Ahad, 24 Julai 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Papan tanda menjolok mata

Posted: 23 Jul 2011 07:51 AM PDT


Papan tanda menjolok mata
Sinar Harian 23 Julai 2011

KUALA PILAH – Papan tanda menjolok mata di pekan Kuala Pilah menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan masyarakat terutamanya wanita, dekat sini.

Ketua Dewan Muslimat Pas Kuala Pilah, Fazilah Abu Samah berkata, papan tanda itu telah lama dibiarkan bergantung tanpa ada saranan ataupun cadangan untuk menurunkannya.

Menurutnya, Dewan Muslimat menyarankan dan mendesak pihak berkaitan menurunkan papan tanda tersebut bagi menghormati kaum wanita terutamanya beragama Islam.

"Papan tanda memaparkan bentuk badan wanita separuh bogel ini tidak boleh diterima masyarakat Kuala Pilah yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

"Pihak berkuasa dinasihatkan untuk menurunkan papan tanda tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti kami," katanya.

Malah, katanya, mereka tidak rela kaum wanita dieksploitasi dengan memaparkan gambar tubuh badan wanita seperti itu di papan tanda kedai.

"Jangan kerana ingin mendapatkan keuntungan, gambar seperti itu diletakkan di tempat tinggi untuk tontonan masyarakat.

"Rata-rata golongan wanita berasa tindakan memasang papan itu sebagai tidak bermoral dan melanggar sensitiviti wanita. Apa yang menyedihkan, ia berada di laluan utama Kuala Pilah ke Seremban, Tampin dan Bahau," katanya.

Fazilah berkata, banyak pendekatan boleh dilakukan bagi mempromosi perniagaan, namun ia menjadikan wanita sebagai mangsa iklan dan dieksploitasi, itu tindakan tidak wajar.

"Dalam Islam, wanita diberi kedudukan istimewa, ditinggikan martabatnya sesuai dengan fitrah kejadian. Sebagai contoh, di Kelantan, walaupun gambar wanita digunakan di papan iklan, tetapi masih mengikut norma dibenarkan agama Islam.

"Dewan Muslimat Pas juga telah membincang isu ini pada Mesyuarat Agung Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Pilah yang berlangsung April lalu dan mengambil keputusan untuk bersama-sama menyatakan bantahan kami kepada pihak berkuasa berkaitan papan tanda seperti itu," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9358284.asp

Tiada ulasan:

Nuffnang