Jumaat, 21 Oktober 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


RIBUAN RAKYAT SERTAI SOLAT DHUHA BERSAMA ZAMBRY...

Posted: 21 Oct 2011 03:58 AM PDT

Hanya gambar yang dapat menceritakan kemeriahan majlis tersebut....


ALLAH BERI KEMENANGAN KEPADA ORANG YANG SENTIASA BERSAMANYA

Posted: 20 Oct 2011 11:43 PM PDT


TELUK INTAN, 19 Oktober - Allah hanya memberikan kemenangan kepada orang yang selalu mendekatkan diri (taqarrub) kepada Nya. Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Shuid Din ketika membuat pembentangan di dalam Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Majli telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.
Pembentangan berbentuk motivasi pilihan raya daripada Ketua Dewan Ulama PAS Perak.

 Menurut beliau, oleh kerana itu, setiap anggota jamaah Islam khususnya ahli PAS perlu sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui pelbagai amalan dan ibadat sama ada ia berbentuk fardhu ataupun sunat.

"Selagi kita bersama Allah SWT dan melaksanakan perintanNya maka pasti Allah akan memberikan kemenangan. Apabila kita ditolong oleh Allah maka pada waktu itu tiada siapapun dapat mengalahkan kita. Pertolongan Allah akan tiba dalam keadaan dan bentuk yang tidak dijangka oleh kita dan musuh," tambah beliau.

Namun begitu, menurut Ustaz Shuid lagi, ada juga kemenangan yang diberikan oleh Allah kepada sesuatu kelompok walaupun kita tidak dekat dengan Allah. Pertolongan tersebut adalah satu istidraj iaitu satu perkara yang nampak seperti pemberian dari Allah tetapi ia membawa kepada kehancuran yang menjauhkan kita lagi daripada Allah.
Ustaz Shuid menyerahkan bendera kepada Hj. Zainun, wakil UPU Kg. Padang Tembak.

Wakil UPU Changkat Jong Sdr. Salleh Ibrahim menerima bendera daripada Ustaz Shuid Din.

"Kerja Islam adalah kerja yang besar lagi berat. Ia memerlukan kepada gerak kerja secara berjemaah dan berperancangan. Tiada istilah gerak kerja secara ad hoc dalam jemaah Islam. Kita mesti mengatur perancangan dan strategi bagi mencapai kemenangan. Itulah yang dinamakan usaha dan ikhtiar sebelum kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT." 

Selepas pembentangan kertas kerja, Ustaz Shuid Din telah menyampaikan bendera PAS kepada setiap wakil Unit-unit Peti Undi bagi DUN Changkat Jong sebagai lambang menyemarakkan lagi gerak kerja pilihan raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik, pimpinan PAS kawasan, dewan-dewan, pimpinan cawangan serta ahli dan penyokong PAS. Kehadiran pada malam itu begitu menggalakkan walaupun suasana pada malam itu hujan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang