i n t a n h i j a u |
- SUMBANGAN AIDIL FITRI DAN BERBUKA PUASA DI TAMAN DESA AMAN
- IHYA RAMADHAN PAS TELUK INTAN BERSAMA TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK
- PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDIL FITRI DAN BERBUKA PUASA DI KG. SUNGAI SAMAK
SUMBANGAN AIDIL FITRI DAN BERBUKA PUASA DI TAMAN DESA AMAN Posted: 24 Aug 2011 08:26 AM PDT TELUK INTAN, 24 Ogos - Sumbangan diberikan kepada golongan yang kurang mampu untuk mengurangkan beban rakyat dalam melakukan persiapan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa menyampaikan ucapan sempena penyampaian sumbangan Aidil Fitri di Surau Taman Desa Aman dekat sini.
Menurut Ketua PAS Cawangan Taman Desa Aman Sdr. Anuar Yahya, pada tahun ini seramai 22 orang golongan kurang mampu dan 10 orang anak yatim telah menerima sumbangan pada petang itu. Kebanyakan penerima sumbangan adalah datang dari Taman Desa Aman dan Taman Muhibah. Sumbangan yang disampaikan adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur manakala sumbangan untuk anak yatim dalam bentuk wang tunai kain pelekat atau kain batik dan tuala. Kemudian, YB Anuar telah diberi penghormatan menyampaikan sumbangan. Turut menyampaikan sumbangan ialah isteri ADUN Changkat Jong Pn. Hjh. Faridah Rajiah dan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Rahmat Maliki, Naib Yang DiPertua Ahmad Kabir Mahdin, Setiausaha PAS Kawasan Mohd. Farid Al Jarumi dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Mohamad Hamzah.
Kemudian, para tetamu telah menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama ADUN Changkat Jong. Selepas itu, YB Anuar telah diberi penghormatan menjadi imam bagi solat Maghrib. Pada sebelah petang sebelum itu, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan di Kg. Sungai Kerawai. intanhijau.blogspot.com | ||||||||||||||||||
IHYA RAMADHAN PAS TELUK INTAN BERSAMA TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK Posted: 24 Aug 2011 08:01 AM PDT TELUK INTAN, 23 Ogos - Kehadiran Timbalan Pesuruhjaya PAS yang baru, Tn. Hj. Razman Zakaria telah menyerikan majlis Ihya Ramadhan peringkat PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau yang datang dari Lenggong telah sempat hadir bersama-sama ahli dan penyokong untuk berbuka puasa. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.
Selepas berbuka puasa, Tn. Hj. Razman telah mengimami para jemaah untuk solat Maghrib. Kemudian, beliau telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan ahli dan penyokong sementara menunggu solat Isya.
Beliau juga telah diberi penghormatan menjadi imam solat Isya dan juga solat sunat tarawih. Akhirnya, Tn. Hj. Razman menyampaikan tazkirah kepada semua ahli dan penyokong. Beliau banyak mengingatkan para ahli agar merebut peluang lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. intanhijau.blogspot.com | ||||||||||||||||||
PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDIL FITRI DAN BERBUKA PUASA DI KG. SUNGAI SAMAK Posted: 24 Aug 2011 07:31 AM PDT TELUK INTAN, 22 Ogos - Agenda kebajikan dalam bulan Ramadhan oleh ADUN Changkat Jong sentiasa penuh dan padat dengan aktiviti penyampaian sumbangan dan berbuka puasa. Kali ini, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah turun ke Kg. Sungai Samak bertemu rakyat dengan menyampaikan sumbangan dan berbuka puasa di Masjid An Nur Kg. Sungai Samak.
Bermula dengan solat Asar kemudian YB Anuar telah mengunjungi beberapa buah rumah untuk menyampaikan dodol dan yang paling istimewa ialah menyampaikan sijil ucapan Selamat Hari Lahir kepada beberapa orang penduduk. Terserlah di wajah mereka yang bangga apabila wakil rakyat mereka meraikan hari lahir dengan memberikan sijil ucapan hari lahir.
Kemudian, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 20 orang golongan kurang mampu di Masjid An Nur Kg. Sungai Samak. Turut menyampaikan sumbangan ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Hj. Ismail Che Nik dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran. Selepas itu, para hadirin telah menikmati juadah berbuka puasa.
intanhijau.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan