N45 Dr Halimah Ali |
- Benarkah MAT SABU hina bekas tentera Malaysia dan agungkan Komunis?
- No.2 nak lawan No.1
- Bagaimana PAS nak kahwin dengan UMNO KALAU PEMIMPIN umno kata PAS pro komunis?!
Benarkah MAT SABU hina bekas tentera Malaysia dan agungkan Komunis? Posted: 30 Aug 2011 07:09 PM PDT Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno Mohd Sabri Said BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah. Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM). Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah. "Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah," jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif. Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem 'Bukit Kepong' arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai. Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah. Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British. Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium. "Contohnya pandangan Imam Khomeini sendiri jelas tentang Komunis. Semasa hayatnya dia sendiri mengatakan blok komunis bakal tinggal kenangan dalam muzium. Hari ini benar-benar berlaku," katanya. Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato' Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja. Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara. "Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah," tegasnya. |
Posted: 30 Aug 2011 06:53 PM PDT Akhbar Tamil sahkan spekulasi Najib dalam bahaya Harakahdaily KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku. Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno. Vell Paari turut berkata 'terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno. Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib. "Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau. Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri," kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT. Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau. "Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak," tambah. Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus. Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas. Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri |
Bagaimana PAS nak kahwin dengan UMNO KALAU PEMIMPIN umno kata PAS pro komunis?! Posted: 30 Aug 2011 07:54 AM PDT Decide if Mat Sabu is an Islamist or communist, Guan Eng tells critics By Shannon Teoh August 30, 2011 Guan Eng greets Tan Sri Koh Tsu Koon, Minister in the Prime Minister's Department, at Najib's open house in Putrajaya. — Jack Ooi pic PUTRAJAYA, Aug 30 — Lim Guan Eng has challenged critics of Pakatan Rakyat (PR) colleague Mohamad Sabu to make up their minds over whether the PAS deputy president is an Islamic extremist or a communist. The DAP secretary-general said that he had been detained under the Internal Security Act (ISA) in 1987 during the Operation Lalang clampdown along with Mohamad, who was then accused of being an Islamic fundamentalist. "Now, they are saying he is supporting communism. Is there any credibility to these accusations?" he told reporters at the prime minister's Hari Raya open house today. On Satuday, Umno-owned Utusan Malaysia quoted Mohamad as saying that the communists who attacked the Bukit Kepong police station during the pre-Independence communist insurgency were heroes. The newspaper accused him of disparaging the country's armed forces and expressing support for communists but Mohamad, popularly known as Mat Sabu, has since denied the report and accused the Malay-language daily of fabricating the quote. "Utusan lied...they made up stories about my speech," Mohamad told The Malaysian Insider. "When I checked back and looked at the recording, the word 'communist' wasn't found in my speech," he said, adding that he will sue the newspaper. The Malay daily launched a full-scale assault against Mohamad on Sunday over his alleged remarks, carrying eight pages worth of comments and criticisms against him, ranging from top Umno leaders like Umno deputy president and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin to ex-soldiers who had fought communists during the Bukit Kepong police station attack. The newspaper also accused Mohamad of wanting to re-write history to turn Malaysia into a republic. Lim, who is also Penang chief minister, likened the attacks on Mohamad to those made against him for being anti-Malay and also anti-Chinese at the same time. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan