Ahad, 18 September 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dua jam tunggu bas nak ke Seremban, maju sungguh Jelebu

Posted: 17 Sep 2011 06:28 AM PDT


Pekan umpama sleeping town
Sinar Harian 17 Sep 2011

KUALA KLAWANG - Pekan Kuala Klawang boleh diumpamakan sebagai sleeping town khususnya pada hari cuti berikutan tiada sebarang daya tarikan yang terdapat pada pekan ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pekan itu biasanya kelihatan 'hidup' pada hari biasa, namun sunyi semasa hari cuti.

Seorang pelajar, Nurul Hasinah Mohd Bakri, 18, berkata, remaja dan belia tidak gemar datang ke pekan berkenaan kerana disifatkan tidak menyeronokkan.

Menurutnya, remaja di sini lebih gemar ke bandar Seremban walaupun jauh.

"Di sini tidak seronok kerana tidak banyak kedai jualan, malah lazimnya apabila jam 8 malam semua kedai sudah tutup," katanya.

Nurul Hasinah berkata, dahulu ada setiap tahun pekan berkenaan meriah dengan pertandingan futsal dan sebagainya. Tetapi sekarang, aktiviti seumpama itu sudah tidak dianjurkan lagi.

Sementara itu rakannya, Nurul Afifah Zamri, 18, berkata, pekan Kuala Klawang perlu mempunyai pusat membeli belah bagi menarik golongan muda.

"Semua daerah di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pusat membeli belah. Tetapi keadaan berbeza di sini.

"Selain itu, masalah pengangkutan juga sedikit sebanyak merencatkan keinginan orang ramai untuk datang ke pekan ini," katanya yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melang, Kuala Pilah.

Nurul Afifah yang berasal Kampung Serting Tengah berkata, dia dan rakan-rakannya terpaksa menunggu hampir dua jam untuk mendapatkan bas ke Seremban. (Eloknya Menteri Besar Negeri Sembilan pergi kerja naik bas. Baru tahu betapa susahnya rakyat mendapatkan perkhidmatan bas di negeri ini. Cerita lanjut di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html )

Menurutnya, sekiranya ingin pulang bercuti dari kampus UiTM, dia terpaksa menaiki bas dari Kuala Pilah ke Seremban dan kemudian ke Jelebu yang mana perjalanannya memakan masa lama.

Katanya, bangunan kedai di pekan Kuala Klawang juga perlu diceriakan kerana ia nampak usang dan tiada daya penarik.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9537578.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang