N50 Dun Sri Muda |
Posted: 20 Oct 2011 07:45 PM PDT 43 SJKT Terima Bantuan RM1.38 Juta Perkasa PendidikanWednesday, 19 October 2011 | Ruangan: BeritaOleh Hafizan Taib SHAH ALAM, 19 OKTOBER : Kira-kira 43 buah Sekolah Jenis Kangsaan Tamil (SJKT) di Selangor menerima bantuan pendidikan Fasa Kedua berjumlah RM1.38 juta oleh kerajaan negeri . Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata bantuan ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri komited memperkasa sistem pendidikan selain meningkatkan taraf infrastruktur sekolah-sekolah di negeri ini. Menurutnya, bantuan pendidikan bagi fasa pertama dengan jumlah RM6.69 juta, Kerajaan Negeri mengagihkannya kepada 97 SJKT serta 121 SAR dan 75 SJKC. "Untuk fasa kedua ini adalah untuk infrastruktur dan pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah ini termasuk makmal komputer. Ini di antara cara-cara Kerajaan Negeri Selangor membuktikan bahawa Kerajaan Selangor memang mengambil kira keperluan pendidikan itu. "Bantuan infrastruktur dan pembangunan pendidikan itu juga diberikan secara terus kepada pihak sekolah dan PIBG pula yang lebih rapat dengan sekolah boleh memantau perkembangan itu bagi Kerajaan Negeri," katanya. Dr Halimah berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Cek Bantuan Peruntukan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Lobi Bangunan SUK di sini . Sebagai rekod, sekurang-kurangnya kerajaan negeri memperuntukan RM16 juta untuk pembangunan pendidikan . Daripada jumlah tersebut, RM4 juta adalah untuk pembangunan SJKT agar sekolah aliran itu menikmati kemajuan seiring dengan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Sementara itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, sememangnya Kerajaan Negeri memberi tumpuan bagi pembangunan infrastruktur di SJKT di Selangor pada tahun ini yang didapati daif dan ketinggalan. "Infrastruktur SJKT di Selangor memang daif kalau kita tengok dengan keadaan sekarang yang ada walaupun sekolah di bandar atau di luar bandar dengan keadaan yang teruk. Mereka gunakan peruntukan ini untuk membaikpulih sekolah mereka," katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penilai SJKT menjelaskan Kerajaan Negeri kini dalam proses pewartaan 22 buah SJKT di Selangor dan dijangka mengambil masa kira-kira enam bulan. Jelasnya, sekiranya pewartaan dibuat maka bantuan dapat disalurkan dengan lebih mudah kepada sekolah berkenaan. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi; ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman; ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim. Selangorkini |
Posted: 20 Oct 2011 07:39 PM PDT Arab lihat nasib Muammar Gaddafi mesej buat pemimpin lama berkuasa October 21, 2011 "Ini nasib seorang pemimpin yang memusnahkan kehidupan rakyatnya selama beberapa dekad dan melepaskan tembakan terhadap mereka sebelum kematianya," kata Mohamed Beltagy, seorang anggota kanan Ikhwanul Muslimin Mesir yang berpengaruh. "Nasib Muammar seharusnya menjadi satu pengajaran bagi pemimpin Syria Bashar al-Assad dan (Presiden) Yemen (Ali Abdullah) Saleh," kata beliau dengan merujuk kepada dua pemimpin negara Arab yang masih berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini. Presiden Tunisia dan Mesir merupakan pemimpin-pemimpin awal menjadi sasaran dan digulingkan dalam siri kebangkitan politik di negara-negara Arab, di mana presiden-presiden dan raja-raja memerintah sejak beberapa dekad. Bagaimanapun pemimpin Tunisia Zine al-Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak di Mesir digulingkan selepas protes yang rata-rata kecil lagi singkat berbanding dengan Libya. Rakaman saat-saat akhir Muammar menemui ajal disebarkan menerusi media massa dan Internet sebaik sahaja kematiannya diumumkan. Muammar ditangkap hidup-hidup tetap mati beberapa minit kemudian dan teori siapa melepaskan tembakan masih menjadi persoalan. Jenazah Muammar akan dikebumikan di tempat yang dirahsiakan hari ini. "Neraka menunggu Muammar. Saya benci sesiapa yang meraikan kematian seseorang, tetapi apa yang beliau lakukan ke atas rakyatnya sesuatu yang sungguh kejam," kata Nancy El Kassab, seorang penerbit eksekutif televisyen Mesir. "Kematian Muammar akan menakutkan diktator-diktator Arab seperti Bashar dan Ali, dan menjadikan pemimpin-pemimpin Arab yang lain lebih berhati-hati dengan rakyat mereka selepas mereka pulih daripada kejutan berita ini," kata Alia Askalany, 27, seorang pengurus pemasaran Mesir. Di Libya ramai rakyatnya melahirkan kegembiraan mereka dengan kematian Muammar yang memerintah selama 42 tahun. Kebangkitan rakyat bermula awal tahun ini. "Terima kasih kepada Allah . . . dengan iltizam pemberontak, yang ini telah dapat dicapai dan kami mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang membantu dan kami sangat gembira," kata Khaled Al-Asoud, pejuang Libya berusia 35 tahun. Di Jordan, Abdullah al-Khatib, bekas duta PBB ke Libya dan bekas menteri luar Jordan berkata: "Sistem-sistem yang serupa di rantau ini seharusnya membuat rumusan mereka dan mendengar suara rakyat dan seharusnya mengadakan satu keadaan di mana penduduk rantau itu boleh dengan bebas dan terbuka menentukan masa depan mereka." Aktivis di bandar tengah Syria, Homs memberitahu Avaaz, satu pertubuhan hak asasi kempen, bahawa orang ramai meraikan kematian Muammar di jalan-jalan. Ada yang membawa sepanduk tertera mesej: "Tikus Libya sudah ditangkap, selepas ini kuman Syria." Pun begitu persoalan yang timbul ialah berkenaan dengan kesan domino yang bakal dibawa oleh kematian Muammar ke atas rantau negara-negara Arab termasuk di Yemen dan Syria. — Reuters |
Posted: 20 Oct 2011 02:06 AM PDT UIA: Tarik balikpenggantungan Prof Dr Aziz Bari!!! Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar perlembagaan terkemuka Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan. UIA, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini. Universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan. Tindakan menggantung Dr Aziz ini merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum.Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan serta-merta. Hak kebebasan akademia mesti dipertahankan. Ew Nota: Jika inilah cara untuk naik ranking ke 100 terbaik dunia, jangan haraplah tindakan ini membantu bahkan akan menjunamkan lagi taraf UIA ke tahap paling teruk dalam sejarahnya. |
Posted: 20 Oct 2011 02:01 AM PDT Pas, PKR Selangor tidak ikut serta SHAH ALAM – Pas Selangor tidak akan mengambil bahagian pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) kerana menghormati keputusan kepimpinan parti. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, parti itu juga menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menjaga keamanan negeri dan tidak menimbulkan kekacauan yang memecah belahkan penduduk. "Pas sebuah parti politik bukannya NGO. Kita telah memaklumkan kepada semua pucuk pimpinan Pas negeri ini supaya tidak menyertai perhimpunan itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pas Pusat tidak menyertai Himpun di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober nanti. Beliau berkata, penularan murtad berlaku disebabkan akidah individu itu sendiri dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) serta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berperanan besar menanganinya. "Kita juga perlu lihat ancaman lain yang lebih besar contohnya sekularisme dan fahaman perkauman," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru berkata, pihaknya mengalu-alukan penganjuran program meningkatkan akidah umat Islam tetapi jangan sampai berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri. "Kita tidak menghalang ahli Pas ke sana walaupun kita mendapat maklumat ada beberapa buah bas daripada pihak lain akan menyertai Himpun walaupun sekretariat program itu menjelaskan ia bukan berunsurkan politik," katanya. Sementara itu PKR Selangor turut membuat keputusan seperti Pas untuk tidak akan menyertai Himpun kerana bimbang majlis itu akan dipolitikkan. Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor melihat ada cubaan pihak tertentu untuk mempolitikkan perhimpunan berkenaan. "Hasil daripada maklum balas diterima ialah program tersebut cuba dipolitikkan dengan cara yang tidak sewajarnya. Kita bimbang dengan penyertaan itu, kita (PKR Selangor) akan disalah anggap," katanya. Sumber: Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan