N50 Dun Sri Muda |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
N50 Dun Sri Muda |
Posted: 14 Aug 2011 11:13 PM PDT SUMBANGAN RAMADHAN UNTUK MADARASAH /SURAU/ MASJID 1432 KOTA KEMUNING : Bersempena bulan ramadhan yang penuh kemuliaan dan bulan untuk seluruh umat Islam melakukan serta mengerjakan sebanyak mungkin amal ibadat ketika diberikan peluang oleh ALLAH SWT semasa hajat ini tidak dilepaskan peluang yang terhidang begitu sahaja oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei. Madarasah Nurul Huda yang terletak di Taman Sri Muda telah menerima sumbangan ramadhan daripada YB Shuhaimi Hj Shafiei di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat hari ini.YB Shuhaimi Hj Shafiei akan sentiasa berusaha untuk menghulurkan sumbangan atau derma kepada mana pihak yang memerlukan dari masa kesemasa bukan hanya pada bulan ramadhan sahaja.Demi amanah yang telah dipertanggungjawapkan oleh rakyat kepada beliau walau apa juga rintangan serta pepayahan akan tetap diteruskan demi kesejahteraan rakyat. |
Posted: 14 Aug 2011 01:35 AM PDT JPS KLANG BERTINDAK PANTAS DEMI PENDUDUK DAN ORANG RAMAI JALAN KEBUN - Penduduk serta orang ramai boleh menarik nafas penuh kelegaan ketika di bulan Ramadhan kali ini kerena melihat kerja - kerja pembersihan sistem peparitan di sekitar Jalan Kebun sedang giat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Daerah Klang. YB Shuhaimi Hj Shafiei selaku Adun kawasan juga menerima pujian dari penduduk dan orang ramai kerana sepanjang beliau bergelar Wakil Rakyat bagi kawasan Sri Muda telah banyak perubahan serta pembaharuan telah berjaya dilaksakan Shuhaimi.Kalau sebelum ini pengundi beranggapan semua Wakil Rakyat mempunyai sikap dan budaya kerja yang sama namun akan tetapi anggapan tersebut benar - benar meleset dan tidak tepat sama sekali apabila YB Shuhaimi Hj Shafiei benar - benar memperjuangkan nasib rakyat. ![]() ![]() |
Posted: 13 Aug 2011 07:47 PM PDT Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang? ![]() Dr Mohd Asri Zainul Abidin Ogos 13, 11 6:06pm ![]() Kongsi 2549 Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan; ![]() 2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain. 3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit. 4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. ![]() Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: "Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: "Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. "Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan