Khamis, 8 September 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


TEKUNI NEGARA BERKEBAJIKAN TAWARAN PAS

Posted: 08 Sep 2011 06:31 AM PDT


Dalam kesibukan tugasan politik dan dakwah, DS TG Presiden PAS berjaya menghasilkan sebuah buku berkenaan konsep 'Negara Berkebajikan' yang menjadi tema Muktamar PAS ke 57 yang lepas. (intisari ucapan dasar)  Tahniah dan syabas diucapkan.
Ia menjadi bukti bahawa 'Negara Berkebajikan' bukan hanya menjadi tema bagi memeriahkan Muktamar sahaja, tetapi hasrat itu adalah hasrat sebenar dan menjadi di antara matlamat yang termaktub dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.
Dewan Ulama PAS Terengganu pula menjadi Dewan dalam PAS yang memulakan Nadwahnya sebaik sahaja selesai Muktamar itu mengembangkan tema 'Negara Berkebajikan' itu ke peringkat bawah. DS TG sendiri yang membentangkan tajuk itu yang asalnya dijangka akan dikemukakan buku tersebut tetapi tidak sempat kerana ia baharu sahaja dicetak ketika itu.
Sebelum pembentangan tersebut, Tok Guru masih lagi meminta naskhah al-Quran. Barangkali membuat rujukan terakhir kepada ayat tertentu sebelum dibentang. Dari kerusi belakang di atas pentas Markas Tarbiyyah PAS Kuala Ibai, saya sempat mencatat beberapa idea penting yang dikemukakan dalam pembentangan tersebut  yang saya rasa bahawa itu juga bahan yang ada dalam buku tersebut. Saya kongsikan dengan pembaca sekalian:
Asas Negara Berkebajikan:
* Perbincangan 'Negara Berkebajikan' bertolak dari ayat 177 surah al-Baqarah yang menerangkan konsep kebajikan secara benar menurut perspektif Islam.
* komentar dari ahli akademik, ahli politik, media dan lain-lain sangat banyak selepas 'Negara Berkebajikan' dikemukakan tetapi tidak dapat mencapai kehendak 'Negara Berkebajikan' oleh PAS yang ada dalam perlembagaan PAS itu sendiri. Ini kerana mereka memberikan huraian menurut kacamata mereka sendiri dan kefahaman mereka tentang negara kebajikan ala Barat.
* ayat tadi-syumul dan lengkap bagi sebuah 'Negara Berkebajikan' yang PAS mahukan.
* berbeza dari 'welfare state', negara komunis, sosialis untuk tegakkan keadilan cara mereka.
* yang lain hanya bersifat kebendaan dan aspek ekonomi-bantu/bela rakyat miskin, hospital percuma.
* Al-Quran jelaskan berkebajikan-asasnya iman, jauhkan syirik. Jika syirik amalan batal. Al-Quran menyebut mengenai penduduk negeri beriman dan bertaqwa yang dibuka pintu berkat. Konsep taqwa dan berkat ini hanya ada dalam Islam, tidak dalam sistem yang lain.
* Apabila sistem komunis hancur, Cina berubah kepada ekonomi bebas.
Objektif Negara Berkebajikan:
* menyeru kepada 'al-khair' (kebaikan)-seluruh ajaran Islam meliputi pembinaan peribadi hingga pembinaan negara.
* Bagi melaksanakan tugas menyeru kebaikan ini, mesti ada kumpulan Islam, suruh yang baik larang kemungkaran.
Ciri Negara Berkebajikan:
* pemimpin yang mempunyai hubungan dengan Tuhan, sokong dan dokong parti yang meletakkan Allah itu sebagai tempat kepercayaan.
* mendirikan solat-dalam dan luar solat.
* menunaikan zakat- berbeza dari cukai. Zakat ikut kadar nisab-perkembangan hasil-kharaj (pertanian), usyur, jizyah (beri ganti keamanan).
* pembahagian zakat-bahagian terbanyak kepada khidmat masyarakat yang memerlukan.
* konsep 'supaya harta tidak beredar di kalangan golongan tertentu' dilaksanakan dalam 'Negara Berkebajikan'.
* dalam 'Negara Berkebajikan' tiada rasuah, peniaga digalakkan menyumbangkan harta. Bina masjid bukan sahaja dari kerajaan tapi juga sumbangan orangramai.
* contoh zakat-tak dipindahkan ke luar hingga fakir di tempat itu selesai (mazhab Shafie).
* Islam kuasai bukan sahaja ekonomi tetapi menjaga hati manusia.
* 'al-amr bilmakruf'-'suruh yang baik'-mengutamakan keamanan dan keselamatan, turunkan kadar jenayah.
* fiqh semasa dalam perlaksanaan zakat perlu dilihat secara menyeluruh.
* Dalam al-Quran-disebut negara kebejatan dan kebajikan.
* contoh negara kebejatan-negara pemerintahan Namrud, kaum Aad (punya tiang hebat-gambaran pembangunan kebendaan), kaum Thamud, pemerintahan Firaun.
* contoh negara berkebajikan-Mesir di bawah pemerintahan Nabi Yusof (kemahiran mengurus dan mentadbir ekonomi negara di saat berlaku krisis ekonomi terutama makanan), Nabi Sulaiman (katanya selepas menerima hadiah dari Balqis: 'Allah beri kepada aku lebih baik dari hadiah kamu'), Nabi Daud (dilembutkan besi-industri berat untuk pertahanan negara), Zulqarnain (bina tembok-kawal rakyat dari musuh)
* 'supaya harta tak beredar di antara kamu' –ada kuasa, beri projek, beri rasuah, sokongan kepada yg berkuasa-pusingan dalam bantu dan sokong sistem yang rosak.
* isu gaji tak berpatutan
* pemimpin negara tunjuk ego, sombong. Selalu menyebut 'projek ini aku buat'-ayat digunakan oleh Firaun
* Umno rosakkan Islam (melalui sekularisme), tak beri contoh baik kepada Islam dan perlaksanaan Islam, rosakkan hubungan kaum
* Omar alKhattab- tadwin addawawin-melaksanakan gaji ikut tahap, meninggalkan taswiah (persamaan) 
* 3 komponen PR terima konsep 'negara berkebajikan' selepas terima 'Islam Adil Untuk Semua'.
Ini adalah sebahagian idea yang dikemukakan. Idea ini sangat perlu dikembang, dihurai, diperinci, diwacana dan ditekuni oleh segenap lapisan masyarakat. Ia adalah sebuah idea yang sangat baik dan diperlukan bagi menggantikan sistem usang warisan penjajah yang diteruskan oleh parti korup BN pimpinan Umno.

Tiada ulasan:

Nuffnang