerima penjelasan berkaitan enekmen Kanun Jenayah Syariah 2 sejak ia diluluskan pada tahun 1993 lagi, Cuma ia digembar gemburkan oleh pihak yang dengki dengan keharmonian masyarakat di Kelantan sahaja.

"Saya juga berharap selepas ini tidak akan berbangkit lagi soal terima atau tidak terhadap perlaksanaan hukum hudud kerana ia hanya untuk masyarakat Islam sahaja, mengapa kita perlu takut, adakah kita sering melakukan kesalahan seperti mencuri dan berzina itu, yang saya hairan lagi ialah orang umno yang mengaku Islam sendiri pulak yang menentangnya dan ini adalah semata-mata kepentingan politik sahaja," katanya lagi.

HARAKAHDAILY/-

Lari dalam keadaan terbakar

Posted: 11 Oct 2011 09:30 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat Chakra yang mati melecur akibat kebakaran di sebuah pangsapuri di Seksyen 20, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Seorang lelaki Nepal yang terbakar hampir seluruh badan sempat lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum mangsa terjatuh ke dalam longkang dan mati di Blok 14 Pangsapuri Seksyen 20 di sini semalam.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila rumah sewa yang dihuni mangsa, Chakra Bahadur Bolum, 21, bersama tujuh rakan senegara di aras bawah bangunan lima tingkat tersebut terbakar.

Dalam kebakaran tersebut, tiga rakannya yang berada di dalam rumah melecur teruk manakala seorang lagi cedera ringan.

Difahamkan, ketika kebakaran, kesemua mangsa sedang tidur kerana penat bekerja syif malam di sebuah kilang elektronik di sini.

Ketiga-tiga mangsa yang melecur teruk ialah Chanda Bahadu, Tibendra Rana Mughar dan Khadka Bahadur Shasta manakala yang cedera ringan ialah Sibu Bahadur.

Kesemua mangsa berumur di antara 21 hingga 27 tahun.

Bagaimanapun, tiga lagi penghuni tiada di rumah kerana bekerja.

Seorang saksi, Zakaria Baharudin, 45, berkata, pada mulanya dia terdengar suara orang meminta tolong sebelum pergi ke tempat kejadian dan melihat asap tebal keluar dari rumah berkenaan.

KOSMO/-

Israel dan Hamas setuju pertukaran tahanan

Posted: 11 Oct 2011 09:20 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BAITULMAQDIS: Israel dan Hamas bersetuju mengikat perjanjian bersejarah untuk membebaskan askar Israel, Gilad Shalit yang ditangkap sebagai pertukaran dengan beribu-ribu tahanan Palestin, kata pegawai tempatan kedua-dua pihak.

Jika perjanjian itu dilaksanakan, ia akan menamatkan pengalaman pahit askar muda yang ditahan selama lebih lima tahun sekali gus menjadi ikon negara di Israel sejak dia ditangkap oleh kumpulan militan yang berpangkalan di Gaza pada 2006.
Perjanjian itu juga dianggap sebagai tindakan cemerlang pemerintahan politik Hamas di Gaza.

Kerajaan Israel secara rasmi meluluskan perjanjian itu hari ini apabila Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengumumkan butiran pembebasan berkenaan selepas mewakili kerajaannya ketika mesyuarat tergempar malam tadi. - AFP

Thai cuba halang banjir ke lapangan terbang Bangkok

Posted: 11 Oct 2011 09:15 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

DUA penduduk berjalan di belakang dinding beg pasir di wilayah Nonthaburi, pinggir Bangkok semalam.

BANGKOK - Thailand meningkatkan pertahanan di lapangan terbang utamanya di sini dan beberapa kawasan lain bagi melindungi 12 juta penduduk di Bangkok daripada berdepan masalah banjir.

Dinding-dinding perlindungan banjir dinaikkan sehingga 3.5 meter di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kata Pemangku Pengarah Lapangan Terbang Thailand, Somchai Sawasdipol.

Beliau berkata, lapangan terbang itu akan terus beroperasi seperti biasa.

"Saya yakin (akan dapat menghalang banjir di lapangan terbang itu) tetapi kami tidak akan cuai," katanya.

