Khamis, 13 Oktober 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Status terkini bekalan air Kota Belud

Posted: 13 Oct 2011 02:09 AM PDT

Bekalan air adalah salah satu isu yang dekat di hati saya. Sepanjang penggal parlimen ini, saya sentiasa menyuarakannya kepada kerajaan melalui perbahasan di Dewan Rakyat, program soal jawab TV dan perbincangan secara persendirian dengan kementerian berkenaan. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa program bekalan air di Kota Belud sedang berjalan rancak dan menepati jadual perlaksanaan. Berikut adalah status terkini program bekalan air di Kota Belud.


KEMUDAHAN BEKALAN AIR DAERAH KOTA BELUD


1.0 Pendahuluan

Air merupakan kemudahan asas utama dalam kehidupan kita. Ianya sangat penting  bukansahaja untuk kegunaan makan minum tetapi ia juga penting untuk tujuan pertanian, perikanan,  perindustrian dan lain-lain kegiatan sosio ekonomiDi daerah Kota Belud kemudahan bekalanair yang bersih dan terawat merupakan kemudahan asas yang amat diperlukan terutama sekalibagi penduduk di kawasan luar bandar dimana pada ketika ini lebih kurang 50 % peratus lagipenduduk luar bandar yang masih belum dapat menikmati kemudahan ini.  Permintaan bekalanair di kawasan Kota Belud pada tahun ini ialah 33 juta liter sehari manakala keupayaanpengeluaran ialah 35 juta liter sehari.  


2.0 Status bekalan air Bandar dan  luar Bandar

2.1 Luar bandar

Pada ketika ini masih banyak penduduk luar bandar yang bergantung kepada sumber air secara alternatif seperti melalui air hujan, gravity, perigi dan telaga tiub (senarai kampung yangbergantung kepada system alternative ada di tunjuk dalam lampiran 1). Namun begitu sumberair seperti ini kerap terganggu atau terputus pada  musim kemarau dan tercemar.

Walaupun 50% penduduk kawasan luar bandar sudah menerima bekalan air terawatnamunterdapat   beberapa kampung yang masih mengalami masalah tekanan air yang rendah (senaraikampung yang mengalami masalah tekanan  air yang rendah ditunjukkan dalam lampiran 2).Tekanan air yang rendah ini berpunca daripada kaedah sistem pengagihan air yang tidak sesuai,siaz paip agihan yang kecil tidak dapat menampung permintaan bekalan air yang makinbertambah dan juga keuzuran paip-paip lama seperti paip jenis AC yang banyak mengalamikebocoran dan ini akan menyebabkan tekanan air menjadi rendah. Disamping itu faktorpenyambungan air secara haram juga sedikit sebanyak menyebabkan tekanan air rendah.

2.2 Bandar

Bagi kawasan Bandar pula liputan bekalan air sudah merangkumi 100 % dan pada ketika initidak menghadapi sebarang masalah tekanan air, kecuali jika berlaku sebarang  kerosakan di lojirawatan air ataupun  paip pecah.


3.0 Pembangunan bekalan air Kota Belud

Berdasarkan kepada situasi semasa bekalan air daerah Kota Belud, fokus pembangunan bekalanair daerah Kota Belud telah mengambilkira faktor berikut;

3.1 pertama : meluaskan liputan bekalan air terawat ke kawasan luar Bandar daripada 50% hingga 90% dalam Rancangan Malaysia ke sepuluh.

3.2 kedua  : menyelasaikan masalah tekanan air di kawasan yang sudah mempunyairangkaian perpaipan.

3.3 ketiga : bekalan air sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri kecil &sederhanaperikananpertanianpendidikan dan pelancongan.

Dalam Rancangan Malaysia Ke sepuluhkerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM100 juta (melalui program NKRA) bertujuan untuk membangun serta mengurangkan masalah bekalan air di kawasan Kota BeludProjek bekalan air luar bandar ini akan melibatkan pemasangan paip agihan, pumping mains dan transmisipembinaan rumah pam penggalak,pembinaan tangki simpanan air, menaiktaraf loji lama dan membina loji baru. Kapasiti keseluruhan pengeluaran bekalan air setelah projek-projek tersebut siap kelak  ialah 43 juta litersehari dan mampu membekalkan air sehinga tahun 2025Pada ketika ini projek bekalan air luarbandar bagi Zon Kota Belud berjalan dengan lancar  dan sekiranya beberapa  isu-isu seperti isutanah dapat ditangani dengan cepat maka projek ini secara keseluruhannya dijangka akan siapsepenuhnya  pada 31 Disember 2012.  

4.0 Rumusan

Dengan terlaksananya projek-projek bekalan air luar Bandar ini nanti sudah tentulah rintihandan keluhan rakyat terutama di kawasan  luar Bandar mengenai dengan masalah bekalan airakan dapat diselesaikanSelain daripada itu usaha untuk membawa pelabur –pelabur asing kedaerah Kota Belud akan lebih mudah dengan adanya  bekalan air yang  baik.  Akhir sekali, yangamat penting ialah keselesaan dan kesejahteraan penduduk Kota Belud  akan akan tercapaikerana mereka akan dapat menikmati kemudahan asas iaitu bekalan air yang berkualiti danmencukupi.

 

 

Lampiran 1

Senarai kampung yang masih bergantung bekalan air secaraalternative –( terlibat dalam program NKRA)

Bil

Nama kampung

1

Kg. Tamau

2

Kg. Kuala Abai Seberang

3

Kg. Labuan Ulu

4

Kg. Ambong

5

Kg. Kelawat Pangi

6

Kg. Kelawat pompod

7

Kg. Kinasaraban

8

Kg. Mandap

9

Kg. Ambong

10

Kg. Kelawat  Sawah

11

Kg. Kesapang Ulu

12

Kg.Tawadakan

13

Kg. Kawang-Kawang

14

Kg. Rampaian Laut

15

Kg. Rampaian Ulu

16

Kg. Pandasan

17

Kg. Timbang Menggaris

18

Kg. Rosok

19

Kg. Bengkahak

20

Kg. Bahab

21

Kg. Taginambur Seberang

22

Kg. Gaur

22

Kg. Bokilong

23

Kg. Nanamun

24

Kg. Merabau

25

Kg. Dudar

26

Kg. Taburan

27

Kg. Sarang

 

Lampiran 2

Senarai kampung yang mempunyai rangkaian perpaipan tetapimenghadapi masalah air - ( terlibat dalam program NKRA)

Bil

Nama kampung

1

Kg. Wakaf

2

Kg. Timbang Dayang

3

Kg. Kuala Abai

4

Kg. Kota Peladok

5

Kg. Labuan

8

Kg. Jawi-Jawi Taun Gusi

10

Kg. Pusat Latihan Khidmat Negara

12

Kg.Pantai Emas

13

Kg. Kondis

14

Kg.Suang Punggor

 

 

Tiada ulasan:

Nuffnang