Ahad, 18 September 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


NIK AZIZ HARAP KAUM INDIA KEKAL BERSAMA PR

Posted: 18 Sep 2011 12:22 AM PDT


KOTA BHARU, 18 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian sebagai respons kepada surat permohonan Makkal Sakti untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat.

Pemangku Presiden Makkal Sakti, A Vathemurthy, menyerahkan surat permohonan itu kepada beliau di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim di sini, pagi tadi.

"Semoga sokongan kaum India terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang, insya Allah," katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyampaikan sijil kepada wakil pelajar cemerlang sempena Majlis Sambutan 100 tahun Peranakan India Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), semalam.(harakahdaily)
 

ADUN CHANGKAT JONG TERIMA BORANG AHLI UMNO MASUK PAS

Posted: 17 Sep 2011 07:54 PM PDT


TELUK INTAN, 17 September - Seramai 17 orang bekas ahli UMNO telah menyerahkan borang masuk ahli PAS dalam satu majlis Jamuan Hari Raya peringkat PAS Cawangan Parit 5, 6 dan Pekan Rabu, Chenderung Balai dekat sini. Borang keahlian PAS tersebut telah diterima oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin selaku tetamu undangan khas pada malam itu. Majlis telah diadakan di Parit 6, Pekan Rabu, Chenderong Balai.

Menurut Ketua PAS Cawangan Parit 5, 6 dan Pekan Rabu Tn. Hj. Abdul Manaf bin Saleh, kemasukan bekas-bekas ahli UMNO di cawangan tersebut menjadi ahli PAS menandakan bahawa PAS semakin diterima oleh masyarakat dan menandakan UMNO  semakin tidak relevan pada masa kini akibat begitu banyak kempincangan yang semakin terserlah satu demi satu.
Ketua Cawangan, Hj. Abdul Manaf menyampaikan ucapan aluan.

Penyerahan 17 borang ahli PAS daripada  bekas-bekas ahli UMNO juga telah memberikan tamparan hebat kepada Ketua Cawangan UMNO di kampung tersebut Dato' Tajuddin Rahman yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

Di dalam majlis tersebut, YB Anuar Sudin berpeluang menyampaikan tazkirah kepada ahli-ahli baru PAS tentang dasar PAS. Antaranya, beliau menekankan aspek perjuangan PAS adalah berdasarkan Islam dengan berpandukan kepada al Qur'an dan sunnah Rasulullah SAW. Selain itu, perjuangan PAS bukan perjuangan peribadi atau mengumpul harta tetapi sebaliknya perjuangan PAS adalah untuk Allah dan Rasul.
Ustaz Jahar memimpin bacaan doa.

NYDP Pasir Salak menyampaikan ucapan mewakili PAS Pasir Salak.

Tazkirah begitu berkesan daripada YB Anuar Sudin.


Gerak kerja PAS adalah bersepadu antara dakwah dan politik untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran.

"Kita (PAS) berdakwah untuk mengajak manusia ke arah jalan yang diredhai Allah dengan cuba merealisasikan konsep baldatun toiyyabatun warabbul ghafur," tambah beliau.

Turut menyampaikan ucapan ialah wakil PAS Kawasan Pasir Salak iaitu Sdr.Yusuf bin Abdullah yang merupakan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Pasir Salak.
Kehadiran yang begitu menggalakkan.

Isteri ADUN Changkat Jong turut hadir bersama para muslimat.


Menurut Sdr. Abdul Halim bin Hadi wakil kepada bekas ahli UMNO yang menyerah borang ahli PAS, permohonan beliau dan rakan-rakan menjadi PAS adalah atas kesedaran yang wujud dalam diri masing-masing. Beliau tidak mahu mengulas sama ada wujud faktor dalaman UMNO yang menyebabkan beliau dan rakan-rakan cawangan UMNO keluar UMNO dan masuk PAS.
"Kami masuk PAS atas dasar sukarela," jelas Sdr. Abdul Halim
Sdr. Halim bersama YB Anuar.

Sebahagian ahli-ahli baru PAS bergambar bersama YB Anuar dan pimpinan PAS Pasir Salak.


Banner angkara siapa yang tergantung di hadapan tapak program ?


"Cukuplah saya nyatakan bahawa kami masuk PAS atas dasar sukarela dan kesedaran sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia," jelas yang turut masuk PAS bersama ahli keluarganya yang lain.

Turut hadir ialah Setiausaha PAS Kawasan Pasir Salak Tn. Hj. Zuki Jusoh, Ketua Urusan Ulama kawasan Ustaz Mohd. Jahar bin Anuari serta pimpinan cawangan.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang