Isnin, 15 Ogos 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Isu Murtad : Pejabat MB Dalam Proses Siapkan Laporan Lengkap

Posted: 15 Aug 2011 02:00 AM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 15 OGOS : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, baru-baru ini.

Khalid berkata beliau kini sedang menyiapkan laporan lengkap berhubung insiden itu di samping menunggu laporan lengkap Jais sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

"Jais juga akan menyediakan laporan lengkap mereka berhubung hasil siasatan dan kajian mereka sementara Pejabat Menteri besar pula akan melihat dari segi undang-undang, oleh sebab itu ianya mengambil masa kerana untuk menghasilkan laporan lengkap kita mengambil kira kesemua aspek ini,"katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas merasmikan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringakat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK hari ini.

Bagaimanapun, Khalid tidak menyatakan tarikh dan waktu untuk menghadap Sultan Selangor.

Menurut Khalid lagi, tindakan selanjutnya dalam menyelesaikan permasalahan seperti itu supaya tidak berulang di masa hadapan hanya akan diputuskan selepas beliau menghadap Sultan Selangor.

"Cara bagaimana kuasa yang kita ada untuk menahan penyebaran-penyebaran agama lain disebarkan kepada masyarakat Islam, tetapi apakah cara-cara yang terbaik? Ini adalah antara jawapan yang perlu saya cari sebelum saya mengadakan perbincangan yang penuh (bersama) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,"katanya lagi.

Mengulas lanjut, Khalid turut menjelaskan laporan yang akan dipersembahkan kepada Sultan itu termasuk status sebenar gereja tersebut yang sebelum ini didakwa sebagai 'gereja haram' ekoran kelulusan bangunan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja.

"Saya tidak mengatakan ia (Gereja Methodist Damansara Utama) melanggar kelulusan binaan tetapi kajian yang kami lakukan termasuk perkara ini, kami juga mengambil data-data berkaitan perkara ini,"jelasnya lagi.

TV SELANGOR/-

Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal

Posted: 15 Aug 2011 01:51 AM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

- Bernama

Kes Fitnah Liwat II : Anwar Beri Keterangan 22 Ogos Depan

Posted: 15 Aug 2011 01:30 AM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 15 OGOS : Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan 22 Ogos depan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan dalam kes fitnah liwat II ke atas dirinya.

Kegagalan pihak pendakwaan menyediakan enam lagi saksi berpotensi yang disenaraikan menyebabkan perbicaraan itu yang ditangguhkan pada hari ini, terpaksa ditangguhkan seminggu lagi.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selain mengarahkan pendakwaraya menyediakan baki enam saksi yang masih belum ditemubual peguambela Anwar sebelum mahkamah bersambung minggu depan.

"Apa-apa sahaja hasil (daripada temubual) itu, Isnin awak (peguam bela) perlu mula," kata Zabidin di kamar Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Perbicaraan ini yang memasuki peringkat pembelaan sepatutnya sudah bermula 8 Ogos lalu namun ia ditangguhkan atas permintaan pendakwaraya yang gagal menyediakan 25 saksi yang ditawarkan kepada peguam bela.

Kegagalan menyediakan saksi itu menyebabkan peguam Anwar terpaksa memohon perintah mahkamah untuk memanggil saksi-saksi berkenaan.

Peguam Anwar, Ram Karpal Singh menegaskan pendakwaraya bertanggungjawab menyediakan semua saksi yang diminta sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

"Menjadi tanggungjaawab dan tugas pendakwaraya sediakan saksi untuk ditemubual kami. Bukan perkara yang rumit. Mahkamah sudah beri arahan sebelum ini," kata beliau kepada media di lobi Mahkamah.

Peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi berpotensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Hari ini, pihak pembelaan akan menemubual ibu kepada bekas tunang pengadu kes ini - Mohd Saiful Bukhari Azlan - iaitu Sharehah Md Salim.

Sementara Musa kini berada di luar negara dan dijangka akan kembali minggu depan.

Enam yang masih belum ditemubual termasuk Musa, dua bekas pembantu rumah Indonesia,Suliati dan Faria Dipan-yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid dan jururawat Hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, serta pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.

Difahamkan pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah seorang saksi berwibawa.

Manakala pada 8 Ogos lalu, beliau membenarkan pihak pembelaan menemubual saksi-saksi yang disenaraikan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

tv news/-

Jalan pintas paling berbahaya

Posted: 15 Aug 2011 01:10 AM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PENGGUNA hadapi risiko dirempuh kereta api ketika melalui jalan pintas landasan Alor Pongsu, Bagan Serai.
Peniaga maut dirempuh kereta api kejadian kesebelas di Alor Pongsu

BAGAN SERAI: Kejadian sebuah kenderaan dirempuh kereta api ketika melintasi landasan di Alor Pongsu dekat sini, Rabu lalu, adalah kejadian kesebelas di lokasi sama, sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk yang sering menggunakan laluan itu sebagai jalan pintas untuk ke beberapa pekan di sini.

Dalam kejadian terbaru, peniaga, Choo Cheng Phang, 46, meninggal dunia selepas keretanya dirempuh kereta api penumpang ketika melintasi landasan berkenaan.

Kejadian lain yang pernah berlaku di laluan sama membabitkan empat pejalan kaki, empat kereta dan dua motosikal yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Walaupun mengetahui berbahaya, kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal di lapan kampung pedalaman terpaksa menggunakan laluan itu sama ada berjalan kaki, berbasikal, bermotosikal, berkereta atau menggunakan kenderaan ringan lain untuk ke Pekan Alor Pongsu dan Bagan Serai.

Selain itu, tidak kurang 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah serta sekolah agama yang terletak di Alor Pongsu juga menggunakan laluan sama setiap hari.

Mereka yang terdedah kepada risiko itu termasuk dari Parit Lebai Kadir, Parit Air Hitam, Parit Haji Ali, Parit Haji Taib, Parit Mentara dan Parit Ban Pisang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat, berkata lintasan di Alor Pongsu itu memang tidak diiktiraf oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

"Laluan itu berbahaya dan berisiko tinggi dirempuh kereta api, namun penduduk tiada pilihan sebaliknya terus menggunakannya.

"Jalan alternatif lain untuk ke Alor Pongsu dan Bagan Serai pula terlalu jauh. Sebelum ini, pelbagai pihak mencadangkan supaya dibina jejambat yang boleh dilalui pelbagai kenderaan, namun KTMB tidak dapat menerima dan melaksanakannya cadangan itu kerana kos tinggi," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Sham berkata, pihaknya hanya boleh menasihati penduduk agar tidak melintasi landasan di situ kerana ia berbahaya.

Beliau berkata, masalah itu hanya akan selesai apabila pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar yang melalui kawasan berkenaan selesai tahun depan.

"Sebuah terowong akan dibina di bawah landasan baru sekali gus membolehkan penduduk melintasi jalan tanpa perlu berdepan kemungkinan dirempuh kereta api.

"Malah, KTMB juga membina jejantas yang boleh dilalui pejalan kaki dan penunggang motosikal di Batu 38, Jalan Keretapi, manakala laluan bawah landasan dibina di beberapa laluan lain seperti di Parit Mentara.

"Bagi meningkatkan perhubungan, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat sudah meluluskan rancangan membina jalan baru dari Batu 40, Jalan Keretapi Bukit Merah hingga ke Ban Abu Hassan dan dari Ban Abu Hassan hingga ke Parit Lebai Kadir sejauh antara lima hingga enam kilometer dengan kos dianggarkan RM620,000 dan dijangka dilaksanakan tahun depan," katanya.

Apabila jalan baru itu siap kelak, orang ramai dan penduduk Batu 38 dan Batu 40 Jalan Keretapi serta Parit Lebai Kadir, Parit Mentara, Parit Haji Ali, Parit Haji Taib, Parit Air Hitam dan beberapa kawasan lain boleh menggunakan kemudahan jalan baru itu untuk ke Alor Pongsu, Bagan Serai dan Selama.

BERITA HARIAN/-

Akhbar siar wajah perompak barang Ashraf

Posted: 15 Aug 2011 01:00 AM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LONDON - Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam.

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London.

Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya.

Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.

Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube.

Donovan kini ditahan di sebuah penjara. - Agensi

Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos

Posted: 15 Aug 2011 12:00 AM PDT

15 Ramadhan
1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat antara cabaran untuk melaksanakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini adalah dengan mereformasikan sistem pengundian pos.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana sistem sedia ada tidak memberikan keadilan kepada pihak pembangkang melainkan kepada pihak keraja
an sahaja.

"Ini kerana sistem pengundian secara pos yang melibatkan anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan orang-orang yang dinamakan oleh SPR sebagai pengundi pos telah dikenalpasti sebagai 'undi simpanan tetap' Umno BN kerana undi pos inilah yang akan menjamin kemenangan mereka di sesebuah Dun atau Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, ujarnya sebelum ini telah mendedahkan dan membawa seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Nasir Ahmad untuk tampil bertemu media pada 4 Ogos lalu di Ampang.

Katanya, Nasir telah menceritakan dan mendedahkan bagaimana beliau dan sahabat beliau telah diarahkan oleh pihak atasan beliau untuk menandakan kertas pengundi pos yang berjumlah hampir 900 kertas mengikut selera pilihan mereka di kem Sandakan pada pilihanraya umum tahun 1986.

Tambahnya, pihaknya sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk membongkar kesalahan dan penipuan sistem pengundian pos ini dengan membawa 'keluar' dan mendedahkan lagi beberapa orang bekas tentera yang telah digunakan oleh pihak atasan mereka untuk memangkah kertas-kertas undi pos ini pada 17 Ogos, jam 12.00 tengah hari di Tingkat 5, Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.

"Para wartawan media alternatif dan arus perdana, wakil media cetak dan elektronik, wakil NGO, wakil parti politik dan jurufoto dijemput hadir," ujarnya.

harakahdaily/-

MB Kedah OK, sedia hadiri mesyuarat exco

Posted: 14 Aug 2011 11:30 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka akan mempengerusikan mesyuarat exco negeri pada minggu ini.

Mahfuz berkata selepas menziarahinya Sabtu lalu, tahap kesihatan Azizan semakin sihat dan berada dalam keadaan stabil.

"Beliau OK, alhamdulillah. Beliau sudah boleh bersembang dan bergerak.

"Saya dimaklumkan beliau dijangka akan keluar pada hari ini atau esok," katanya sambil menambah Azizan telah dipindahkan ke wad biasa.

malaysiakini/-

'Larang pembesar suara bukan keputusan negeri

Posted: 14 Aug 2011 11:27 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang penggunaan pembesar suara sebelum azan subuh, kata Exco Hal-Ehwal Agama Abdul Malik Kassim.

Sebaliknya, menurut beliau, keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

"Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat Majlis Fatwa bilangan 2/2011 yang dipengerusikan oleh mufti kemudiannya disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun lalu yang memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.
Boleh pertimbangkan

"Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa," tambah beliau.

Abdul Malik berkata mereka sebagai pentadbir institusi agama sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurutnya, Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah.

"Demi kepentingan politik sempit, pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan Majlis Fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

"Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

"Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama," katanya.

Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri) berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

MALAYSIAKINI/-

[Sidang DUN Perak] 1:10 T/hari: Sidang Paling Pendek Dalam Sejarah Malaysia Iaitu 4 Jam

Posted: 14 Aug 2011 10:12 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Beberapa minit selepas semua ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan, sidang dewan ditangguhkan oleh speaker Ganesan

Inilah sejarah sidang DUN yang paling singkat dinegeri Perak dan Malaysia yang cuma memakan masa selama sekitar 4 jam sahaja.

[Sidang DUN Perak] 1:02 T/hari: Gambar Sidang Media oleh Semua ADUN PR

Posted: 14 Aug 2011 10:08 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Sidang media selepas semua ADUN Pakatan Rakyat keluar dewan membantah pengendalian sidang DUN yang banyak kepincangan dan pelanggaran undang-undang.

YB Nizar juga membantah kenyataan dari Timbalan Ketua Polis dalam Sinar Harian yang menggambarkan Perak semacam negara polis dan Myanmar

[Sidang DUN Perak] 12:55 T/hari: Kenyataan Media Nga Kor Ming

Posted: 14 Aug 2011 10:04 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan YB Nga Kor Ming

Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis mengenai penyelewengan yang dilakukan mengenai dalam projek Teluk Rubiah seperti yang dibangkitkan dalam dewan hari ini.

Syarikat yang diberikan konsensi hanya ada modal sebanyak RM100 untuk projek RM5.2 billion. Selepas dapat projek dan ada laporan Pakatan Rakyat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru ditambah modal sebayak RM5 juta.

[Sidang DUN Perak] 12:45 T/hari: Kenyataan Media Sivakumar

Posted: 14 Aug 2011 10:00 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kenyataan YB Sivakumar

Keputusan yang dilakukan oleh Datuk Ganesan jelas bertentangan dengan perintah tetap.

Usul untuk membawa ADUN Titi Serong supaya di rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tanpa ada sokongan, perbahasan dan undi telah diterima oleh Ganesan.

Saya mempertikaikan dengan keputusan Ganesan yang jelas menidakkan peraturan tetap.

Setahu saya ini sejarah dimana paling banyak soalan telah ditolak oleh speaker.

Lebih 60 pratus soalan telah ditolak sedangkan soalan-soalan penting dan berkaitan dengan rakyat dengan membawa beberapa soalan yang ditolak.

Soalan yang relevan telah ditolak

[Sidang DUN Perak] 12:45 T/hari: Kenyataan Media Ngeh Khoo Ham

Posted: 14 Aug 2011 09:57 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan YB Ngeh Khoo Ham

Kerajaan BN Perak nampaknya lebih banyak kepada program iklah dan tidak mampu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Menurut perkara 43 dewan telah masih ada peluang membetulkan keputusan yang telah dibuat dalam kes ADUN Titi Serong

Usul telah di sokong oleh Buntong namun masih ditolak dengan sewenang-sewenangnya oleh Ganesan.

[Sidang DUN Perak] 12:35 T/hari: Kenyataan Media Nizar

Posted: 14 Aug 2011 09:53 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan media YB Nizar

Pembesar suara ADUN Pakatan Rakyat masih tidak boleh dipakai sedangkan pembesar suara ADUN Barisan Nasional dalam keadaan baik.

Bantah keputusan sidang yang hanya sehari sedangkan banyak isu yang hendak dibahas

Hari ini hanya sidang untuk mengambil syarat sedangkan sidang sangat penting untuk melihat prestasi kerajaan

Banyak soalan yang ditanya oleh ADUN Pakatan Rakyat. Ditolak dan tidak dijawab termasuklah soalan perbelanjaan Zambry keluar negara juga tidak dijawab

Di parlimen soalan perjalanan Najib dijawab namun di Perak dinafikan

Inilah kerajaan rampasan kuasa tidak mampu menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat

Minum air mayat

Posted: 14 Aug 2011 09:51 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.

"Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

"Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

"Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit," katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

metro/-

[Sidang DUN Perak] 12:35 T/hari: Semua ADUN PR Perak Keluar Dewan

Posted: 14 Aug 2011 09:37 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Semua ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar dari dewan bagi membantah keputusan speaker Ganesan

Semua ADUN Pakatan Rakyat berada dalam bilik mesia untuk satu sidang media.

[Sidang DUN Perak] 12:30 T/hari: Speaker Gagal Kuasai Dewan

Posted: 14 Aug 2011 09:35 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Setiawan masih bangun mencelah untuk meminta supaya usul yg dikemukakan mengenai ADUN Titi Serong. Namun masih ditolak.

Ganesan masih berkeras mengatakan menolak usul dari ADUN Setiawan.

ADUN Pasir Panjang diberikan peluang mencelah dengan Dato Seri Nizar mengatakan semacan speaker tidak dapat menguasai dewan. Alasan perkara 43 peraturan tetap jelas telah dilanggar oleh Ganesan.

Ganesan tetap mengatakan keputusannya muktamad

[Sidang DUN Perak] 12:26 T/hari: Speaker Kelam Kabut

Posted: 14 Aug 2011 09:28 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Kamunting tetap meneruskan jawapan soalan lisan ke-11 bagi mewakili pihak kerajaan.

Perbahasan dan pertikaian mengenai penggantungan ADUN Titi Serong nampaknya tidak mampu ditangani oleh speaker Ganesan kesan dari pelanggaran undang-undang yang beliau sendiri lakukan.

Sebab itu pada sidang media pagi tadi saya menegaskan bahawa Ganesan telah melakukan banyak kesilapan berulangkali dalam pengendalian sidang DUN Perak sejak beliau memegang jawatan itu.

Kerana itu saya mendesak dan mencadangkan supaya beliau mengosongkan kerusi speaker Perak dengan segera.

[Sidang DUN Perak] 12:15 T/hari: Dewan Masih Lagi Kecoh Berkaitan ADUN Titi Serong

Posted: 14 Aug 2011 09:24 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Dewan masih dalam keadaan tidak tenteram apabila ganesan tetap bertegas untuk meneruskan jawapan soalan lisan sedangkan wakil dari Pakatan Rakyat masih meneruskan hujah mempertikaikan keputusan penggantungan ADUN Titi Serong

[Sidang DUN Perak] 12:10 T/hari: ADUN PR Bantah Penggantung ADUN Titi Serong

Posted: 14 Aug 2011 09:21 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Setiawan, Ngeh Khoo Ham mengemukakan usul membantah pengantungan kepada ADUN Titi Serong yang dianggap tidak disahkan oleh dewan namun di tolak oleh speaker Ganesan dengan alasan tidak mencukupi 2 hari.

Usul disokong oleh wakil Tronoh dengan mengatakan usuk tidak disokong, tidak dibahas dan diundi sambil diganggu oleh wakil dari BN

Ganesen mengatakan keputusan speaker adalah muktamat untuk mengelakkan hujah yang sedang dikemukakan oleh Sivakumar 

PAS: SPR tidak serius bersihkan daftar pemilih

Posted: 14 Aug 2011 08:43 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini bahawa tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini jelas menggambarkan sikap sebenar suruhanjaya itu yang tiada niat untuk memihak kepada rakyat bagi bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih, kata PAS.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada.

"Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan 'bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak'," kata ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media.

Kecelaruan dalam daftar pemilih SPR yang didedahkan oleh media bukan sahaja mempunyai penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi tetapi nama Kg Baru juga diiktiraf sebagai pengundi serta penemuan sejumlah pengundi klon yang membimbangkan.

Pwngundi klon adalah mereka yang didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka.
Kesilapan teknikal

Setelah diasak dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR dan Abdul Aziz menyalahkan "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)".

"Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang," katanya.

Bagi Tuan Ibrahim yang juga adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, kepincangan dan kecelaruan itu hanya menggambarkan kelemahan SPR dan JPN.

"Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan BERSIH 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut.

Jual negara

"Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara - siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?" soal Tuan Ibrahim.

Justeru, katanya, SPR perlu melakukan segera pembaharuan bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

"Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihan raya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihan raya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihan raya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihan raya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya," katanya lagi.

malaysiakini/-

[Sidang DUN Perak] 11:35 Pagi: Gambar Terkini ADUN Titi Serong

Posted: 14 Aug 2011 08:38 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Gambar terkini ADUN Titi Serong sedang berada di bilik sidang media seterlah gagal masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak pada sidang pada hari ini.

4 korban pentas runtuh

Posted: 14 Aug 2011 08:19 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ORANG ramai mengerumuni pentas yang roboh di Indiana selepas ditiup angin kencang, semalam.

PETUGAS membantu mangsa yang cedera sebelum dibawa ke hospital.



WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 40 lagi cedera apabila sktruktur pentas runtuh di Indiana, kata pihak berkuasa tempatan, awal pagi semalam.

Tragedi itu berlaku malam semalam apabila angin kencang meruntuhkan pelantar pentas yang disediakan untuk konsert muzik country sejurus sebelum jam 9 malam waktu tempatan (1 pagi GMT), kata polis. Televisyen WTHR menyiarkan bilangan mangsa yang cedera - mengalami luka dan lebam hingga kepada patah anggota dan kecederaan kepala - kira-kira 46 orang.

Stesen TV itu berkata, mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Semua mangsa dirawat di hospital sekitar Indianapolis, tetapi pihak berkuasa menegaskan angka kematian mungkin meningkat berikutan sesetengah mangsa cedera parah. Tiada maklumat terkini mengenai empat mangsa yang terkorban.

"Secara jujur saya katakan, mungkin ada lagi mangsa yang terkorban," kata jurucakap Polis Indiana, Dave Bursten kepada wartawan. "Kami berharap semua orang akan berdoa untuk mangsa yang tercedera." Tiada siapa yang membuat persembahan ketika tragedi itu berlaku. Saksi berkata, acara pembukaan sudah bermula dan penonton menunggu kumpulan muzik country Sugarland memulakan konsertnya.

"Tiba-tiba angin kencang bertiup kali kedua dan pentas mula bergoyang secara perlahan-lahan. Astaka pentas mula bergegar. Semua orang mula bertempiaran lari cuba untuk keluar dari situ," kata saksi, Jason Scofield kepada stesen WTHR.

Amaran ribut petir sudah dikeluarkan wilayah Marion kira-kira jam 8.35 malam waktu tempatan (12.35 GMT), sejurus sebelum konsert itu bermula. Petugas kecemasan dan peminat segera bertumpu ke pentas yang runtuh dan bertungkus-lumus menyelamatkan mereka yang terperangkap, lapor akhbar Indianapolis Star. Sementara itu, kumpulan Sugarland meluahkan takziah kepada keluarga mangsa melalui mesej di Twitter.

"Kami berdoa untuk peminat dan masyarakat Indiana," kata kumpulan itu.

"Kami berharap anda semua menyertai kami." - AFP

Liwat II bersambung dengan perkembangan temubual

Posted: 14 Aug 2011 08:04 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hari ini pihak pendakwaan perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaporkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkembangan kes itu berhubung tawaran mereka membekalkan beberapa saksi untuk ditemubual pihak pembelaan.

Peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi potensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Saksi yang belum ditemubual termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan SriMusa Hasan dan dua bekas pembantu rumah Indonesia - Suliati dan Faria Dipan - yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid.

Pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Selain itu, terdapat tiga lagi individu yang belum ditemubual. Mereka ialah ibu kepada bekas tunang tertuduh Saiful Bukhari Azlan, Sharehah Md Salim; jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar Mohd Rasid Mohd Rosdi.

malaysiakini/-

[Sidang DUN Perak] 10:53 Pagi: Isu Berkaitan Projek Teluk Rubiah

Posted: 14 Aug 2011 08:00 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Sidang sedang berlangsung dan saya berada di bilik sidang media sambil mengikuti persidangan dun dari luar melalui pembesar suara yang disediakan.

Persoalan yang masih berbangkit dari ADUN Tronoh mengenai projek Teluk Rubiah mengenai syarikat yang diberikan kelulusan dalam keadaan syarikat yang mendapat konsesi yang jelas tidak layak.

Hamidah dianggap menipu dan didesak memberi jawapan segera. Dia juga dicabar oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat untuk membuat kenyataan yang sama diluar dewan kalau berani.

Sekarang soalan ke dua dari wakil Bercam mengenai kenaikan elaun ADUN Perak

MB Zabry memaklumkan kenaikan terakhir pada tahun 2004 iaitu kenaikan 2 peratus.

Dewan dimaklumkan elaun  ADUN Perak ialah RM4112.

Dewan juga dimaklumkan mengenai perbandingan dengan beberapa negeri lain.

Bercam memohon soalan tambahan dengan meminta kerajaan perak mengkaji semula.

MB Zambry menjawab satucadangan yang bernas.

Tiada ulasan:

Nuffnang