Ahad, 24 Julai 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Penubuhan 11 Cawangan DHPP Kota Raja

Posted: 24 Jul 2011 02:40 AM PDT

Taman Sentosa .... pada ketika ini sedang berlangsung majlis penubuhan 11 cawangan DHPP di Kota Raja yang diresmikan oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud.

Turut serta dalam majlis ini ialah YDP PAS Kota Raja En Jaafar Samsudin, Timbalan Pengerusi DHPP PAS Pusat En Bala Subramaniam, En Azmi Jusoh dan Ahlijawatankuasa LPN PAS Kota Raja.

Dalam ucapannya YB mahu memastikan supaya anak-anak orang India tidak ada yang tercicir tidak pergi kesekolah kerana kemiskinan tegar. Beliau mahu agar semua anak-anak orang India yang merupakan rakyat Malaysia mesti mendapat pendidikan minima sehingga SPM. Ini penting untuk menjadikan masyarakat ini tidak tercicir dengan kaum-kaum yang lain.
Beliau juga mencadangkan agar DHPP Kota Raja menubuhkan Tabung Kebajikan dikalangan mereka supaya sumbangan dapat diagihkan kepada ahli yang memerlukan.

Sementara itu YDP dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Sdr Letchumanan kerana kejayaannya menubuhkan cawangan-cawangan pada petang ini. Ini menunjukkan kepada semua bahawa PAS semakin menjadi parti pilihan dikalangan kaum India.









Tiada ulasan:

Nuffnang