Khamis, 13 Oktober 2011

.

.


KERJA-KERJA DAN PENGARUH JAHAT SYAITAN Siri 1

Posted: 12 Oct 2011 04:28 PM PDT

KERJA-KERJA DAN

PENGARUH JAHAT SYAITAN

Ini adalah beberapa watak syaitan sebagai contoh :

1. Cubaan merosakkan aqidah tauhid yang benar. Inilah tujuan utama syaitan agar manusia sesat daripada kebenaran.

Sebagai contoh sebagaimana yang diceritakan dalam hadis bahawa syaitan agar menimbulkan persoalan dalam diri setiap orang tentang siapakah yang membuat benda ini dan siapa pula yang menjadikannya? Akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa setiap benda ada penciptanya. Ketika itu syaitan agar menimbulkan soalan tentang siapakah yang menjadikan Tuhanmu? Oleh itu, Nabi s.a.w. menasihatkan agar memohon perlindungan kepada Allah. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

2. Syaitan akan mengikat setiap manusia ketika tidur dengan tiga ikatan. Inilah antara sebab yang menyebabkan manusia rasa malas dan letih untuk bangun pagi bersolat Subuh.

Apabila jaga/terbangun dan menyebut Allah, maka akan terputuslah satu tali. Apabila berwudhuk maka putuslah tali kedua. Apabila bersolat maka putuslah tali ketiga. Ketika itu barulah manusia berasa bersemangat dan segar. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

Oleh itu, apabila bangun bacalah doa bangun tidur atau sekurang -kurangnya sebutlah nama Allah. Kemudian segera berwudhuk dan bersolat.

3. Tujuan syaitan mengikat dengan tiga ikatan agar manusia tidak dapat bangun malam untuk bertahajud dan solat Subuh pada waktunya.

Oleh itu, beberapa perkara boleh dibuat bagi menghalangnya iaitu :
- Berwudhuk sebelum tidur kerana sabda Nabi s.a.w. :
إِذَا أَتَيْتَ إِلَى مَضْجَعِكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوْءَكَ لِلصَّلاَةِ
"Apabila engkau datang ke tempat tidurmu maka berwudhuklah seperti wudhuk solat".

- Membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah 284, 285 n 286 kerana sabda Nabi s.a.w. :
الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُوْرَةِ الْبَقَرِةِ مَنْ قَرَأَهُمَا فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
"Dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah, sesiapa membacanya pada malam nescaya memadailah baginya". (Riwayat Bukhari).

- Membaca ayat Kursi. 255 al-Baqarah
- Boleh juga bertasbih, bertahmid dan bertakbir 33 kali setiap satu.


4. Orang yang tidak dapat bangun malam adalah rugi kerana sabda Nabi s.a.w. :
ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِى أُذُنَيْهِ
"
Itulah orang yang mana syaitan telah kencing dalam telinganya". (Riwayat Muslim).

Makna kencing boleh difahami secara zahir. Boleh juga difahami bahawa syaitan berjaya menghalangnya daripada mendengar azan dan zikir.

- bersambung

Sumber : Nota dalam koleksi uye

Tiada ulasan:

Nuffnang