Menurutnya, lapangan terbang itu mempunyai dua stesen pam air utama dan sebuah pasukan pemantau selama 24 jam.

Sekurang-kurangnya 269 orang mati dalam banjir yang berlaku di Thailand sejak dua bulan lalu. - AFP

Mohd Sabu: UMNO Berpaut Isu Agama & Perkauman Untuk kekal Kuasa

Posted: 11 Oct 2011 09:00 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Gelang Patah - UMNO-BARISAN NASIONAL mendapati setelah tumbangnya beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat maka satu usaha dicari bagaimana ingin mengembalikan semula sokongan kepada mereka.

Hj. Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS berkata isu agama dan perkauman merupakan agenda yang boleh dieksploitasi dengan harapan boleh menarik pengundi daripada kalangan orang Melayu.

Menurutnya lagi, UMNO sudahpun mengenalpasti bahawa mereka masih mempunyai 'simpanan tetap' bagi merealisaikan aspirasi itu kerana kuasa yang tinggal hanyalah daripada kalangan pengundi Melayu di luar bandar, para peneroka, kaum bumiputra Sabah-Sarawak dan undi Pos.

''Kita kena lihat UMNO nak lawan Pakatan Rakyat, dengan main isu pembangunan tak boleh. Rakyat dah faham bahawa tanggung jawab pemerintah buat pembangunan.

''Kalau dulu boleh lah. Sekarang kalau kempen macam itu (isu pembangunan) dah tak boleh.'' ujarnya lagi.

Beliau menambah lagi dengan katanya, UMNO mengharapkan dengan dua pendekatan yang diambilnya itu dapat memberi gambaran bahawa PAS tidak boleh lagi menjaga agama sebagai agenda perjuangan parti Islam itu.

''UMNO mengharap PAS tidak boleh jaga Islam. Contohnya di Pulau Pinang. Peringkat awal dituduh Lim Guan Eng haramkan perarakan Maulidur Rasul. Akhirnya didapati tidak betul. Tapi dua minggu kita sakit telinga (isu dimainkan) sedangkan Guan Eng tidak pernah arah sebegitu.'' terangnya lagi.

Disamping itu katanya isu berkenaan agama dan perkauman tidak berakhir disitu. Hal ini seolah-olah sudah dirancang supaya ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain bagi melancarkan serangan ke atas Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu UMNO telah menggunakan Isu Komunis untuk menyerang beliau namun dakwanya percubaan itu menemui kegagalan.

''Percubaan (isu Mat Indera) ini gagal. Ini bukan perkara baru. Dr. Burhanuddin al-helmy turut dituduh ajen Komunis hingga ditangkap ISA. Ulamak pun kena tuduh (Komunis). Apalah aku ini, insan yang kerdil'' katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, di sini, malam tadi.

Beliau berkata lagi apabila isu Komunis gagal ditangani oleh UMNO maka isu Hudud pula ditonjolkan namun ia turut menerima nasib yang sama setelah UMNO terjerat dengan perangkap yang dipasangnya.

''Bila saya berceramah di Labis. Mereka edarkan gambar Tok Guru memegang kepala Guan Eng. Ini tindakan yang primitif.'' bidasnya.

Beliau mengulas tindakan pihak tertentu melancarlan gerakan saraf mengedar risalah provokasi berkaitan Hudud di sekitar Pekan Labis sempena kedatangannya ke negeri Johor jumaat lepas.

Sementara itu beliau menjelaskan bahawa serangan yang disasarkan kepada beliau ternyata dapat diimbangi dengan fenomena kuasa baru 'media alternatif' yang dipelopori anak-anak muda.

Menurutnya kajian mendapati sehingga kini lebih 80 % generasi muda yantg terdedah dengan dunia blog dan facebook telah menyokong Pakatan Rakyat.

''Sekarang kalau pergi minum di JB (Johor Bahru), mana-mana tempat budak main komputer. Budak-budak panggil. Abang Mat mai sini ambil gambar.

''Golongan ini 80 % bersama Pakatan Rakyat. Golongan ini akan menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Golongan ini besar (pengaruh).''

''Najib nak tarik sokongan balik dengan naik bas. Ini semua drama minggu ini.'' ujarnya dengan nada sinis.

Terdahulu beliau berkenan melancarkan Kelab Protes BN (Barang Naik) dengan membuka 'riben bunting' sebagai gimik pelancaran kelab tersebut.

Hadir sama Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Hj. Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Suhaizai Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Selatanonline/-

Ya’acob dakwa berusia 128 tahun

Posted: 11 Oct 2011 08:50 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ya' acob menunjukkan kad pengenalannya yang tertera tarikh lahir 2 September 1914 namun mendakwa dilahirkan lebih awal sebelum itu sambil diperhatikan isterinya, Che Gayah di Rantau Panjang, Kelantan.

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dari Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, dekat sini mendakwa dirinya kini berusia 128 tahun biarpun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada 2 September 1914.

Ya'acob Idris yang berasal dari Kampung Siram, Jeram Perdah mendakwa dia dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad Ke-II yang memerintah Kelantan dari tahun 1845 hingga 1886.

Menguatkan dakwaannya, Ya'acob memberitahu, ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk dan belanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.

"Zaman itu juga belum ada kain kafan. Jadi, kami hanya menggunakan daun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan. Mancis pun belum ada masa tu, hanya guna minyak dan garam untuk nyalakan api.

"Mata wang ketika itu wang syiling yang berlubang di tengah yang dikenali sebagai wang 'kenering'. Perkahwinan pertama saya, mas kahwinnya hanya 20 keping wang tersebut," katanya ketika ditemui semalam.

Kosmo

Ya’acob dakwa berusia 128 tahun

Posted: 11 Oct 2011 08:50 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ya' acob menunjukkan kad pengenalannya yang tertera tarikh lahir 2 September 1914 namun mendakwa dilahirkan lebih awal sebelum itu sambil diperhatikan isterinya, Che Gayah di Rantau Panjang, Kelantan.

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dari Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, dekat sini mendakwa dirinya kini berusia 128 tahun biarpun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada 2 September 1914.

Ya'acob Idris yang berasal dari Kampung Siram, Jeram Perdah mendakwa dia dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad Ke-II yang memerintah Kelantan dari tahun 1845 hingga 1886.

Menguatkan dakwaannya, Ya'acob memberitahu, ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk dan belanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.

"Zaman itu juga belum ada kain kafan. Jadi, kami hanya menggunakan daun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan. Mancis pun belum ada masa tu, hanya guna minyak dan garam untuk nyalakan api.

"Mata wang ketika itu wang syiling yang berlubang di tengah yang dikenali sebagai wang 'kenering'. Perkahwinan pertama saya, mas kahwinnya hanya 20 keping wang tersebut," katanya ketika ditemui semalam.

Kosmo

Taman burung terbesar - satu pembaziran, kata DAP

Posted: 11 Oct 2011 08:20 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk membina sebuah taman burung di Taman Botanikal Melaka dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar di kawasan berkenaan, dakwa ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Selain itu, katanya projek berkenaan juga, membawa terlalu banyak pembangunan ke kawasan terbabit.

"Mengapa perlu dibina satu tarikan hanya untuk membolehkan peminat burung datang ke Melaka sedangkan Melaka sudah ada satu tarikan cukup popular untuk peminat burung di Tanjung Tuan?

"Apa yang saya risaukan adalah projek ini akan menjadi satu lagi projek gajah putih sebagaimana dibuktikan oleh projek-projek lain kerajaan negeri," katanya.

Wakil rakyat DAP itu juga berkata, pembangunan pesat di kawasan Taman Botanikal berpotensi memberi kesan kepada faktor semula jadi, sekaligus menafikan akan kemudahan rekreasi semula jadi yang kian berkurangan di negeri ini.

Menurutnya, keghairan kerajaan negeri membangunkan kemudahan itu jelas menunjukkan ia lebih mementingkan pelancong semata-mata dan bukannya memikirkan tentang rakyat negeri ini.

Khoo berkata demikian sebagai mengulas kenyataan kerajaan negeri baru-baru ini bahawa sebuah taman burung yang dikatakan terbesar di rantau ini akan dibina di kawasan Taman Botanikal Melaka.

Menurutnya, kerajaan negeri seharusnya menggunakan peruntukan RM30 juta dari Kementerian Pelancongan bagi memperbaiki dan menaiktaraf tarikan pelancongan sedia ada.

"Saya kesal dengan tindakan menggunakan peruntukan ini untuk membina sebuah tarikan baru dan bukannya menyelenggara apa yang sedia ada. Ini merupakan satu pembaziran," katanya.

Menurut Khoo lagi, tarikan sedia ada seperti kawasan bersejarah mempunyai beberapa masalah yang boleh diselesaikan seperti masalah meletak kenderaan serta kesesakan lalu lintas.

malaysiakini/-

Britain sekat Internet

Posted: 11 Oct 2011 08:00 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LONDON - Kerajaan Britain mengikuti jejak langkah Turki dengan mengawal akses Internet dalam usaha membantu ibu bapa melindungi anak-anak daripada terdedah kepada bahan lucah yang meruntuhkan moral masyarakat negara itu.

Peraturan baru yang diumumkan Perdana Menteri Britain, David Cameron bertujuan untuk menangani masalah pendedahan melampau kanak-kanak terhadap bahan seksual yang semakin meruncing di negara tersebut.

Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di Britain pernah melihat bahan lucah di Internet.

Selain menyekat Internet, Cameron juga menegaskan iklan yang memaparkan model berpakaian seksi dan terlalu agresif tidak akan dibenarkan disiar di papan iklan di seluruh negara.

Kerajaan juga membuka laman sesawang digelar Parentport, di mana ibu bapa boleh mengadu mengenai sebarang program televisyen, produk atau perkhidmatan yang dirasakan tidak sesuai bagi golongan kanak-kanak.

sinar harian/-

Penduduk Pulau Melaka bantah kenaikan bayaran

Posted: 11 Oct 2011 07:55 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan negeri mengenakan bayaran tambahan 20 peratus terhadap hartanah di Pulau Melaka mengundang bantahan dari lebih 80 pemilik bangunan di pulau buatan manusia itu.

Bangunan rumah kedai dan apartmen di pulau berkenaan telah terbengkalai lebih 17 tahun sebelum kerajaan negeri mengambil alih projek berkenaan dan membangunkannya semula menerusi anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

Bagaimanapun, tindakan mengenakan bayaran tambahan 20 peratus di atas harga asal bangunan berkenaan, yang bertujuan meliputi kos membaik pulih serta mengganti pelbagai bahagian bangunan yang dicuri, tidak mendapat sokongan pembeli.

Bagi menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan hati mereka, sekumpulan 80 pembeli telah mengadakan satu protes aman serentak dengan majlis perasmian jualan bangunan baru yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md Yunos Husin semalam.

Sementara itu, ahli parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, yang turut hadir bersama mereka, berkata, protes berkenaan adalah bagi mendesak kerajaan negeri supaya tidak mengenakan bayaran tambahan berkenaan.

Menurutnya, tindakan ini adalah tidak adil memandangkan ramai daripada mereka sudah menanggung beban kewangan, termasuk terpaksa membayar pinjaman bank, semenjak projek berkenaan terbengkalai lebih 17 tahun lalu.

"Setelah menanggung beban kewangan selama ini, adalah tidak adil mereka sekarang diminta membayar lagi untuk harta yang sudah sepatutnya menjadi milik mereka.

"Tambahan pula, laporan yang dikeluarkan 'liquidator' syarikat pemaju terdahulu jelas menunjukkan tiada kos tambahan untuk melengkapkan projek ini sebelum diserahkan kepada pemilik," katanya.

Sehubungan itu, menurut Sim, pemilik terbabit ingin bertemu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bagi menyuarakan sendiri permasalahan yang mereka hadapi, dengan harapan, kerajaan negeri akan mengabaikan bayaran tambahan 20 peratus itu.

Menurutnya, mereka telah beberapa kali cuba mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri, termasuk menulis kepada setiausaha sulit beliau, tetapi tidak berjaya.

"Malahan saya juga berpeluang menyuarakan kebimbangan pembeli kepada Md Yunos dan saya berharap ini akan membawa satu keputusan yang baik bagi para pembeli," katanya.

malaysiakini/-

45,000 orang muda muflis

Posted: 11 Oct 2011 07:45 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KEBANJIRAN kompleks beli-belah menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berbelanja melebihi kemampuan. - Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.

"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.

Kosmo

Benarkah yuran sekolah 2012 percuma?

Posted: 11 Oct 2011 07:20 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan.

"Apakah maksud yuran percuma?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu.

Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti.

"Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa," katanya.

Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa.

Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma.

Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah.

Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100.

"Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang," ujarnya lagi.

Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa.

Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma.

Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma.

Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya,

tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia.

Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja.

"Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa dengan menolak BN di dalam PRU akan datang," ujarnya.

harakahdaily/-

Timbalan Perdana Menteri Mesir Letak Jawatan

Posted: 11 Oct 2011 07:15 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Timbalan Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi meletak jawatan pada Selasa ekoran konflik antara agama yang makin meruncing.

Perletakan jawatan itu sekali gus memperlihatkan pentadbiran yang tidak kukuh selepas penggulingan bekas Presiden Mubarak Hosni pada Februari lalu.

Hazem mengumumkan peletakan jawatannya sambil menjelaskan beliau tidak terlibat dengan pertempuran tersebut namun sebagai orang penting kerajaan, beliau bersedia untuk mengundur diri agar keadaan tidak menjadi semakin tegang.

Ahad lalu, seramai 25 penunjuk perasaan yang terdiri daripada penganut Kristian Koptik maut dan 300 cedera apabila protes yang dianjurkan diserang pasukan tentera.–AFP

Takziah buat keluarga allahyarham Ahmad Jais

Posted: 11 Oct 2011 07:00 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS merakamkan takziah kepada keluarga penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), semalam.

Pemergian allahyarham, menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, satu kehilangan besar kepada dunia hiburan negara.

"Saya peminat nombor satu lagu-lagu allahyarham. Beliau telah memberi sumbangan besar dalam menghiburkan masyarakat dengan lagu-lagu dendangannya," katanya.

Allahyarham Ahmad Jais, 75, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.20 pagi semalam dipercayai akibat masalah paru-paru.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Selamat Hari Raya' dan 'Budi Setahun Segunung Intan' yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

"Kita doakan semoga roh allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," ujar Mahfuz lagi.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya, Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Persembahan terakhir allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

harakahdaily/-

Temukan Kebahagiaan Dalam Diri Anda

Posted: 11 Oct 2011 06:45 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Cinta bukanlah pikiran dan perasan. Cinta bukanlah semata harapan dan keinginan, tetapi cinta adalah sebuah latihan kesabaran, sebab cinta itu memberi, cinta itu berkorban, cinta itu memaafkan.

Cinta yang hakiki tidak dilalui dengan riang gembira dan canda tawa namun cinta yang hakiki dilewati dengan peristiwa yang menguras derai air mata, perih dan terluka agar anda mengerti bahwa sesungguh cinta yang hakiki hanyalah cinta kita kepada Allah, Sang Pemilik Kehidupan.

Bagi mereka yang mengejar kebahagiaan dengan berharap akan menemukan cinta yang hakiki cobaan dan ujian yang terberat adalah kehilangan. Kehilangan sesuatu yang berarti tentu saja membuat kita merasa sedih dan berduka. Terlebih kehilangan seseorang yang begitu kita cintai dan kita harapkan, bahkan seluruh hidup kita bergantung kepada kehadirannya,

maka rasa perih dan terluka mengiringi kepergiannya teramat dalam dan tidak akan pernah terhapus dari ingatan kita. Setiap benda, peristiwa, jalan yang pernah kita lalui atau hal yang mengingatkan kita kepada orang tersebut membuat perih dan luka hati menganga kembali dan rasa sakit menyayat begitu perih, nyeri.

Kenangan indah, hidup penuh semerbak harum mewangi bunga, bagai di taman surga tersimpan dalam ingatan kita. Cinta dan kasih sayang, kemesraan, menimbulkan kenangan manis tak terlupakan. Sementara disisi lain kecintaan penuh muatan emosi,

pertengkaran, menimbulkan luka yang teramat dalam. Setiap benda, tempat, peristiwa dengan orang yang kita cintai menimbulkan kenangan manis dan pahit juga perih. Itulah sebabnya ketika kita kehilangan orang yang kita cintai terjadi secara tiba-tiba, sama sekali tidak diduga dan tidak dikehendaki, jiwa kita memberontak, marah, tidak dapat menerima keadaan yang terjadi karena ditinggalkan.

Sahabatku, kehidupan tidak hanya dipenuhi dg kegembiraan, terkadang derita menyapa. anda tidak bisa menolak perih dan luka dihati karena kehilangan orang yg anda cintai, mau tidak mau anda harus menerima dan menghadapi duka serta melewati masa-masa berat ditinggalkan orang yg anda sayangi. Sahabatku, temukan kebahagiaan dalam diri anda.

Fafiru Ilallah, Larilah pada Allah, menangis dan memohon pd Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran melewati masa-masa berat itu. "Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung.

Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah, mereka tidak ditimpa satu bencana dan mereka mengikuti keridhaan Allah. Allah mempunyai karunia yang besar." (QS. ali Imran : 173-174).

Wassalam,
M. Agus Syafii

DHPP sasar 30,000 ahli menjelang akhir tahun

Posted: 11 Oct 2011 06:30 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mensasarkan 30,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

Komitmen ini dibuat oleh DHPP dalam mesyuarat pimpinan DHPP Pusat dengan pimpinan Jabatan Pilihanraya PAS (JPP) di bangunan Parlimen hari ini.

Mesyuarat itu disertai oleh pengerusi DHPP Hu Pang Chaw, timbalannya N Balasubramanian, naib pengerusi Vincent Lee, setiausaha Letchumanan dan lain-lain pimpinan pusat dan negeri DHPP.

Turut serta adalah lembaga penasihatnya iaitu Dr Mujahid Yusof dan pimpinan lain. JPP pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Dr Hatta Ramli serta ahli-ahlinya iaitu Mohd Firdaus Jaafar (anggota parlimen Jerai) dan Mohamad Husin (anggota parlimen Pasir Puteh).

Hu Pang Chaw ketika dihubungi berkata, usaha akan dibuat dengan kerjasama JPP untuk mencapai sasaran itu.

"Kita akan buktikan PAS sebuah parti yang relevan dan diterima pelbagai pihak dalam masyarakat majmuk Malaysia ini," katanya.

Dalam mesyuarat itu juga DHPP dan JPP saling bertukar idea dalam usaha mereka mempersiapkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka juga mencapai kata sepakat usaha yang perlu dibuat untuk memenangi hati masyarakat di samping mengembangkan PAS.

harakahdaily/-

WASPADA: Lagi Kebakaran Disebabkan Tong Gas, Sebuah Kedai Hangus

Posted: 11 Oct 2011 06:20 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Angkara hos dapur gas tercabut

KOTA BHARU: Akibat saluran getah dapur gas tercabut, sebuah kedai makan hangus dalam kebakaran di Kampung Baung, dekat Pengkalan Chepa, petang semalam. - Gambar fail

Kejadian disedari pemilik kedai, Siti Nor Mohd Zain, 30, bersama dua pekerja dan beberapa pelanggan pada jam 3.45 petang.

Menurut Siti Nor, ketika kejadian, dia berehat bersama beberapa pelanggan dan pada masa sama melihat api dan kepulan asap dari dapur.

"Saya bersama pekerja dan pelanggan melarikan diri sebelum menghubungi bomba.

"Sebelum melihat api itu, saya terdengar seperti benda bocor dan rupa-rupanya saluran getah dapur gas tercabut sehingga mengeluarkan api," katanya. Siti Nor berkata, dia bersyukur kerana ketika kejadian, tiada pekerjanya berada di dapur.

Sementara itu, sepasukan 17 anggota bomba bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 3.51 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Sabri Zakaria berkata, sebaik tiba di tempat kejadian keseluruhan kedai makan itu sudah musnah.

Katanya, anggota bomba mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

green boc/-

Tak perlu laporan polis bagi sijil, lesen, pasport hilang

Posted: 11 Oct 2011 06:00 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

"Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

"Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

"Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

- Bernama

Lynas: Mahathir patut pindah ke Gebeng

Posted: 11 Oct 2011 05:55 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PROJEK dan pelaburan Lynas di Gebeng, Kuantan terus terawang-awang apakah ia bahaya untuk alam sekitar atau ia selamat untuk didiami oleh manusia?

Pakatan Rakyat menyokong Anggota Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh mahu projek itu dikaji semula tetapi kerajaan Pahang yang mendapat sokongan pusat tidak bercadang untuk menangguhkannya.

Tidak badan berwibawa dibentuk bagi membuat kajian atas projek yang dipertikai itu.

Apa pun isu itu telah menimbulkan rasa ragu setengah penduduk atas keselamatan mendiami kawasan itu.

Dr. Mahathir keluar dengan kenyataannya memihak kepada kerajaan Pahang, mengira ia tidak mengancam mesra alam dan selamat untuk semua. Tetapi tidaklah mudah bagi orang yang bimbang untuk menerima jaminan Dr. Mahathir itu.

Dr. Mahathir boleh jadi bercakap betul, tetapi tidaklah mudah bagi meyakinkan semua orang.

Jika pandangan Dr. Mahathir itu tepat, apa cara bagi meyakinkan orang-orang yang bimbang dengan keselamatan mereka?

Ada satu cara bagi merdakan keraguan setengah orang itu. Ia itu Dr. Mahatahir dan setengah pembesar Pahang pindah ke Gebeng. Beli rumah di situ dan tinggal di situ. Bukan pergi sekali sekala. Tetapi banyakkan masa tinggal di situ.

Menteri Besar Pahang, Dato' Adnan Yaakub dan keluarganya juga pindah ke kawasan itu.

Jika Dr. Mahathir bertindak pindah ke situ, maka ia boleh meyakinkan orang lain membenar projek itu dan menerima apa yang disangsikan.

Apakah Dr. Mahathir terpaksa bertindak begitu?

Tidak ada cara bagi menyakinkan orang lain, melainkan beliau terpaksa mengambil risiko menghadapi apa juga kemunginannya. Sekadar dia bercakap mengatakan selamat dan tidak bahaya tidak memadai. Tidak menyakinkan orang lain.

Sebagai pemimpin Dr. Mahathir boleh mengambil contoh dari tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah.

Rombongan baginda disekat di Hudaibiyah. Tidak dibenarkan menunaikan Umrah. Rombongan sekitar 1,400 jamaah umrah terpaksa membatal niat umrah, terpaksa pulang ke Madinah. Hanya tahun akan datang baru boleh masuk Mekah bagi menunaikan umrah.

Baginda bersetuju dengan tuntutan musyrikin Mekah. Para sahabat yang kanan dalam rombongan itu semuanya tidak gembira dengan persetujuan Rasulullah SAW itu. Mereka kira ia satu kekalahan bagi baginda.

Musyrikin Quraisy menolak kalimah Muhamad Rasulullah dalam draf perjanjian Hudaibiyah yang ditulis oleh Saidina Ali kerana mereka tidak percaya baginda Rasulullah. Mereka menerima kalimah Muhammad saja. Baginda bersetuju tetapi Saidina Ali enggan memadam kalimah Rasulullah. Baginda mengambil draf itu dan memadam sendiri kalimah Rasulullah itu.

Sebelum berangkat pulang ke Madinah baginda memerintahkan sekaliannya supaya bercukur atau memotong rambut bagi membatalkan niat umrah itu supaya bolehlah pakaian ihram ditanggalkan.

Tidak seorang pun, termasuk Saidina Umar al-Khatab, melaksanakan perintah baginda. Ini menyebabkan baginda dukacita dan masuk berihak di khemahnya. Baginda menyatakan kepiluannya kerana perintah itu tidak dipatuhi oleh sekalian.

Isterinya lalu menasihatkan baginda supaya keluar khemah dan mencukur rambutnya dulu, nescaya sekaliannya akan mengikut apa yang dibuat oleh baginda.

Baginda pun keluar dan bercukur. Seluruhnya bercukur.

Buat kali itu sahabat tidak melaksanakan perintah baginda, maka baginda terpaksa menjalannya dulu, maka orang lain pun akan mengikut perbuatannya.

Dalam hal ini jika Dr. Mahathir mengikut contoh yang ditunjuk Rasulullah SAW itu, pindah ke Gebeng, berumah tangga di situ. Bersedia mengambil risiko walau pun apa yang terjadi.

Apabila dia pindah di situ berjamaah bersama penduduk setiap waktu, moga-moga percaya mereka, projek itu tidak mengancam keselamatan orang ramai.

Tetapi sekadar kata ia selamat, tak jadi. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya.

harakahdaily/-

Pegawai Imigresen maut jatuh dari tingkat 12 kondo

Posted: 11 Oct 2011 05:40 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lalu.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang semalam dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan tersebut sebagai mati mengejut.

- Bernama

PAS cabar Najib tak bubar Parlimen sebelum laksana Bajet 2012

Posted: 11 Oct 2011 05:30 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PAS mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan semua janji yang dibentangkan menerusi Bajet 2012 Jumaat lalu sebelum membubarkan Parlimen sekiranya ikhlas mahu membantu rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Najib telah memberikan janji kepada semua lapisan masyarakat menerusi Bajet 2012 dan ia perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

"Dengan kedudukan ekonomi dunia terus muram, dan krisis zon Euro dan kewangan Amerika terus berlanjutan sekali gus menguncupkn pemintaan dan pertumbuhan global, meramalkan pertumbuhan negara sebanyak 5.5 peratus adalah tidak realisitik.

"Juga begitu ramalan defisit fiskal sebanyak 4.7 peratus KDNK sebagai satu yang sukar dicapai, tambahan kerajaan pastinya akan membentangkan bajet tambahan tahun depan," katanya.

malaysia today/-

Apabila pelajar kita jatuh hati dengan negara luar

Posted: 11 Oct 2011 05:21 PM PDT

14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana universiti tempatan tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

"DPPM berpendapat, kerajaan tidak serius dalam usaha melahirkan universiti tempatan setaraf dengan universiti terbaik dunia yang lain. Sedangkan dalam kehebatan teknologi dan kestabilan ekonomi negara kita, sepatutnya universiti tempatan boleh menandingi kehebatan universiti terbaik setidak-tidaknya dari Asia atau negara jiran yang lain," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, antara kekangan seperti yang diutarakan oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah kerana universiti tempatan kurang terlibat dengan penyelidikan berimpak tinggi.

Dalam hal ini, ujarnya DPPM berpendapat kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan segala keperluan dan infrastruktur bagi mewujudkan penyelidikan tinggi di peringkat universiti.

Beliau menambah, universiti-universiti tempatan perlu digalakkan terlibat kajian secara meluas dan mendalam dan kerajaan beri sokongan kewangan secara berterusan.

Katanya, kerajaan perlu menggalakkan pelajar mahupun universiti tempatan sendiri belajar bagaimana universiti terbaik dunia mendapat pengiktirafan mereka.

Menurutnya, sistem pengajian di samping kualiti yang diterapkan oleh universiti terbaik dunia juga boleh diambil perhatian.

"Selain itu, kerajaan juga perlu meletakkan kualiti akademik yang standard serta sasaran misi jangka panjang agar universiti tempatan kita mampu bersaing dan mendapat tempat antara yang terbaik di dunia," ujarnya lagi.

Tambahnya, DPPM bimbang kesan daripada ini, universiti tempatan tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa, kualiti universiti tempatan tidak diperakui malah mungkin akan dipertikaikan dan pelajar tempatan pula akan memilih universiti luar negara sebagai tempat mereka menimba ilmu.

"Lebih dari itu, pelajar-pelajar ini tidak pulang ke negara kita selepas tamat pengajian kerana 'jatuh hati' dengan negara tempat mereka belajar," katanya.

Justeru, katanya DPPM mengharapkan kualiti pendidikan tinggi di negara ini dijaga dan dipertingkatkan bagi memberi kepercayaan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan universiti lain di dunia.

"Ia juga penting bagi memberi keyakinan kepada pelajar khususnya pelajar dari luar negara agar mereka memilih universiti tempatan kita," katanya.

harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Nuffnang