Jumaat, 26 Ogos 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 25 Aug 2011 03:01 AM PDT

Selain Khir, ada komplot jatuhkan Najib dalam Umno

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata bukan setakat Dr Mohd Khir Toyo, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menjadi mangsa konspirasi oleh pihak tertentu dalam Umno.

Ia berhubung dakwaan bekas Menteri Besar Selangor itu bahawa tiga menteri kabinet, termasuk seorang dari negeri itu, mahukan beliau dipenjarakan dalam kes rasuah yang dihadapinya.

Menurut Shuhaimi, selain Khir, wujud perancangan serius untuk singkirkan Najib selaku perdana menteri dan Presiden Umno yang didalangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah katanya, suara-suara untuk memaksa Najib berundur didengar semakin keras menjelang perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada penghujung November ini.

"Dalam Umno ini bukan setakat Khir Toyo, bahkan Najib juga akan dikonspirasikan di Putrajaya. Bukan satu rahsia bahawa ini adalah perancangan Mahathir,"

"Ini kerana di Selangor, Khir Toyo adalah liabiliti, di peringkat pusat Najib menjadi liabiliti kerana peranan isterinya bukan tinggalkan legasi tetapi tinggalkan liabiliti kepada Najib Razak," kata beliau kepada Keadilandaily.com.

Ditanya samada dakwaan konpirasi terhadap perdana menteri itu hanyalah spekulasi pembangkang semata-mata, Shuhaimi berkata 'Dalam Umno ini spekulasi itu lah yang benar'.

"Ini bukan rahsia dan bukan cerita baru di dalam Umno," ujarnya lagi.

Mengulas isu Khir Toyo, Shuhaimi berkata, beliau pernah mendedahkan mengenai pertemuan antara Khir dan Menteri Industri dan Asas Tani, Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor sejak Febuari 2010.

"Khir Toyo terlalu lambat, baru sedar ada perancangan dari Umno.

"Perancangan ini sudah bermula sejak tahun lepas dan ketara pada April tahun ini. Tapi gerakan itu sudah dua tahun dan mereka menjadikan Khir Toyo sebagai kambing hitam,"

"Saya berani katakan, salah seorang menteri yang dimaksudkan ialah Noh Omar," ujarnya yang mengibaratkan perancangan untuk menyingkirkan Khir Toyo itu "ibarat menarik selimut dari bilik tidur Khir Toyo'.

Dalam blognya hari ini, Khir enggan mendedahkan nama menteri berkenaan, tetapi menegaskan sumbernya boleh dipercayai dan sahih.

"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

"Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Dr Khir diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19487

Posted by on Aug 24 2011. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Tiada ulasan:

Nuffnang