Rabu, 24 Ogos 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Gaddafi sedia berundur

Posted: 24 Aug 2011 02:53 AM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ZAGREB: Bekas Presiden Croatia, Stipe Mesic, berkata Muammar Gaddafi bersedia untuk berundur daripada politik jika Nato menghentikan serangan ke atas Libya.

Dikenali sebagai rakan karib Gaddafi, Mesic berkata, pemimpin Libya itu memberitahunya mengenai hasrat bersara daripada politik baru-baru ini.

"Ia membuka ruang kepada sistem pelbagai parti, tetapi semuanya hanya boleh dilakukan apabila Nato menghentikan serangannya," katanya.

Mesic berkata, dia menerima "mesej lisan" daripada Gaddafi minggu lalu dan memaklumkan mengenai hasrat itu kepada duta China, Russia dan Amerika Syarikat di Croatia. Gaddafi dan Mesic bersahabat sejak sekian lama. Pada 1970-an, Mesic pernah mengetuai sebuah syarikat Yugoslavia membina apartmen di Libya. - AFP

Ramadhan bukan sekadar ruhiyah tapi bulan siyasah

Posted: 24 Aug 2011 02:00 AM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan seluruh bumi umat Islam di dunia ini.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

PAS: 'Daftar pemilih kotor' untuk tumbangkan S'gor

Posted: 24 Aug 2011 01:45 AM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pihaknya mempunyai "daftar pemilih kotor" yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Mohd Adram Musa berkata pihaknya mempunyai data seramai "puluhan ribu" yang didakwa "pengundi klon".

"Apa yang kami ada, daftar pemilih kotor yang sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

"Adakah ini kerja-kerja seperti mana yang disebut oleh perdana menteri yang berkata melakukan apa sahaja untuk mengambil balik Selangor?

"Apa yang kami ada, sudah cukup (untuk) menjatuhkan kerajaan Selangor," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan analisis pihaknya jumlah pengundi klon itu, membolehkan BN merampas sekurang-kurang sepuluh kerusi DUN di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negera menjelaskan jumlah pengundi dari daftar pemilih yang telah digugurkan dan yang akan digugurkan.

Pihaknya memberi masa 14 hari kepada kedua-dua pihak tersebut untuk membuat penjelasan.

malaysiakini/-

Kelantan ambil alih bina lebuhraya KB-Kuala Krai

Posted: 24 Aug 2011 01:29 AM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 24 Ogos: Kerajaan Kelantan bersetuju mengambil alih pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai berikutan Kerajaan Persekutuan melengah-lengahkan pembinaan jambatan tersebut sebagaimana yang terkandung dalam RMK-9.

Dianggarkan sejumlah RM1.9 bilion kos pembinaan yang diperlukan berbanding peruntukkan asal RM2.3 bilion.

(Husam menyerahkan sumbangan Aidil Fitri kepada armalah di masjid Kamil Hassan)

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata bagaimanapun berkata pada RMK-10, peruntukkan itu telah ditarik balik.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan Aidilftiri kepada golongan armalah dan anak yatim di Masjid Kamil Hasan, dekat sini.

Lebih 500 orang penerima juga turut membabitkan pelajar IPT, penghulu, guru-guru Pasti menerima sumbangan tersebut.

Menurutnya lagi, lebuh raya berkenaan begitu penting bagi kemudahan orang ramai sama ada dari segi ekonomi atau pulang berhari raya di
kampung.

"Anak Kelantan diperantauan sentiasa berhadapan dengan kesesakan jalan raya khususnya dimusim cuti sekolah dan perayaan.

"Kerana itu, kerajaan negeri terpaksa menyediakan inisiatif baru untuk menjayakan pembinaan jalan raya berkenaan dengan cara pembukaan tander kepada swasta,"ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian untuk memajukan projek berkenaan.

Setakat ini, katanya tiga syarikat yang telah mengemukakan permohonan mereka dengan menghantar cadangan untuk memajukannya.

Sambungnya, kerajaan negeri masih memberi peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian.

harakahdaily/-

Bab al-Azizya kena gempur

Posted: 24 Aug 2011 12:45 AM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Pemberontak semalam melancarkan serangan besar-besaran ke atas Bab al-Azizya yang menjadi kubu Muammar Gaddafi ketika anak lelaki pemimpin Libya itu muncul menafikan berita penahanannya.

Sebelum itu, pejuang pemberontak memberikan amaran awal untuk meningkatkan serangan dengan sokongan kereta kebal milik tentera yang mereka rampas.

Bunyi tembak-menembak kedengaran memuncak di tengah bandar raya Tripoli sejak pemberontak memasuki ibu negara Libya itu Ahad lalu.

Asap tebal pula kelihatan menjulang dari kompleks berkenaan.

Ketika bunyi tembakan senjata berat dan ringan memenuhi suasana, jet Nato pula melancarkan serangan lebih hebat berbanding beberapa hari lalu.

Bunyi peluru dan bom digugurkan dapat didengar sejauh dua kilometer.

Kumpulan pemberontak pula mundar-mandir di tengah kota menaiki lori dan kereta sejak mereka berjaya memasuki Tripoli dan menguasai stesen televisyen negara.

Walaupun begitu, di sebalik tanggapan bahawa Gaddafi kini hanya menunggu masa untuk tumbang, persoalan sejauh mana tentangan diberikan tentera yang setia kepadanya masih menjadi tanda tanya.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menggesa peralihan kuasa di Libya dilakukan secara menyeluruh sambil menuntut Gaddafi menyerah kalah.

"Perjuangan pemberontak masih belum berakhir," katanya.

Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet, berkata situasi konflik di Libya belum berakhir, malah ia masih jauh untuk dicapai.

Imej pemberontak tercalar teruk semalam selepas dakwaan mereka menahan Saif al-Islam dinafikan dengan kemunculan anak Gaddafi itu di khalayak ramai di luar Bab al-Azizya.

Kata Saif al-Islam, 39, Tripoli masih dalam kawalan kerajaan.

"Semua pihak tidak perlu bimbang kerana keadaan Tripoli terkawal.

"Saya berada di sini untuk menafikan pembohongan disebar pemberontak," katanya.

Saif al-Islam juga mendakwa pemberontak mengalami kekalahan teruk apabila mereka melancarkan cubaan pertama menyerbu Bab al-Azizya.

Pemberontak juga menerima tamparan hebat apabila seorang lagi anak Gaddafi, Mohammed, meloloskan diri daripada tahanan rumah. - AFP

Bukan saya minta maaf, Rosmah kena jelaskan - Che'gu Bard

Posted: 24 Aug 2011 12:30 AM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Badrul Hisham Shahrin atau Che'gu Bard tidak bercadang untuk memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datik Seri Rosmah Mansor ekoran dakwaannya tentang cincin bernilai RM24.45 juta.

Sebaliknya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya mengenai perkara itu.

"Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf Kompas atau Pengarah Komunikasi PKR," kata che'GuBard dalam kenyataannya hari ini.

Che'GuBard menjawab tekanan dari media milik Umno agar beliau memohon maaf kerana mendakwa kononnya Rosmah memilik cincin itu.

Isu memohon maaf beliau semakin ketara apabila media tradisonal Umno menyiarkan berita kononnya akhbar Indonesia Kompas juga memohon maaf dari Najib.

Namun, Malaysiakini melaporkan, permohonan maaf dari Kompas itu tidak jelas kerana ia hanya disiarkan dalam satu berita temubual akhbar Indonesia itu dengan Najib dan bukannya menarik balik laporan asalnya.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Menurut Che'Gubard (gambar atas), dia tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan.

"Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?" kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

"Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co." tulis beliau lagi.

harakahdaily/-

Saya minta jangan tuduh Dr M tak dengar - Harussani

Posted: 24 Aug 2011 12:00 AM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMUR, 24 Ogos: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.

Namun demikian, nasihat itu tidak didengar oleh Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu, kata Harussani dalam wacana Ulama Politik Untuk Dakwah atau Parti? yang bermula jam 11.00 pagi tadi di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

"Tun Mahathir selalu dengar nasihat saya tetapi enggan dengar bila nak pecat Datuk Seri Anwar dan buat peralihan kuasa dan jangan buat tuduhan liwat jika tidak cukup saksi," kata Harussani dalam forum itu.

Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin.

Dalam majlis itu, Mufti Perak itu mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".

Anwar didakwa lagi

Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan meliwat oleh kerajaan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau kini sedang dalam peringkat membela diri atas tuduhan itu.

Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot dalam tulisannya mendakwa, pentadbiran Umno dan BN akan mempastikan Anwar akan hidup terus dalam penjara.

Rakan Najib, Datuk Abdul Razak Baginda pernah memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, "Keputusan sudah dibuat. Mereka akan "nuke" (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik," kata Mallot dalam tulisannya.

"Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, "Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang," tulisnya lagi.

harakahdaily/-

"Suruh Blogger Umno Minta Maaf Dahulu"-Hatta Wahari

Posted: 23 Aug 2011 11:40 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 24 OGOS : Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu mengarahkan blogger pro-Umno untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum menggesa blogger lain untuk berbuat demikian, ekoran merekalah selama ini yang sering menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang.

Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.

Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.

Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.

"Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan. Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.

"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang. Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Rais semalam yang mahukan semua blogger di Malaysia mencontohi tindakan editorial akhbar Indonesia, Kompas kononnya memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.
Laporan berita Kompas yang disiarkan 4 Ogos lalu turut menyentuh isu pembelian cincin AS$24 juta yang didakwa dibeli Rosmah.

"Kalau kita lihat pada blogger- blogger lain kita menyiarkan perkara- perkara yang benar. Kebanyakan blogger- blogger lain membuat persoalan-persoalan benarkah perkara ini berlaku.

"Padahal soal cincin kalau kita tengok kepada blog itu, sebenarnya blogger itu hanya bertanya benarkah Rosmah membeli cincin AS$24 juta. Adakah betul ? Jadi masalahnya dengan blogger Umno mereka menulis tanpa fakta. Membuat tohmahan- tohmahan yang teruk, fitnah- fitnah yang tiada asas langsung," tegasnya.

Justeru Hatta menegaskan Dr Rais perlu berhati- hati dengan gesaannya mahukan blogger pro- Pakatan Rakyat membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno tetapi menutup mata kepada keterlanjuran blogger pro-Umno melempar tuduhan demi tuduhan kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

"Blogger-blogger Umno ini 24 jam sentiasa melemparkan fitnah sebab memang mereka dibayar untuk melemparkan fitnah. Ini masalahnya dan fitnah- fitnah ini diasah oleh JASA sendiri, jabatan khas di bawah Kementerian Penerangan di bawah kementerian beliau.

"Jadi kalau Datuk Rais Yatim kata nak minta blogger mohon maaf, suruhlah blogger- blogger Umno ini mohon maaf dulu, sebab mereka inilah syaitan yang sepatutnya," tegasnya.

tv news/-

Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah-Sankara

Posted: 23 Aug 2011 11:30 PM PDT

23 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bersetuju untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi memberi keterangan bersabit kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam Sankara Nair setelah dimaklumkan oleh polis kepada beliau.

Najib, Rosmah dan dua bekas anggota polis berpangkat tinggi sebelum ini enggan bekerjasama dengan pasukan peguambela walaupun pendakwa telah menawarkan mereka sebagai saksi.

Namun mahkamah minggu lalu telah mengeluarkan sepina terhadap kesemua individu tersebut untuk hadir memberi keterangan dan sekiranya gagal berbuat demikian waran tangkap akan dikeluarkan.

Pada sesi pembelaan sebentar tadi, pakar serangan seksual Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa kecederaan pada mangsa rogol atau liwat bergantung kepada jumlah tekanan yang dikenakan terhadapnya.

David menjawab soalan Sankara Nair apabila peguambela meragui akan dakwaan pengadu Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan beliau diperlaku dengan rakus oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbuatan itu akan menyebabkan trauma (pada bahagian dubur) di bawah keadaan tertentu," kata David.

Saiful sebelum ini memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau diliwat dengan rakus oleh Anwar sehingga senak di bahagian perut.

Namun setelah diperiksa oleh empat doktor dari dua hospital, tiada sebarang kecederaan ditemui pada dubur pengadu namum tegas menyatakan beliau telah diliwat.

David kemudian mengulangi kenyataan beliau bahawa integriti spesimen DNA yang diambil pada pengadu amat kritikal.

Menurutnya dalam kes liwat atau rogol, bukti tersebut harus disimpan dengan baik dan terus dibawa ke makmal untuk tujuan ujian bagi memelihara keyakinan terhadap sampel tersebut.

Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden pada sebelah pagi merujuk kepada sebuah kes di United Kingdom pada tahun 1982 di mana sebuah ujian pengesahan sperma dilakukan dan mendapati ianya dapat dikesan walaupun setelah melangkaui 30 jam.

Namun kata Sankara ujian tersebut dilakukan di dalam makmal dan tidak ada keupayaan untuk dibandingkan dengan kes Anwar di mana sampel sperma dan DNA telah disimpan melebihi 90 jam.

"Anda patut jumpa sampel yang paling teruk tapi pendakwa kata apa yang dijumpai adalah sampel terbaik. Namun apabila kita minta gambar foto ujian DNA, mereka kata tiada. Mana bukti?" tambah beliau lagi.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi pembelaan kepada 9 pagi esok dan akan menyaksikan pakar DNA, Dr Brian McDonald mengambil tempat di kandang saksi.

tv news/-

Idham Care Agih bubur Lambuk di Sayong

Posted: 23 Aug 2011 09:42 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Azmi Abdul Aziz

Pengerusi Idham Care yang juga ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah telah turun ke Sayong, Kuala Kangsar sempena program agih bubur lambuk kepada penduduk di sana.

Sebanyak 500 bekas bubur lambuk disediakan secara gotong-royong yang diketuai oleh UPU Sayong dan bubur lambuk habis diedarkan kira-kira setengah jam kemudian yang diketuai oleh Drs Khalil Idham Lim sendiri dengan warga kerja UPU Sayong.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program mengagihkan bubuk lambuk tersebut di sekitar Sayong dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang.






Liwat II: Pendakwa soal balas pakar asing

Posted: 23 Aug 2011 09:30 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Prosiding membela diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga dengan pihak pendakwa menyoal balas pakar forensik Dr David Wells.

Pakar dari Australia itu, yang merupakan saksi ketiga pihak pembela, memberitahu mahkamah semalam bahawa sampel sperma yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak dapat memberi keputusan yang diperlukan.

Ia kerana sampel tersebut diambil selepas lebih dua hari kejadian liwat didakwa berlaku.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 26 Jun 2008, dan sampel itu diambil dari Saiful antara jam 9 malam dan tengah malam 28 Jun 2008.

Selain itu, katanya, sampel tersebut tidak disimpan dengan betul di di balai polis dan ia diserahkan kepada ahli kimia untuk ujian dua hari kemudiannya.

Dr Wells, yang merupakan pakar dalam bidang kes serangan seksual, dalam keterangannya semalam, juga berkata ketika mengambil sampel dari mangsa, dia akan melakukanya secara sendirian dan hanya dibantu oleh jururawat. Ini, katanya, untuk mengelak pencemaran.

Dalam kes Saiful, empat doktor berada bersama pengadu untuk mengambil sampel tersebut, serta dengan kehadiran pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.

Pihak pendakwa dijangka menyoal Wells mengenai laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur ke atas Saiful, yang dianggapnya sebagai tidak tepat.

Selepas Wells, seorang lagi pakar dari Australia - pakar DNA Dr Brian McDonald, dijangka dipanggil memberi keterangan.

malaysiakini/-

Sekitar Infaq Ramadhan Idham Care di Parlimen Kuala Kangsar

Posted: 23 Aug 2011 09:27 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Azmi Abdul Aziz



KUALA KANGSAR: Baru-baru ini telah diadakan 4 majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin di Parlimen Kuala Kangsar oleh Idham Care . Hadir sama dalam semua majlis penyampaian itu ialah Pengerusi Idham Care , Drs Khalil Idham Lim .

Ketika ditemui beliau mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang telah memberikan sumbangan kepada Idham Care dalam bentuk wang ringgit dan juga keperluan barangan keperluan dapur sebagai bekalan tambahan kepada mereka yang memerlukan.

"Sesungguhnya dengan sokongan semua pihak yang bermurah hati menyalurkan bahan keperluan dapur dan wang ringgi sehingga berjayanya program sumbangan tersebut. Oleh itu saya mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua penyumbang yang budiman" Katanya.



Di antara lokasi penyampaian yang turut dihadiri oleh Drs. Khalil idham Lim yang juga merupakan ADUN Titi Serong di Parlimen Kuala Kangsar ialah di zon Ulu Kenas, zon Ulu Piul, Manong dan Taman Maju. Sumbangan diagihkan kepada 300 fakir miskin yang layak dan telah dikenal pasti di Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Kangsar yang turut membantu menjayakan program seperti menyediakan senarai penyumbang dan persiapan tempat untuk majlis penyerahan bantuan kepada fakir miskin yang layak.

Drs. Khalil juga semasa ditemui menjelaskan sumbangan yang sama juga sedang dan akan dilakukan di DUN Titi Serong yang melibatkan sekitar 400 orang fakir miskin.


Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Posted: 23 Aug 2011 09:25 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

DAMANSARA 24 OGOS : Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang "mangsa"nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.

"Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan," tambah sumber itu.

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

"Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun," kata sumber berkenaan.

tv news/

Jangan Kamu Marah!

Posted: 23 Aug 2011 09:20 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:" Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:" Jangan kamu marah.."

(al-Bukhari)

Huraian

Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.

" Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji.

Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya.

Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pakatan rahsia Najib-Anwar 1998 - John Malott

Posted: 23 Aug 2011 09:19 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi politik. Dan saya bersetuju.

Sememangnya, saya adalah bekas Duta Amerika ke Malaysia semasa semua perkara ini berlaku untuk kali pertama. Sebagaimana yang diketahui ramai, kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat.

Tanyalah Wikileaks.

Orang Malaysia suka bercakap…

Ramai kawan saya di Malaysia tahu, saya amat lantang dalam menyatakan sokongan terhadap kebebasan Anwar untuk satu dekad lebih. Ini kerana saya tahu perkara yang sebenar. Saya berada di tempat kejadian ketika semuanya ini berlaku untuk kali pertama.

Pada 1998 – untuk kali pertama bagi Anwar – kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak benda. Kita tahu perkara sebenar. Kerana orang Malaysia – di tempat tertinggi – memberitahu kita.

Semasa saya di KL, penasihat (think thank) Najib dipanggil Malaysian Strategic Research Centre atau MSRC. MSRC sebenarnya hanyalah dua orang ialah Rohanna Mahmood dan Razak Baginda.

Namun, Rohanna mahupun Razak bukanlah pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang Amerika Syarikat untuk meledakkan apa yang mereka beritahu saya dan kedutaan saya pada masa dulu.

Satu pakatan rahsia

Pada tahun 1998, Rohanna telah bersama saya untuk satu makan tengahari pertemuan empat mata peribadi di kediaman duta. Pada masa itu ialah waktu Anwar mula mencabar Mahathir (mantan Perdana Menteri), secara halus namun amat jelas kelihatan.

Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar telah mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir keluar, Anwar akan jadi PM dan Najib akan jadi Timbalan PM. Itulah perjanjiannya. Namun, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Semasa perjalanan menjadi sengit, Najib berdiri dan membiarkan Anwar ke penjara.

Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Beliau memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, "Keputusan sudah dibuat. Mereka akan "nuke" (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik."

100 tahun

Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, "Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang.

Masih bolehkah disangsi apa yang berlaku dulu – dan apa yang berlaku kini?

harakahdaily/-

Lihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos

Posted: 23 Aug 2011 09:00 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

kosmo/-

Pencuri solo bertudung diburu

Posted: 23 Aug 2011 08:58 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TELUK INTAN: Seorang gadis bertudung menjadi buruan polis selepas dikesan licik menjalankan kegiatan mencuri secara solo dengan taktik berpura-pura mencari pekerjaan.

Gadis itu didakwa menggunakan kelebihan rupa paras dan tutur kata manis untuk memukau mangsa. Gadis dikenali sebagai Nurul Aqila, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter itu didakwa amat licik memperdaya mangsa dengan berpura-pura memohon kerja di premis menjual telefon bimbit sebelum melarikan barangan seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan beberapa aksesori telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kes itu dikesan pada jam 10 pagi, 12 Julai lalu apabila suspek yang berbaju kurung hitam mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar, Langkap, di sini.

Menurutnya, suspek menemui pemilik kedai sebelum bertanyakan kerja kosong.

"Mangsa terus mengambilnya bekerja selepas gadis itu mereka cerita kononnya baru enam bulan berkahwin dan mahu bekerja untuk menyara hidup.

"Selepas kira-kira 20 minit bekerja di kedai itu, suspek kemudian meminta izin dari majikannya untuk ke kedai fotostat berdekatan dengan alasan membuat salinan kad pengenalan.

metro/-

Tiga beradik maut dalam kolam

Posted: 23 Aug 2011 08:30 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

DI kolam takungan air inilah mayat tiga beradik diitemui mati lemas di Ladang Lambak/Eliases, Jalan Mengkibol, Kluang kelmarin.

KLUANG - Ibu bapa yang bertengkar anak-anak jadi korban. Demikian kisah malang menimpa tiga beradik yang dipercayai ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka di Ladang Lambak/Eliases, Jalan Mengkibol di sini kelmarin.

Tiga mangsa yang menjadi korban bapa sendiri itu hanya dikenali sebagai Niviyah, 5, Relesia, 3, dan Devenish, 2.

Kejadian menyayat hati pada pukul 7.30 malam itu berlaku selepas bapa kepada ketiga-tiga beradik itu membawa mereka ke kolam yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka dengan alasan untuk memancing dan bersiar-siar.

Sebelum itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu traktor dikatakan baru lepas bertengkar dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian menimpa ketiga-tiga beradik itu pada pukul 10.20 malam selepas dihubungi orang awam.

Menurut beliau, polis yang dihantar ke lokasi kejadian melancarkan operasi mencari dan menyelamat selama sejam sebelum menemui mayat ketiga-tiga beradik itu di dasar kolam tersebut.

"Semasa ditemui mayat ketiga-tiga beradik yang berada tidak jauh antara satu sama lain masing-masing lengkap berpakaian," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, polis kemudian menahan bapa kepada ketiga-tiga beradik itu bagi membantu siasatan mengenai kematian anak-anaknya.

"Semasa ditahan suspek yang berusia 29 tahun berada bawah pengaruh alkohol dan dipercayai telah minum racun," katanya lagi.

Suspek kemudian dihantar ke Hospital Kluang dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mohd. Fawzi memberitahu, daripada siasatan awal, suspek pulang ke rumah dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku selepas dipercayai menolak ketiga-tiga anaknya masuk ke dalam kolam.

Bagaimanapun, katanya, isteri suspek yang berusia 23 tahun mula curiga apabila melihat suaminya pulang tanpa anak-anak menyebabkan tercetus lagi perang mulut antara pasangan itu sehingga didengari jiran.

Jiran-jiran yang mengesyaki sesuatu buruk berlaku telah menghubungi polis.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh manakala suspek pula direman.

Mayat ketiga-tiga beradik itu dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kluang untuk bedah siasat.

Sementara itu, jiran suspek, K. Prakash, 29, berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa ketiga-tiga beradik itu kerana suspek yang dikenalinya merupakan seorang bapa penyayang.

"Sepanjang mengenali keluarga ini, saya tidak pernah melihat suspek memukul atau memarahi anak-anaknya.

"Namun kami selalu dengar pasangan itu bertengkar tetapi kami tidak pernah ambil tahu punca pertengkaran mereka," katanya yang tinggal bersebelahan rumah suspek.

kosmo/-

Serangan besar-besaran di kediaman pemimpin Libya

Posted: 23 Aug 2011 08:19 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Para pemberontak Libya semalam melancarkan satu serangan besar-besaran ke atas pekarangan kediaman pemimpin Muammar Gaddafi di sini.

Sebelum ini mereka memberi amaran bahawa akan melancarkan serangan di kawasan itu dengan bantuan kereta kebal.

Bunyi pertempuran kedengaran selepas para pemberontak mara ke bandar ini pada Ahad lalu.

Bunyi mortar dan jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut kedengaran.

Laungan Allahuakbar juga kedengaran dari masjid-masjid.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut meminta satu peralihan kuasa dilakukan di Libya dengan menuntut Gaddafi menyerahkan kuasanya.

Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet kelmarin menyatakan menerusi sebuah stesen radio bahawa rejim Gaddafi sudah tumbang tetapi situasi di Libya masih belum menemui jalan penamat. - AFP

Remaja lari dari rumah kerana ganja

Posted: 23 Aug 2011 07:47 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -


\
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua minggu bukan saja dicekup ketika menggoreng nasi ayam pada pagi Ramadan, tetapi ketika tangkapan remaja itu didapati 'lalok' selepas menghisap ganja di sebuah rumah di Keramat, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin yang diminta pertolongan daripada bapa remaja terbabit bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat tempat persembunyiannya di sebuah rumah.


"Ketika sampai di rumah persembunyian itu, kami mendapati remaja terbabit menggoreng nasi ayam sambil kepalanya lentok kerana menghisap ganja," katanya.


Menurut Ahmadi, beliau difahamkan remaja terbabit pengedar di kawasan berkenaan.


"Soal siasat mendapati remaja terbabit mempunyai banyak rekod buruk dan pernah memasuki kem pemulihan kami di Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Kami juga mendapat tahu remaja itu bekas pelajar sekolah agama," katanya.



Katanya, bapa remaja terbabit memberitahu anaknya sepatutnya masih bersekolah di Wangsa Maju, namun mulai liar dan meninggalkan bangku sekolah sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan-rakannya yang juga ahli kongsi gelap.


"Difahamkan, remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak awal Ramadan lalu selepas berang dengan ibu bapanya yang menegurnya menghisap rokok dan ganja, tidak berpuasa selain memaki-hamun seluruh anggota keluarga sejurus perangainya ditegur," katanya.


Menurut Ahmadi, remaja terbabit kini dibawa ke pusat pemulihan akhlak di Bukit Beruntung untuk mengubati penyakit jiwa.

4 lelaki berparang samun peniaga

Posted: 23 Aug 2011 07:38 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

KAJANG: Seorang peniaga berputih mata apabila sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai, barangan kemas, jam tangan berjenama, komputer riba dan konsol game video Playstation 3 yang dianggarkan bernilai kira-kira RM55,000 di Taman Saga Emas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 53 tahun yang menonton televisyen bersama keluarga terkejut apabila suspek yang memakai topeng muncul di pintu rumah berkenaan sebelum mengacukan parang ke arah mangsa.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek memasuki kawasan rumah mangsa dengan memanjat pagar depan dan ketika kejadian, mangsa tidak mengunci pintu jeriji rumahnya.


"Sebaik suspek memasuki rumah itu, mangsa dan keluarganya terpinga-pinga dan kesempatan itu digunakan suspek untuk mengikat mangsa dan ahli keluarganya.


"Suspek memaksa mangsa menunjukkan tempat simpanan wang dan barang berharga di dalam sebuah bilik," katanya.



Ab Rashid berkata, mangsa menuruti arahan suspek kerana bimbang suspek melakukan sesuatu di luar jangkaan dan mendatangkan bahaya pada ahli keluarganya. "Suspek yang menggeledah semua bilik menjumpai wang tunai, jam berjenama, komputer riba dan Playstation 3 sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta.


"Saksi melihat suspek melarikan diri menggunakan Toyota Vios warna hitam," katanya.


Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan dan menggunakan senjata.


Ambil iktibar kejatuhan rejim Gaddafi

Posted: 23 Aug 2011 07:30 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kerajaan BN agar mengambil iktibar daripada kejatuhan rejim Muammar Gaddafi akibat pemberontakan rakyat Libya.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, BN harus segera sedar bahawa rakyat akan bangkit sekiranya corak pemerintahan kerajaan tidak menjurus ke arah keadilan.

"Jatuhnya Gaddafi disebabkan beliau bersifat autotarian dan menyekat banyak ruang demokrasi dalam negara seperti kebebasan akhbar dan hak asasi rakyat yang ada dalam Perlembagaan Negara mereka.

"Jadi rakyat bangun untuk menuntut keadilan. Kejatuhan Gaddafi itu disebabkan kegagalan beliau memberikan keadilan kepada rakyat dan ini boleh dijadikan iktibar kepada Umno BN yang ingin terus berkuasa," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, Gaddafi yang sudah 42 tahun memerintah Libya tumbang selepas kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.

Pemberontakan di Libya bermula pada 15 Februari lalu ekoran para penunjuk perasaan menuntut kebebasan hak asasi manusia.

Ia kemudian bertukar menjadi pertempuran di antara kumpulan tentera Gaddafi dengan para pemberontak sebelum tentera bersekutu diketuai AS mengebom bandar-bandar utama di Libya bagi menguatkuasakan larangan terbang di negara tersebut selepas diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Raja Ahmad berkata, kekayaan ekonomi sesebuah negara tidak dapat menjamin kerajaannya kekal berkuasa sekiranya keprluan lain diabaikan.

"Di Libya memang hasil minyaknya banyak dan rakyat kekayaan dikongsi bersama rakyat, kos sara hidup rakyatnya rendah tapi pemerintah mengabaikan aspek kehidupan yang lain.

"Umno dan BN tidak boleh menjadikan isu ekonomi atau pembangunan yang mereka lakukan selama ini sebagai asas untuk mereka mempertahankan kerajaan mereka kerana ekonomi bukan asas kebahagian seseorang tapi rakyat juga mahukan keadilan dalam berorganisasi, keadilan dalam menyuarakan pandangan hak-hak asasi," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda.

Sambil merakamkan ucapan tahniah keapda rakyat Libya, beliau bagaimanapun meminta pihak luar menghentikan campur tangan asing ke atas Libya sebaliknya menyerahkan segala keputusan kepada rakyatnya.

"Dalam masa yang sama juga kita minta pihak barat yang selama ini menyokong pihak pemberontak menyerahkan kembali suara rakyat kepada kepada Libya sendiri untuk menentukan sistem dan juga konsep negara yang mereka ingin bentuk.

"Terutamanya NATO dan Perancis yang berkepentingan di sana untuk memastikan apabila turunnya Gaddafi, semua kuasa, tindakan dan keputusan diserahkan kepada rakyatnya.

"Campur tangan pihak asing perlu dielakkan untuk mengelakkan pergolakan," katanya lagi.

Libya negara yang mempunyai simpanan minyak yang terbesar di Afrika dan yang ke-9 terbesar di dunia diserang oleh tentera bersekutu dan kemudiannya diajak negara-negara Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) untuk menyertai serangan keatas Libya.

Februari lalu, pemimpin Pakatan Rakyat bersama lebih 300 rakyat Libya dan 100 warga tempatan menganjurkan demonstrasi secara aman di kawasan sekitar Kedutaan Libya menuntut Presiden Muammar Gaddafi segera meletak jawatan.

Kebangkitan anak muda

Sementara itu, beliau turut mengakui kejayaan pemberontakan ini disokong oleh kuasa anak muda yang sedar mengenai apa yang berlaku dalam negara mereka.

Memberi contoh kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir beberapa bulan lalu yang berpunca daripada kebangkitan anak muda, beliau berkata, anak muda sekarang sudah terdedah keapda sumber-sumber baru.

"Anak muda sekarang bukan anak muda dahulu. Anak muda sekarang terdedah kepada maklumat terutamanya media baru. Jadi mereka banyak memahami situasi dan erti keadilan.

"Maklumat yang mereka peroleh ialah primari menerusi sumber baru, bukan secondary lagi," katanya.

Justeru katanya, Dewan Pemuda akan memastikan gerakan anak muda sentiasa terarah untuk kepimpinan akan datang.

"Dewan Pemuda di peringkat pusat, negeri malah kawasan dan cawangan akan menggerakkan anak muda semoga mereka ini akan memimpin kebangkitan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia," katanya.

harakahdaily/-

Laluan bertingkat di Pasir Mas siap

Posted: 23 Aug 2011 07:00 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PASIR MAS,: Laluan bertingkat melintas landasan kereta api di sini kini siap sepenuhnya, sedangkan jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan jambatan Sultan Yahya Petra kedua bernilai RM150 juta belum pun mencapai 50 peratus dibina.

Laluan bertingkat itu dibina kerajaan negeri membabitkan kos RM15.5 juta, bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Pasir Mas.

Sebaliknya jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan projek perlebaran Jambatan Sultan Yahya Petra kedua hanya kelihatan tiang dibina kerajaan pusat. Perletakan batu asas dibuat Perdana Menteri pada Ogos 2007.

Rakyat boleh menilai sendiri sebuah kerajaan negeri yang berpendapatan tidak seberapa dapat menyiapkan projek laluan bertingkat mengikut perancangan awal.

Projek laluan bertingkat sepanjang 750 meter itu menghubungkan Kampung Lemal dan Kubang Panjang dianggap projek terbesar pernah dilaksanakan kerajaan negeri.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, fasa kedua projek membina jalan susur daripada laluan bertingkat ke Jalan Meranti sedang dijalankan.

"Jalan sepanjang 1.5 km itu sedang dilaksanakan kerja-kerja menambun dan dijangka siap akhir tahun ini," katanya ketika ditemui semasa meninjau projek jalan tersebut hari ini.

Menurutnya jalan bertingkat itu dijangka dapat digunakan orang ramai sehari dua lagi memandangkan kerja-kerja mengetar masih dijalankan.

"InsyaAllah anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Hari Raya ini akan melihat sendiri projek dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi masalah trafik di Pasir Mas," ujarnya.

harakahdaily/-

Berlaku adillah sekalipun pada non Muslim

Posted: 23 Aug 2011 06:30 PM PDT

23 Ramadhan 1432H. [MOD] -

1. Islam adalah agama wahyu yang diutus oleh Allah swt. Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Mencipta sekelian alam. Antara sifat penting yang menjadi prinsip Islam ialah berlaku adil. Bukan sahaja adil semasa aman bahkan adil sewaktu perang. Bukan sahaja adil sesama penganut ajaran Islam tetapi adil juga kepada non muslim.

يَا أَيُّهَآ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ للَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىۤ أَلاَّ تَعْدِلُواْ ٱعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maksudnya:

Wahai orang–orang yang beriman, Jadilah kamu orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali–kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kau kerjakan.

Surah al Maaidah: 8

2. Adil ertinya berpaksi kepada kebenaran. Menegakkan keadilan ertinya menegakkan kebenaran. Sementara musuh kebenaran ialah pendustaan dan ia adalah satu kezaliman yang ditentang oleh syara'.

3. Sungguhpun Islam tidak pernah mengiktiraf tuhan–tuhan yang disembah selain Allah swt. oleh non muslim, namun Islam mempunyai sikap yang tegas dan jelas agar ummatnya tidak menghina dan mencerca tuhan yang mereka sembah.

Firman Alllah swt:

و لا تَسُبُّوا الذينَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Dan janganlah kamu cerca apa yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

Asy Syaukani rhm berkata di dalam tafsirnya " Fathul Qadir jilid 2 muka surat 149" bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru [pendakwah] kepada kebenaran dan pencegah kebathilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu bahkan wajib.

Prof. Wahbah az Zuhaili menjelas di dalam tafsirnya "al Munir jilid 7 muka surat 327" bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah – olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan RasulNya saw.

4. Jika mencerca tuhan yang mereka sembah selain Allah swt pun dilarang oleh Islam sedang ia adalah perbuatan syirik dan kufur, kerana Islam mengambil maslahah agar Allah Tuhan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan tidak dicerca balas oleh mereka, maka demikianlah juga dalam perkara – perkara lain seperti mengatakan ugama mereka adalah ugama yang jahat, melakukan keganasan, melakukan perbuatan yang meruntuhkan moral dan sebagainya.

5. Saya dan kita semua yakin bahawa agama mereka salah menurut pandangan Islam. Tetapi kita tidak boleh memaksa mereka mengikut agama kita justeru Islam hanya boleh diterima dan dianut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tanpa sebarang paksaan. Sebab itulah, apabila seseorang menganut ajaran Islam, tiada lagi jalan keluar untuk mereka melainkan mereka terpaksa berdepan dengan undang – undang murtad kerana ia adalah satu penghinaan kepada ajaran Islam.

6. Membuat tuduhan apa jua bentuknya dan kepada siapa pun tuduhan tersebut, Islam mengajar kita mengemukakan bukti yang jelas. Inilah keindahan dan keadilan Islam. Ketika mengemukakan sokongan terbuka kepada JAIS dalam isu pemeriksaan yang dibuat oleh JAIS ke atas gereja baru – baru ini, saya telah gariskan 3 sikap yang jelas.

a ] saya dan rakan – rakan pemuda PAS tegas akan terus berjuang mempertahankan Aqidah ummah. Justeru itu, kami setuju dan sokong tindakan JAIS atas sifat ia adalah pihak berkuasa agama yang bertanggungjawab langsung menjaga aqidah ummat Islam. Sebaik menerima maklumat yang diyakini, JAIS mesti bertindak memeriksa atau menyiasat [bukan menyerbu], malah jika benar maklumat yang diterima, maka JAIS berkewajipan :

i. membuat dakwaan kepada pihak yang melakukan kesalahan memurtadkan ummat Islam dan

ii. menahan ummat Islam yang dimurtadkan atau yang cuba dimurtadkan untuk proses istitab [meminta mereka bertaubat dan kembali semula kepada Islam]

b ] ummat Islam amnya dan pihak berkuasa agama khasnya, mesti memelihara hak non muslim sebagaimana yang diajar oleh syariat Islam dan tidak sekali – kali kita dibenarkan mencabulnya, seperti menceroboh dan meruntuhkan rumah ibadat mereka. Lebih – lebih lagi mencabul dan meruntuhkan rumah ibadat ummat Islam [masjid \ surau] itu sendiri.

c ] sebagai seorang muslim pula memimpin sayap pergerakan Pemuda Islam seperti PAS di Malaysia, saya tegas mengingatkan semua pihak [samaada non muslim atau muslim] agar sekali – kali tidak melakukan perkara yang merosakkan aqidah, pemikiran dan akhlak ummat Islam kerana ia merosak dan meruntuhkan peradaban ummat Islam.

7. Ertinya kita mempunyai sikap yang jelas dan tegas bahawa kita wajib mempertahankan aqidah ummah dalam apa jua keadaan, sekalipun darah dan nyawa ini menjadi taruhan. Namun dalam masa yang sama kita mesti berlaku adil terhadap pihak lain termasuk non muslim. Kita hanya memerangi mereka yang memerangi Islam seperti golongan yang cuba untuk merosakkan aqidah ummat Islam dan memalingkan mereka dari agama Islam.

8. Sungguhpun begitu, sebelum kita membuat sebarang tuduhan atau dakwaan kepada mana – mana pihak di atas apa jua bentuk tuduhan, bukti atau baiyyinah adalah diperlukan. Inilah kebenaran yang diperjuangkan oleh Islam. Malah disinilah terletaknya keadilan Islam.

9. Kita juga tidak boleh menghukum tindakan individu atau satu – satu golongan ke atas umum. Sebagaimana kita tidak boleh menghukum bahawa Islam agama yang ganas semata – mata segelintir ummat Islam merancang dan melakukannya. Kita tidak boleh menghukum Islam agama yang menggalakkan penzinaan sekalipun statistik menunjukkan ramai ummat Islam di dalam negara kita terjebak dalam seks bebas dan buang bayi. Jika kita tidak boleh mengambil kaedah sedemikian ke atas agama kita, maka kaedah itu juga tidak boleh kita gunakan secara rawak atau rambang ke atas agama lain.

10. Isunya di sini ialah kita mesti berlaku adil dalam tindakan. Jika ada tuduhan atau dakwaan, mestilah ada bukti yang jelas, bukan tuduhan yang hanya berasaskan rasa marah, benci dan emosi. Apabila jelas bukti maka hendaklah pihak berkenaan membuat dakwaan rasmi agar kemungkaran dan kemaksiatan dapat dibasmi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan

Posted: 23 Aug 2011 05:30 PM PDT

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

"Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
Kebodohan pemimpin

"Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

"Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

"Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

"Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Nuffnang