. |
Mat Indera antara 150 tokoh terbilang kata MB Johor! Posted: 04 Sep 2011 08:43 PM PDT Mat Indera antara 150 tokoh terbilang kata MB Johor! LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar. Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor. Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama] Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor. Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku ini terpampang wajah Mat Indera. Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor] Source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/mat-indera-antara-150-tokoh-terbilang.html |
PUASA 6 SYAWWAL......puasa jangan tak puasa! Wahai pejuang Islam. Posted: 04 Sep 2011 05:11 PM PDT بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Jom kita pakat-pakat puasa sunat bulan syawwal iaitu 6 hari. Kita semua selaku pejuang Islam kena puasa. Mana boleh tak puasa? Puasa sunat 6 hari syawwal tu sunnah Nabi saw, Nabi saw tu kan ikutan kita. Kita berjuang pun ikut RasuluLlah saw. PUASA ENAM SYAWWAL mesti berturut-turut??? Sabda Nabi saw;من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر"Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502). 1)Soalan : Adakah kita dituntut puasa 6 itu disambung terus dengan Ramadhan(Hari Raya ke 2)? 2)Soalan: Adakah puasa 6 syawwal mesti dilakukan berturut-turut 6 hari? 3)Soalan: Adakah boleh diniatkan sekali puasa Qada' Ramadhan dan puasa 6? Para ulamak berbeza pendapat. Professor Dr Yusuf al-Qardawy berpendapat bahawa puasa 6 itu boleh ditunaikan pada bila-bila masa dalam bulan Syawwal. Begitujuga puasa 6 itu tidak semestinya dilaksanakan berturut-turut (harinya), jika ia dipisah-pisahkan tidak mengapa. (Sumber:Islamonline.net) Mengikut Ustaz Ahmad Adnan Fadhil dalam blognya Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal. Bagaimana pula meniatkan puasa Qada' sekali dengan puasa 6? Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya? Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah. Saya sendiri lebih cenderung memilih menyelesaikan dulu puasa Qada'(hutang) kemudian barulah menunaikan puasa 6 (sedekah). Hutang wajib bayar sedangkan sedekah adalah sunat. Begitu juga eloklah diasingkan antara puasa Qada' dan puasa sunat. Moga Allah merahmati kita semua. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (uye) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan