Khamis, 8 September 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pertemuan Najib-Hakim Dibimbangi Pengaruhi Kes Anwar

Posted: 07 Sep 2011 08:03 PM PDT

Keadilan Daily

Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan para hakim hari ini, dibimbangi sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas pertemuan tersebut yang dikatakan untuk memberi taklimat bagaimana dana kerajaan persekutuan diguna untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.

"Dari segi prinsip ketelusan undang-undang, ia dilihat satu perkara yang bercanggah dengan pemisahan dalam sistem pentadbiran negara (Eksekutif dan kehakiman).

"Ia memeranjatkan apabila ketua hakim negara telah melanggar kepada prinsip asas itu. Sangat meragukan apabila seorang hakim dilihat membuat kunjungan hormat dalam keadaan PM bakal menjadi saksi dalam kes Fitnah terhadap Anwar yang sedang berjalan," kata Shamsul.

Shamsul berkata, jika perkara itu berterusan, integriti badan kehakiman akan menjadi semakin teruk dan parah.

"Saya juga menganggap ini merupakan satu indikasi bahawa Najib mungkin akan diselamatkan oleh hakim agar tidak perlu menghadiri sebagai saksi sepertimana yang dilakukan oleh bekas PM Tun Mahathir di mana alasan yang diberikan tidak relevan.

"Apa relevan tindakan hakim berjumpa dengan Najib," ujarnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.

Ketua Hakim Negara yang bakal bersara, Tun Zaki Azmi hari ini dilapor berkata, pertemuan tersebut bukan perkara baru kerana ia pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika  menjadi perdana menteri.

Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman- yang dulunya dikenali sebagai Istana Keadilan- pada petang ini.

Tun Azmi juga menyatakan pelantikan hakim dan pesuruhjaya kehakiman ke mahkamah lebih tinggi pada masa ini lebih telus kerana ia dilakukan menerusi undi sulit. Sebelum pelantikan dibuat melalui JAC, kata Zaki, beban pelantikan hakim adalah pada pihak eksekutif dan ketua hakim.

Antara Profesor Kangkung Dan Kongkang

Posted: 07 Sep 2011 07:52 PM PDT

Malaysiakini

Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu "tidak elok".

"Asal usul ini tak payah sebutlah. Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana? Tak eloklah.

“Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah," kata Mohamad.

Semalam, PAS Johor juga mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kimKhoo (kanan) sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.

Sebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.

Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari “kedua-dua belah gabungan politik” dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah.

Sementara itu, aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais berkata, pendirian Khoo yang "tidak sana dan tidak sini" dilihatnya sejak tahun 1974 apabila menuntut jurusan sejarah di fakulti tempat Khoo mengajar di Universiti Malaya (UM).

after permatang pauh 916 an oppotunity to change forum 100908 hishamuddin raisKatanya, ketika beliau menganjurkan forum membincangkan gerakan rakyat Vietnam melawan Amerika Syarikat, dua lagi pemforum dikenakan tindakan keras – termasuk seorang profesor Amerika Syarikat dihantar pulang – Khoo tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Sejak dulu lagi dia tidak sana, tidak sini. Tarik balik gelaran profesornya. Kalau di luar Malaysia sudah sudah lama dipecat.

"Tetapi di Malaysia profesor kangkung dan ‘kongkang’ terus memperbodohkan rakyat," katanya sambil menyifatkan kesalahan sebegitu sebagai "jenayah" dalam akademik.

Tiada ulasan:

Nuffnang