Jumaat, 21 Oktober 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Gantung Aziz Bari, Zalimi Cendekiawan

Posted: 20 Oct 2011 08:47 PM PDT

KeadilanDaily

Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Pensyarahnya, Aziz Bari dilihat merendahkan golongan akademik dan menzalimi cendakiawan, Kata Presiden KEADILAN.

"Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat," kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya KEADILAN melihat tindakan pengurusan (UIAM) menggantung Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai merendah-rendahkan golongan akademik di negara.

Ini kerana katanya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya.

Beliau turut menyelar tindakan media dan politikus tertentu yang mempolemikan isu itu.

"Isu ini sepatutnya dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan dan bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.

"Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara,"
katanya,

Oleh itu, katanya, atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap pengurusan UIAM mengendalikan isu itu dengan penuh hemah tanpa mencemar budaya ilmu.

Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh universiti itu sejak beberapa hari lalu kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.

UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Kenyataan Media: UIA Digesa Menarik Balik Penggantungan Prof Dr Aziz Bari

Posted: 20 Oct 2011 08:36 PM PDT

Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar
perlembagaan terkemuka Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan.

UIA, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf
antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea.

Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini.

Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda
politik UMNO.  ”Transformasi” yang sering dilaung-laungkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji
kosong.

Universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan.

Tindakan menggantung Dr Aziz ini merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum.

Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan
serta-merta. Hak kebebasan akademia mesti dipertahankan.

YB ELIZABETH WONG

——

20 October 2011

The decision by the International Islamic University Malaysia (IIUM)
to suspend the renowned constitutional law expert Prof Dr Abdul Aziz
Bari is very disappointing.

As an international institution of higher learning, IIUM should be
defending the right of its academics to voice their opinions and
ideas.

Unfortunately, not only did IIUM fail to defend Dr Aziz when he was
attacked by UMNO politicians and media, it has chosen instead to
suspend him today.

With this, it is obvious that IIUM prioritises the UMNO political
agenda. The “transformation” so often touted by the Prime Minister
Datuk Seri Najib Razak has been proven to be empty slogans devoid of
sincerity.

Universities ought to be encouraging debate and the sharing of ideas
and opinion for the benefit of society as a whole. If a respected
academician such as Dr Aziz is punished for commenting on a matter
related to his expertise, then all academics will be cowed into
silence.

The suspension of Dr Aziz clearly proves why the rankings of our
institutions of higher learning continue to drop. I call on IIUM to
withdraw the suspension immediately. Academic freedom must be
defended.

YB ELIZABETH WONG

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kedah

Posted: 20 Oct 2011 05:45 PM PDT

22 Oktober  2011 (Sabtu)

Program 1)

8.00 mlm – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali

Lokasi: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sidam (YB Tan Chu Kang)
Jalan Sekerat, Sungai Petani

Program 2)

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Dewan Dato' Fadhil Noor, Kampong Batu 16, Serdang, Bandar Baru, Kulim

Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Saifuddin Nasution Ismail

3.      YB Yakob Husin

4.      YB Senator Saiful Izham Ramli

5.      Sdr Fariz Musa

Tiada ulasan:

Nuffnang