Khamis, 11 Ogos 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


APA DIA NEGARA KEBAJIKAN YANG mahu dibawa PAS?

Posted: 11 Aug 2011 08:48 AM PDT

Negara Berkebajikan: Jahil feqah politik jadi punca
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Orang yang jahil terhadap feqah politik Islam terus menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS adalah sama dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang ada pada waktu ini.

Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini.

"Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata," jelasnya dalam buku tersebut.

Hakikatnya, kata beliau bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan (welfare state) kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya.

Jelasnya, aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa.

"Inilah yang difahami oleh umat Islam bahawa tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentadbir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti katanya yang sebenar dan universal," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik daripada al-Quran dan as-Sunnah tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaannya walau dari mana sekalipun.

Ini, ujarnya dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebijaksanaan itu laksana barang berharga yang jatuh tercicir kepunyaan seseorang yang beriman di mana sahaja sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak memungutnya.

Beliau menambah, penjelasan yang ringkas melalui buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tentunya tidak mencukupi, maka berkewajipanlah kalangan ilmuan Islam memanjangkannya dengan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.

Justeru, tambahnya perbincangan dan seminar sama ada secara kecilan atau lebih besar wajar dijadikan suatu medium untuk mencambahkan lagi penbendaharaan ilmu dan maklumat mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi kepunyaan kita semua.

ADUN SELAT KLANG bersama jemaah tarawikh surau al FALAH Kpg Sg Sireh

Posted: 11 Aug 2011 08:37 AM PDT




SURAU NURUL FALAH
KPG SG SIREH.

YB Dr Hjh Halimah Ali selaku ADUN SELAT KLANG meneruskan jelajah kawasannya bertemu dengan rakyat seperti yang saban tahun beliau lakukan selama satu dekad.Bulan Ramadhan akan diisi dengan jelajah solat isya' dan tarawikh masjid dan surau di seluruh kawasan DUN SELAT KLANG.Yang beza tiga tahun kebelakangan ini sejak menjadi EXCO Kerajaan Selangor beliau juga perlu bersama program DYMM Sultan Selangor turun padang ke masjid-masjid selain program YAB Dato' Menteri Besar Selangor.
Pemerhatian sendiri oleh ADUN Selat Klang dan ramai juga yang perasan bahawa jemaah ke masjid surau meningkat sekurang-kurangnya 100%.Beliau juga amat berbesar hati kerana diantara yang memenuhi ruang masjid dan surau adalah dari kalangan remaja belia.Ini petanda baik timbul kesedaran baru peri pentingnya golongan ini terpaut hati ke pusat pembangunan ummah yakni institusi masjid/surau.
Beliau sentiasa menekan konsep pembangunan ummah yang perlu dirancang dengan teliti dan menjadi paksi tumpuan AJK MASJID/SURAU.

Pengabdian kepada Pencipta sumber kekuatan luar biasa

Posted: 11 Aug 2011 07:54 AM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang