Isnin, 15 Ogos 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Dakwaan Peserta Diupah RM50 ‘Dangkal’

Posted: 15 Aug 2011 02:26 AM PDT

Malaysiakini

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50 adalah kenyataan yang “sangat dangkal”

Sambil menafikan PAS turut mengupah anggotanya, Mahfuz menyifatkan kenyataan Rais itu sebagai cuba “menyamakan semua orang macam Umno”.

“Umno nak meramaikan perhimpunan mereka, nak meramaikan perhimpunan yang dihadiri pimpinan mereka, mesti diberi duit, dibelanja dengan wang cukup besar, sediakan pengangkutan, kemudian diberi duit, beri makan dan sebagainya.

Jadi dia (Rais) menyamakan (dengan kita). Dia tidak boleh berfikir di luar kotak (pemikiran) Umno. Rais ini berpemikiran dalam kotak Umno. Dia tak keluar daripada kotak Umno,” katanya.

Semalam, Rais dilapor mendakwa ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.
“Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka,” katanya.

Menurut Rais lagi, bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Trial Put Off to Aug 22, Defence to Finish Interviews

Posted: 15 Aug 2011 02:24 AM PDT

Video Ihsan Malaysiakini

Keadilan Daily

FITNAH II: Hakim Arah Sedia Baki 6 Saksi

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menetapkan mahkamah bersambung semula Isnin depan kerana peguam bela Anwar belum dapat menemubual baki lima lagi saksi daripada senarai 25 orang yang ditawarkan pendakwa raya.

Beliau juga mengarahkan pendakwa raya menyediakan baki enam saksi yang belum dapat ditemubual peguambela Ketua Umum KEADILAN sebelum mahkamah bersambung minggu depan.

"Pendakwa raya perlu buat apa-apa sahaja untuk memastikan perbicaraan akan bermula Isnin nanti.

"Apa-apa sahaja hasil (daripada temubual) itu, Isnin awak (peguam bela) perlu mula," kata Hakim Zabidin.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu lima orang yang masih belum ditemubual itu adalah seorang bekas jururawat Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), dua bekas pembantu rumah yang bekerja di kondominium Desa Damansara, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan seorang bekas pembantu Anwar.

Seorang lagi saksi, ibu kepada bekas tunang Saiful, Sharehah Mat Salim telah ditemubual oleh peguam Anwar pagi tadi.

Menurut Sankara lagi, peguam bela Anwar bersedia untuk memulakan pembelaan Isnin depan.

"Kami bersedia untuk hari Isnin, dengan syarat pendakwa raya memberikan baki saksi yang dijanjikan," kata Sankara.

Seorang lagi peguam Anwar, Ram Karpal Singh pula menegaskan pendakwa raya bertanggungjawab menyediakan semua saksi yang diminta sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

"Ia adalah tanggungjawab pendakwa raya untuk membawa semua saksi," kata Ram Karpal.

Anwar dijangka memberikan keterangan sebagai saksi pertama pembelaan Isnin depan.

Perbicaraan ini yang memasuki peringkat pembelaan sepatutnya sudah bermula Isnin lalu namun. Ia ditangguhkan atas permintaan pendakwa raya yang gagal menyediakan 25 saksi yang ditawarkan kepada peguam bela.

Kegagalan menyediakan saksi itu menyebabkan peguam Anwar terpaksa memohon perintah mahkamah untuk memanggil saksi-saksi berkenaan.

Di antaranya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur yang hadir secara bersembunyi ke mahkamah Jumaat lalu untuk ditemubual.

Kedua-dua mereka hadir tetapi enggan ditemubual dan memberitahu mereka juga enggan menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.

Kedua-dua mereka adalah watak penting kes ini kerana Najib mengaku pernah menemui Saiful yang mengadu kononnya diliwat kepada beliau dan juga untuk mendapatkan biasiswa.

Pembantu Rosmah pula, Mumtaz Jaafar adalah ibu angkat kepada Saiful.

SPR Dianggap Lebih Umno Dari Umno

Posted: 14 Aug 2011 07:18 PM PDT

Harakah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada pada hari ini tidak mendapat kepercayaan awam, bahkan dalam tindak tanduk mereka dianggap 'lebih Umno' daripada 'Umno'.

Bahkan keadaan itu, mengikut dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk' Wan Abdul Rahim Abdullah (gambar) menyebabkan SPR sangat memalukan oleh kerana 'tidak mendapat kepercayaan awam'.

"Dan ini bercanggah dengan Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah masa melantiknya itu memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya 'yang mendapat kepercayaan aswam'.

"SPR yang ada pada hari ini memang 'tidak mendapat kepercayaan awam' apabila ianya selalu dipertikaikan, selalu membuat hujah-hujah dan penjelasan yang berat sebelah, yang memang rakyat tidak memberikan kepercayaan kepada SPR," ujarnya.

Beliau yang juga mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan menarik perhatian kepada contoh (amalan) yang berlaku pada negara luar termasuk di India, Pakistan dan Bangladesh di mana mantan Hakim dan peguam dilantik sebagai ahli SPR.

"Dan mereka itu dari sudut disiplin kerjanya tidak tertakluk patuh kepada kerajaan oleh kerana mereka bukan dari ‘goverment serving’.

"Dan kuasa yang diberikan kepada SPR di sana ialah sehinggakan mereka itu menjadi 'kerajaan sementara', apabila Parlimen mereka dibubarkan dan parti yang berkempen, maka yang menjadi 'kerajaan sementara' itu ialah SPR.

"Jadi begitu hebat tugas dan tanggungjawab serta kepercayaan rakyatnya kepada SPR.

"Dan kalau dibandingkan dengan Malaysia ini, memang jauh ketinggalan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Make Colek Ahli Parlimen Kota Bharu bersama Bloggers dan Facebookers di pekarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu, (Berek 12) di sini malam tadi.

Turut hadir dan menjadi 'fasilitator' mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafei yang juga aktivis facebooker 'Umno Tumpas'.

Majlis dihadiri lebih 100 orang bloggers dan facebookers. Turut hadir ahli Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (MERAK).

Wan Rahim mengulas perkembangan terbaru politik negara membabitkan SPR di mana kepimpinan PAS Pusat mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR agar meletakkan jawatan kerana dianggap gagal menjalankan tugasnya.

Ini ekoran pendedahan ketirisan yang berlaku dalam daftar pemilih yang tidak bersih di samping kegagalan mempertahankan SPR sebagai badan bebas sebagai mana desakan dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Wan Rahim menyeru kepada ahli-ahli SPR supaya kembali kepada Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan.

"Dan membuat suatu anjakan bahawa mereka perlu menjalankan tugas dengan lebih telus, bertanggungjawab dan tidak memihak serta paling penting bagi 'mendapat kepercayaan awam'," katanya.

Barang Naik (Spoof Menggunakan Lagu Kanda Dinda Dendangan Monoloque Dan Atilia)

Posted: 14 Aug 2011 05:57 PM PDT

Dari Laman: Demi Rakyat

Tiada ulasan:

Nuffnang