Khamis, 11 Ogos 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Guru Quran dan bidan kampung terima sumbangan

Posted: 10 Aug 2011 11:49 PM PDT



http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/bidang%20kampung.jpgPOKOK SENA - Yayasan Islam Negeri Kedah (Yink) telah memperuntukan sebanyak RM48,900 untuk diagihkan kepada guru-guru Quran dan bidan kampung bagi Daerah pokok Sena.
Bantuan itu melibatkan 287 guru Quran  dan 39 bidan kampung, sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar &Basmi Kemiskinan YB Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi.


Guru-guru Quran  dan bidan-bidan kampung ini berkhidmat kepada masyarakat di enam mukim  dalam Daerah Pokok Sena iaitu Gajah Mati, Jabi, Lesong, Bukit Lada, Dehrang   dan Mukim Tualang.


http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/bidan%20kampung%202.jpgMajlis penyampaian sumbangan ini  diadakan di Masjid Al-Mukhsinin Pokok Pauh Mukim Lesung  sempena bulan Ramadhan  dan berbuka puasa bersama penduduk kampung sekitar.


Seorang bidan kampung Romlah Haji Sulaiman, 88 tahun, dari Kampung Panchor, Mukim Dehrang memberitahu sudah dua tahun beliau menerima sumbangan ini.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang dipimpin YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kerana menghargai jasa mereka sebagai bidan kampung.


Beliau yang menjadi bidan  selama 50 berkata, khitmat yang diberikan kepada masyarakat tidak mengharapkan balasan namun kini apabila  usia sudah di penghujung, beliau bersyukur kerana ada pihak kerajaan yang memberi perhatian.


"Tuk, sudah tua dah tak jadi bidan lagi. Mengurut orang lepas bersalin adalah sikit-sikit bila dijemput," katanya.


Beliau yang tinggal bersama suami mengucapkan terima kasih dengan sumbangan ini dan katanya, wang itu akan digunakan untuk membuat persiapan menyambut hari raya nanti.


"Hanya ketupat dan gulai untuk anak cucu balik kampung dan jamu jiran-jiran yang mai beraya di rumah," katanya.


dipetik dari Warta Darul Aman

Tiada ulasan:

Nuffnang