Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Pasangan buta terus menanti
- Kemasukan Pelajar PASTI 2012 dan Kelas Mengaji
- Bantuan untuk asnaf, bukan menara 15 tingkat
Posted: 07 Sep 2011 08:31 PM PDT Pasangan buta terus menanti Sinar Harian 8 Sep 2011 REMBAU – Sepasang suami isteri warga emas yang juga mengalami masalah penglihatan iaitu buta sejak kecil kini bagaikan menanti 'bulan jatuh ke riba' apabila status permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) masih belum diketahui sejak setahun lalu. Pasangan berkenaan, Md Zin Ismail, 71, dan Sabidah Nasir, 72, dari Kampung Senama/Tanjung Kling tidak pernah berhenti berharap agar maklum balas status permohonan itu akan berakhir dengan perkhabaran gembira. Md Zin berkata, walaupun tinggal di kediaman berkenaan sejak berpuluh tahun dahulu, mereka suami isteri yang kini sudah semakin tua menginginkan kediaman yang lebih selamat dan tidak bertangga. "Dalam usia yang sudah mencapai lebih 70 tahun ini, kami memerlukan rumah yang tidak bertangga kerana kami mengalami masalah penglihatan sejak kecil "Malah, kediaman yang diduduki ini juga semakin uzur dan kami sedar bahaya berada di mana-mana, walaupun tidak mampu melihatnya dengan mata kami sendiri," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya. Sementara itu, Md Zin berkata, bagaimanapun dia berasa amat lega apabila kehidupannya dan isteri kini terbela dan rasa tidak terpinggir dari menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan. Katanya, jika dahulu dia bertungkus-lumus menyara kehidupan keluarga termasuk empat anak bermula dengan kemahiran menganyam bakul rotan dan kemudiannya selama 12 tahun menjadi penjaga pasir. "Jika diikutkan, segalanya mencukupi bagi saya untuk menyara kehidupan kami berdua. Tambahan, anak-anak juga tidak lupa menghulurkan bantuan. Bagaimanapun, kami tidak mempunyai modal untuk mendirikan rumah sendiri yang lebih selesa dan lebih mesra untuk orang kelainan upaya (OKU)." katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9505342.asp |
Kemasukan Pelajar PASTI 2012 dan Kelas Mengaji Posted: 07 Sep 2011 07:06 PM PDT Pendaftaran Pelajar PASTI Al Ain untuk Tahun 2012 kini dibuka Lokasi: No:377, Jalan Miel 5/S1, Taman Pedas Perdana , Rembau Maklumat lanjut hubungi Wani 013-3851202 , Hakki 013-3840022 KELAS MENGAJI AL-QURAN Untuk anak-anak pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah turut ditawarkan. Masa : 4 ptg - 5 ptg (sesi 1) , 5.30 petang - 6.30petang (sesi 2) Hari : Isnin - Jumaat Tempat: Pasti Al Ain, Taman Pedas Perdana Yuran bulanan: RM20 Sila hubungi 017-2903386 , 017-6270234 , 013-9798108 Info lanjut di http://pasti-al-ain.blogspot.com/2011/02/kelas-pengajian-al-quran.html |
Bantuan untuk asnaf, bukan menara 15 tingkat Posted: 07 Sep 2011 02:08 AM PDT SEREMBAN, 7 Sept 2011 : Di tengah-tengah masyarakat membincangkan peranan institusi zakat dalam membantu umat Islam yang memerlukan bantuan untuk hidup, tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mahu membina menara 15 tingkat sudah tentu mendapat bantahan. PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan jenteranya untuk membantah tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mainn) yang bercadang untuk membina menara 15 tingkat kerana ia bukan keperluan umat Islam sekarang. "Umat Islam di negeri ini sekarang memerlukan bantuan Mains untuk membebaskan golongan asnaf penerima zakat dan bukannya menara yang tinggi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani kepada Harakahdaily. Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin mengumumkan Mains akan membina sebuah menara 15 tingkat yang akan dikenali sebagai sebagai Kompleks Mains bertujuan akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung. Bagi Taufek, golongan asnaf (orang yang layak menerima zakat) sangat memerlukan bantuan dari Mains untuk menerukan kehidupan mereka. Menurut Taufek, beliau pernah membawa isu ini di DUN Negeri Sembilan namun Menteri Besar menjelaskan, wang yang akan digunakan bukan wang zakat tetapi wang keuntungan dari projek yang dibuat oleh Mains. Menurut Taufek, Mains mempunyai tiga sumber pendapatan iaitu zakat, sumber am dan wakaf. Namun walaupun tidak digunakan wang zakat untuk membina menara itu, beliau masih bertegas Mains tidak perlu membina menara itu buat masa sekarang. "Saya akui, Mains memerlukan bangunan untuk menyatukan aktivitinya yang bersepah-sepah namun tidaklah sampai membina menara tertinggi di Seremban," kata Tafufek. "Apa salahnya, Mains membantu golongan asnaf ini dengan memberikan bantuan modal untuk berniaga kecil-kecilan, misalnya menjual goreng pisang, menjual buah atau menjual burger misalnya daripada berfikir untuk membina menara 15 tingkat. "Tambahan lagi ketika umat Islam berbincang soal ada antara mereka terpaksa menerima bantuan dari pihak lain termasuk gereja untuk hidup, apa rasionalnya Mains mahu membina menara," kata Taufek kepada Harakahdaily. Beliau mengganggap, buat masa ini tidak ada keperluan untuk Mains membina menara itu kerana di Negeri Sembilan sekarang ini kerana kegiatan hartanah di ini belum sampai ke peringkat keperluan untuk projek seumpama itu. Ekoran itu, beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan tindakan bersama. "Di samping itu, saya akan meminta pihak Lajnah IT kita membina prasarana termasuk Facebook untuk menjelaskan isu ini," kata beliau lagi. Tidak wajar Sementara itu, Badrul Hisham Shahrin atau chegu Bard dalam satu kenyataannya berkata, Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau pada satu peringkat bersetuju dengan pembinaan menara 15 tingkat yang akan bukan saja memberikan imej positif kepada institusi pengurusan Agama Islam di negeri ini tetapi secara umumnya akan menjadi kebanggaan negeri ini secara amnya. "Namun sedikit kegusaran muncul apabila memikirkan benarkah Mains memerlukan pembinaan menara ini sekarang ? Adakah ia merupakan satu 'perlaburan' bijak Mains pada ketika ini?" kata beliau dalam satu kenyataan. Kegusaran ini sudah tentu tak boleh dielakkan apabila melihat pelaburan Mains sebelum ini mengakibatkan kerugian dan tidak begitu berjaya seperti Bazaar Mains Seremban. Kompleks Bazaar Mains mula beroperasi pada tahun 2005. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban iaitu di Jalan Dato Abdul Rahman. Kompleks Bazaar Mains ini adalah merupakan bangunan dua tingkat terdiri dari 52 lot kedai yang menempatkan 31 lot kedai di tingkat atas dan 21 lot kedai di tingkat bawah. Projek Baazar Mains yang ingin mengangkat idea Pekan Rabu (Alor Setar) ini menelan belanja besar tetapi sehingga kini pulangan tidak berbaloi. Malah peniaga yang berniaga di situ juga mengeluh kerana tumpuan orang ramai yang tidak memberansangkan ke kompleks tersebut. Sehinggalah ada blogger di negeri ini mengenengahkan keluhan peniaga di kompleks itu baru ada sedikit perhatian. Malah blog http://bazaarmains.blogspot.com/ / telah diwujudkan secara sukarela oleh seorang blogger tempatan untuk mempromosikan kompleks tersebut setelah kesian melihat keadaan peniagaan di kompleks tersebut. Parti Keadilan Rakyat Rembau, kata Cikgu Bard, mengesa satu kajian secara menyeluruh harus dilakukan sebelum meneruskan niat membina menara 15 tingkat ini. Malah pembiayaan dan perbelanjaan projek ini juga harus diumumkan untuk memastikan ketelusan dalam projek ini, katanya. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5273--bantuan-untuk-asnaf-bukan-menara-15-tingkat |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan