. |
DOA......JANGAN BIADAB DENGAN ALLAH Posted: 11 Aug 2011 10:29 AM PDT Saudara-saudara yang dikasihi, Hampir separuh kehidupan seorang Muslim digunakan untuk berdoa dan bermunajat kepada ALlah. Doa merupakan ibadah, bahkan termasuk dalam ibadah yang sangat agung. Jadi berdoalah bersungguh-sungguh, jangan main-main. Tengoklah di bulan Ramadhan ini bagaimana umat Islam berdoa........main-main dan tak beradab. PENGERTIAN DOA •Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapatkan sesuatu kebaikan atau untuk menolak bala bencana dengan cara dan adab yang tertentu. ALlah memerintahkan hamba-hambaNYA agar sentiasa berdoa kepadaNYA. Lihat surah Ghafir ayat 60. •Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenan-kan doa permohonan kamu. Sesungguh-nya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. Hampir seluruh aktiviti yang dilakukan oleh seorang muslim dimulai dan diakhiri dengan doa. Ini menunjukkan setiap muslim sentiasa berhajat kepada ALlah dan perlindunganNYA. Doa bukan sahaja cara mendekatkan diri kepada ALlah bahkan sebagai usaha melindungi diri dari segala macam gangguan. •AYAT DI ATAS SECARA TEGAS, ALLAH MENCELA ORANG-ORANG YANG ENGGAN MEMOHON KEPADA ALLAH YANG MAHA KAYA, LAGI MAHA MEMBERI. MAKA AMAT NAIF BAGI SEORANG MUSLIM YANG MENGAKU BERIMAN KEPADA ALLAH TETAPI TIDAK MAHU MEMOHON-BERDOA KEPADA RABB-nya SEOLAH-OLAH DIA TIDAK BERHAJAT KEPADA ALLAH, PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN-NYA. ADAB DAN TERTIB BERDOA 1.Sebaik berdoa waktu yang mulia seperti hari Jumaat dan bulan Ramadhan. 6. Hendaklah bersikap tetap dalam doanya dan menyakini bahawa doanya diterima. 10. Hati janganlah lalai ketika berdoa serta dengan penuh perasaan rendah diri, penuh harapan. Lihat maksud ayat di bawah: Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintah-nya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. AL-A'RAF=205 Jadi berdoalah dengan penuh adab kesopanan. Jangan biadap dengan TUHAN ketika berdoa. Ingatlah kita sedang berdepan dengan RAJA bagi segala raja. Antara contoh biadap ketika berdoa ialah: - Sambil berdoa, bercakap-cakap dengan kawan-kawan. - Tidak angkat tangan kerana malas, tangan menumpang dagu. tangan melepek atas paha, menoleh ke belakang ke depan sambil berdoa. - Dan lain-lain. WAKTU YANG MUDAH DIMAKBULKAN DOA •Malam Jumaat dan siangnya •Ketika sujud dalam solat •Selepas setiap solat fardu •Antara azan dan iqamah •Pada satu pertiga malam •Antara dua khutbah .Di saat kita lapar dan dalam musafir. Aamien ya Rabb al-'Alamien. |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan