Mohamad Taufek Abd Ghani |
Penyelewengan agihan komputer 1Malaysia di N.Sembilan Posted: 11 Aug 2011 05:24 PM PDT KETIDAKADILAN PEMBAHAGIAN NOTEBOOK 1MALAYSIA ! Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato' Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya. Untuk makluman pihak tuan, guru-guru telah memilih senarai pelajar yang layak menerima notebook secara rawak. Pihak sekolah tidak mengkaji latar belakang pelajar dengan lebih teperinci. Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja. Selain itu, ada juga pelajar yang mempunyai penjaga yang berpendapatan melebihi kelayakan yang sepatutnya telah mendapat bantuan ini. Saya bagi pihak yang prihatin ingin memaklumkan bahawa lebih ramai lagi pelajar di sekolah ini yang layak menerima bantuan notebook antaranya keluarga pelajar yang menerima bantuan PPRT tetapi malangnya mereka tdak diberi perhatian olah pihak sekolah. Jadi, dimanakah hilangnya keprihatinan guru-guru terhadap anak murid yang susah tetapi mempunyai masa hadapan yang cerah jika pada waktu ini mereka diabaikan? Diharap dengan aduan ini,pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana kita semua maklum bahawa sumbangan notebook 1Malaysia ini adalah berterusan dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Sekian.. By: ahmad diah - Aduan Rakyat, 11 Ogos 2011 http://www.aduanrakyat.com.my/ketidakadilan-pembahagian-notebook-1malaysia PEMBAHAGIAN NETBOOK OLEH KERAJAAN Aduan Rakyat, 11 Ogos 2011 Merujuk kepada pembahagian netbook oleh kerajaan bermula 2010 lagi. Pihak kerajaan perlu membuat semakan. Jangan hanya merasa seronok dapat menunjukkan kebaikan melalui dada akhbar sahaja. Kerajaan yang prihatin. Macam biasa bagi mereka yang dapat tersenyum lebar tetapi apa perasaan bagi yang tak dapat seperti saya. Asas pemilihan tidak berapa jelas, keluarga miskin sahaja atau ada faktor lain. Sebagaimana yang diadukan ada juga dikalangan penerima dari keluarga yang agak berada. Keluarga yang tak dapat tetapi merasakan mereka layak juga tentu rasa terkilan. Terus tertanam rasa tidak hormat kepada kerajaan. Miskin juga satu faktor relatif. Umpamanya pendapatan keluarga RM1,500 dianggap miskin dan layak. Pendapatan RM3,500 tidak layak. Cuba bandingkan siapa lebih miskin. Keluaga A (pendapatan RM1,500) dengan 2 orang anak (sek menengah dan rendah), Keluarga B(pendapatan RM3,500) dengan 8 orang anak ( 3 sek rendah, 3 sek menengah dan 2 IPT). Perbelanjaan keluarga A lebih besar dalam segala hal contohnya rumah sewa. Keluarga A boleh sewa rumah 2 bilik @ RM450. Tetapi keluarga B terpaksa sewa rumah paling kurang 3 bilik @ RM650. Untuk perbelanjaan lain, bolehlah congak sendiri. Secara perkapita pun keluarga A @ RM375 berbanding B @ RM350. Jadi jelas disini keluarga B lebih miskin. Jadi saya meminta pihak kerajaan memandang balik . Disamping pendapatan keluarga, tengok juga jumlah tanggungan. Contohnya saya yang berpendapatan RM3,500 mempunyai 8 anak dan hidup dibandar terasa begitu perit. Jadi kalau dapat netbook free tu rasa legalah sikit. By: Mohd Norman http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-netbook-oleh-kerajaan PEMBAHAGIAN MINI LAPTOP YANG TIDAK ADIL Aduan Rakyat, 8 Ogos 2011 Saya terpanggil untuk membuat aduan di ruangan ini mengenai pembahagian mini LAPTOP 1MALAYSIA YANG HANYA DI BERIKAN KEPADA ORANG YANG BERADA ,IBUBAPA YANG BERKERJA DI KERAJAAN SEPERTI GURU DAN SEDARA MARA SI PEMBERI? Kenapa hal begini berlaku sedangkan ramai lagi remaja sekolah yang miskin ank yatim dan piatu tidak di berikan? Adakah ini arahan dari pihak kerajaan atau pihak tersebut yang mengadakan arahan? Saya rasa amat terkilan kerana kebanyakan yang mendapat bantuan adalah anak-anak guru dan golongan yang berada. Saya berharap hal ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Terima kasih. By: hamba allah http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-mini-laptop-yang-tidak-adil |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan