Khamis, 20 Oktober 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Gangguan bekalan air di Felda Raja Alias 3

Posted: 19 Oct 2011 11:54 PM PDT

Gangguan bekalan air di Felda Raja Alias 3
Dari laman web Aduan Rakyat
20 Okt 2011

Saya mewakili penduduk di Felda Raja Alias 3, Bandar Baru Serting, Bahau, Negeri Sembilan. Di sini saya ingin meluahkan masalah yang di hadapi oleh semua penduduk di sekitar kawasan ini. Bekalan air sering terganggu di sini sehingga berminggu-minggu dan semasa keadaan ini berlaku tiada satu bantuan pun diberi.

Saya amat terkilan dengan pihak SAINS (Jabatan Air Negeri Sembilan) jika kami hubungi pegawai bertugas selalu memberi alasan yang tidak masuk akal.

Antara alsan yang sering digunakan ialah paip pecah tak masalah tersebut tak boleh selesai dalam masa 1 mggu tak kan pekerja nya tak menjalan kan tugas makan gaji buta shj ke?

Saya sudah bosan dengan masalah ini. Setiap minggu mesti gangguan bekalan air akan berlaku. tak kan tiap2 minggu paip pecah. Jika kami tak bayar bil bekalan di potong tapi wajar kah perkhidmatan sebegini yang kami terima.

Saya berharap sgt pihak aduan rakyat turun dan siasat di mana silap nya masalah ini.Jika berlaku hal ini kami tak mandi, tak masak paling susah jika ada anak kecil

By: siti

http://www.aduanrakyat.com.my/gangguan-bekalan-air-di-felda-raja-alias-3

Umno NS bergolak salahkan PKR, PAS pula

Posted: 19 Oct 2011 11:53 PM PDT

Umno NS bergolak salahkan PKR, PAS pula
oleh Zefry Dahalan

Free Malaysia Today

20 Oktober 2011



"Saya difahamkan berlaku krisis di antara Mohamad Hasan dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail," kata Dr Mohamad Rafie.

SEREMBAN: Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek hari ini membidas sebuah blog pro Umno Negeri Sembilan n9kini.net yang menuduh kononnya PKR dan PAS mengoyakkan banner yang terpampang muka Timbalan Perdana Menteri

Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan sempena lawatan Muhyiddin ke Seremban Sabtu lepas.

"Dalam banner yang sama kelihatan muka Mohamad Hasan dipangkah dengan "X". Blog ini menuduh kami (PKR dan PAS) yang mengoyakkan dan menconteng muka Mohamad Hasan. Inilah dia politik murahan amalan Umno dengan menuduh tanpa bukti.

"Persoalannya jika benar kami yang menconteng, kenapa kami hanya menconteng muka Mohamad Hasan sahaja tetapi bukan muka Muhyiddin? Jika diikutkan logik Muhyiddin adalah orang nombor dua berkuasa dalam Umno mahu pun dalam negara. Kalau nak lepas geram pun biar lepas geram pada orang yang lebih berkuasa.

"Tuduhan blogger pro Umno ini memang tidak masuk akal", kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat berkata adalah lebih baik Umno Negeri Sembilan mengaku sahaja bahawa memang berlaku pergolakan dalam rumah tangga mereka dan ada pihak dalam Umno sendiri tidak puas hati dengan Mohamad Hasan atas sebab-sebab tertentu.

"Sebab itu mereka menconteng muka Mohamad Hasan dan bukan muka Muhyiddin. Ini jelas menunjukkan di kalangan Umno sendiri tahap krisis semakin serius sampai ada lebih dari tiga kem dalam Umno Negeri Sembilan.

"Malah saya difahamkan berlaku krisis di antara Mohamad Hasan dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail yang bersangkut paut dengan program Muhyiddin di Ampangan dan Sikamat tempoh hari", jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata PKR dan PAS tiada masa untuk membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah seperti itu sebaliknya mereka (PKR dan PAS) lebih menumpukan kepada isu-isu yang membelenggu rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan tarif elektrik, sistem infrastruktur yang masih teruk, kemiskinan dan gejala sosial yang tiada kesudahannya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/20/umno-ns-bergolak-salahkan-pkr-pas-pula/

Peniaga trauma diacu parang

Posted: 19 Oct 2011 11:26 PM PDT



Peniaga trauma diacu parang
Sinar Harian 20 Okt 2011

SENAWANG – Seorang mangsa samun hanya mampu berdoa tidak dicederakan ketika diacukan parang di leher oleh seorang lelaki yang kemudiannya merentap rantai dan beg di pinggangnya.

Robiah Abd Samad, 51, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi di Taman Seri Pagi di sini, semalam, ketika dia dan seorang pembantunya bersiap-siap membuka gerai tepi jalan miliknya, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Pagi.

Menurutnya, secara tiba-tiba muncul enam lelaki bermotosikal dalam lingkungan 20-an.

"Seorang daripada mereka berpura-pura bertanyakan menu sebelum menghampiri saya dan mengacukan parang.

"Ini kejadian kali pertama sejak dua tahun berniaga di taman ini," katanya.

Robiah berkata, dia tidak mengesyaki jadi mangsa samun kerana dia dan pembantu menganggap semua lelaki terbabit mahu menjamu selera.

"Saya tak dapat mengecam wajah suspek kerana mereka memakai helmet.

"Lagipun ketika kejadian tiada sesiapa melalui kawasan ini menyebabkan mereka dapat melarikan diri," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Senawang dan kerugian dianggarkan RM4,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Yusof Awang mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, polis giat mencari enam lelaki terbabit yang dipercayai turut terlibat dua kejadian sama sebelum ini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9654375.asp

Gerai diroboh tanpa notis

Posted: 19 Oct 2011 09:36 PM PDT



Seorang peniaga, di sini kerugian kira-kira RM4,000 apabila gerai miliknya dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, awal pagi semalam. Perkara itu hanya disedari pemiliknya, Faridah Osman, 40-an sejurus tiba di kawasan berkenaan pada awal pagi.

Faridah terus memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya, Halijah Md Rof, 70 tahun yang menetap di kawasan berhampiran gerai miliknya.

Halijah berkata, Faridah mula berniaga di kawasan lapang di Batu 17 1/2 Jalan Seremban sekitar Ramadan lalu.

Menurutnya, mula-mula Faridah berniaga lemang semasa Ramadan dan dari situ dia terus berminat untuk berniaga secara sepenuh masa.

"Selepas itu, dia berjumpa dengan ketua kampung, jawatankuasa surau dan wakil rakyat di kawasan ini untuk meminta pandangan serta kebenaran.

"Dia mendapat sokongan penuh daripada wakil rakyat dan pemimpin masyarakat di kawasan ini. Malah, penduduk di sini juga senang dengan tindakannya yang mahu berniaga," katanya.

Halijah berkata, kini Faridah menjual nasi lemak dan kuih-muih.

"Faridah membelanjakan hampir RM4,000 untuk mendirikan gerai secara kekal," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Apa yang dikesalkan oleh Halijah dan Faridah adalah pihak Majlis Daerah Jelebu tidak memberi kebenaran untuk Faridah berniaga di kawasan itu kerana tanah berkenaan adalah hak milik kerajaan selain berhampiran dengan jalan persekutuan.

Halijah berkata, Faridah tidak pernah menerima apa-apa notis berhubung kerja-kerja merobohkan gerai berkenaan yang masih belum siap dibina sepenuhnya.

"Saya hairan mengapa ramai peniaga yang berniaga di tepi jalan malah di kawasan berbahaya seperti di selekoh dibenarkan berniaga.

"Sedangkan lokasi gerai ini jauh dari jalan raya dan pelanggan juga tidak akan meletakkan kenderaan di jalan raya kerana boleh meletakkannya di kawasan pekarangan surau ini," katanya.

Menurutnya, Faridah adalah orang tempatan dan bukan orang luar.

"Mengapa pihak MDJ tidak boleh bertolak ansur dengan kami? Malah Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan juga pernah memaklumkan kepada saya bahawa SURAU DI BELAKANG GERAI INI JUGA AKAN DIPINDAHKAN KERANA DIBINA DI ATAS TANAH KERAJAAN.

"Padahal surau ini adalah usaha arwah suami saya, Jamaluddin Abdul Rahman. ARWAH SUAMI SAYA BERSAMA DUA LAGI RAKANNYA YANG BERUSAHA MENDAPATKAN SURAU INI KERANA PERMINTAAN PENDUDUK DAN SEKARANG HENDAK DIROBOHKAN JUGA," katanya.

Katanya, Faridah mempunyai tiga anak yang masih bersekolah. Anak yang sulung menuntut di tingkatan tiga di sebuah sekolah di Terengganu.

"Manakala anak kedua dan ketiga masing-masing berada di tahun enam dan tiga di sebuah sekolah di daerah ini.

"Suami Faridah adalah seorang kakitangan Felcra di Negeri Pahang. Selain anak, Faridah turut menanggung bapanya yang kini sakit tua," katanya.

Sinar Harian
20 Okt 2011

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9653874.asp

Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Oct 2011 04:57 PM PDT

Serta Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

Dapatkan maklumat semasa di Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang