Jumaat, 26 Ogos 2011

s

s


Sumbangan Kasih Eidul Fitri

Posted: 25 Aug 2011 08:14 PM PDT

Tarikh : 21 Ramadhan 1432H/21 Ogos 2011
Tempat : Masjid Jamek Kg.Nakhoda, Batu Caves
Masa : 5 petang - 8 malam





















Qiamulail Perdana di Masjid Jamek Kg.Nakhoda

Posted: 25 Aug 2011 07:58 PM PDT










Pelajar Terharu Terima Sumbangan Adun Batu Caves Sempena Kasih Eidul Fitri

Posted: 25 Aug 2011 07:48 PM PDT


Batu Caves : Bahang menyambut ketibaan Aidilfitri semakin terasa oleh semua umat islam. Dalam membuat persiapan tidak ketinggalan juga bantuan diberikan kepada golongan anak yatim piatu, ibu tunggal, fakir miskin dan OKU. Seramai 300 penerima sumbangan Kasih Aidilfitri telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali tanpa mengira parti di Masjid Jamek Kg. Nakhoda Batu Caves Baru-baru ini. Azmin Ali berkata, "sumbangan ini diberikan kepada golongan yang telah di pilih oleh ADUN Batu Caves bagi memastikan golongan tersebut mendapat bantuan untuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kita harap dengan bantuan diberikan dapat mengurang bebanan semua penerima". "Kita ingin pastikan semua umat islam menyambut Aidilfitri tahun ini penuh kesyukuran dan kegembiran setelah Berjaya mengerjakan amal ibadah puasa selama sebulan yang merupakan rukun islam yang ketiga". "Sumbangan yang diberikan dengan mendapat kerjasama daripada Ahli Parlimen Gombak, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves dan sumbangan daripada pihak tertentu dengan meminta pihak kami sampaikan bayaran zakat ini kepada golongan asnaf.
Alhamdulilah pada hari ini kita telah sempurnakan hasrat mereka dengan memberi bantuan kewangan dan barangan dapur. Kita juga mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua penerima", katanya. Adik Noor Fikri Md Omar, 15thn merupakan anak yatim telah kehilangan bapanya. Beliau merupakan pelajar daripada Sekolah Menengah Sungai Kertas melahirkan rasa terharu kerana masih ada insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada dirinya. Menurutnya walaupun Hari Raya Adilfitri semakin hampir, dirinya dan keluarga tidak menerima sebarang bantuan daripada pihak berwajib melainkan menerima bantuan daripada ADUN Batu Caves dan Ahli Parlimen Gombak. Ibunya walaupun bekerja tetapi pendapatannya tidak mengcukupi untuk membuat persiapan Adilfitri memandangkan masih ada tiga beradik lagi yang bersekolah dan dirinya juga akan bakal menghadapai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini. Fikri berkata, "Ibu juga bekerja keras untuk membiayai pelajaran kami. Yuran peperiksaan perlu dijelaskan. Alhamdulilah dengan sumbangan diberikan oleh ADUN dan Ahli Parlimen ini akan digunakan untuk bayaran peperiksaan dan sebahagiannya akan diberikan pada ibu untuk buat persiapan Hari Raya". Tengku Rohani Bt Tengku Mohamed, 46 thn, "Terima kasih kepada ADUN Batu caves dan Ahli Parlimen Gombak yang telah memberi bantuan kepada saya yang tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak". "Saya mengalami keretakan tulang belakang semenjak setahun yang lalu dan tidak boleh bekerja lagi. Dengan bantuan diberikan sekurang-kurangnya dapat membuat persediaan Hari Raya, katanya". Editor : Khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Nuffnang