Jumaat, 1 Julai 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bob Lokman dan Dr Rosli 7 Julai 2011 Senawang

Posted: 01 Jul 2011 12:22 AM PDT



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 7 Julai 2011 , KHAMIS
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang, N.Sembilan
Penceramah :
YB Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Ustaz Khairil Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Bob Lokman

Semua dijemput hadir

Anjuran PAS Cawangan Taman Pinggiran Senawang

Dua ADUN N.Sembilan ditangkap pakai baju BERSIH

Posted: 30 Jun 2011 11:59 PM PDT



Malaysiakini, 1 Julai 2011
Polis terus menghambat penyokong BERSIH 2.0 dengan dua lagi pemimpin pembangkang ditangkap kerana memakai kemeja T Bersih pada satu majlis makan malam semalam.

Kali ini mangsa mereka adalah ADUN Lukut, Ean Yong Ting Sin dan ADUN BahauTeo Kok Seong yang dicekup ketika menghadiri majlis makan malam DAP di Titi, Jelebu, Negri Sembilan.

Menurut twitter Teo, anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis telah bersiap sedia untuk menangkap sesiap yang berani memakai baju T BERSIH.

Sebaik keluar dari majlis itu, Teo menulis beliau dan Ean Yong "dijemput" untuk merakamkan kenyataan mereka di balai polis Titi.

http://malaysiakini.com/news/168580

Aduan Tentang Kewujudan Gerai-gerai Haram

Posted: 30 Jun 2011 08:15 PM PDT

Aduan Rakyat Online – 30 Jun 2011

Saya wakil daripada penduduk taman ini pernah membuat aduan mengenai gerai haram di Jalan Seri Pulai 26. Taman Sri Pulai 2, Seremban kepada Majlis Perbandaran Seremban pada 9 Mei 2011. Tetapi tiada sebarang tindakan yg diambil oleh pihak MPS.

Antara kesulitan yang kami hadapi di sini ialah:

1. Peniaga-peniaga haram membuang sampah merata-rata di sekitar kawasan perniagaan mereka, lorong-lorong taman perumahan ini.

2. Peniaga haram membina tapak kekal, stall dan juga membina dinding konkrik serta wujudnya tandas di hadapan Maktab Perguruan Raja Melewar.

3. Membahayakan lagi pelanggan mereka parking kenderaan dibahu jalan serta menyukarkan keluar masuk ke jalan utama. Pernah mengakibatkan kemalangan di simpang tersebut.

4. Lebih menyedihkan lagi peniaga haram ini mengalirkan air limpahan menuruni laluan singkat anak-anak Taman Sri Pulai untuk ke sekolah

Kami permastautin di sini sangat berbesar hati pihak tuan dapat melihat sendiri keadaan ini dalam masa yang terdekat. Semoga tindakan segera boleh diambil.

By: Kak Chun

http://www.aduanrakyat.com.my/aduan-tentang-kewujudan-gerai-gerai-haram

Aduan bau busuk di Taman Indah, Negeri Sembilan

Posted: 30 Jun 2011 08:14 PM PDT

Aduan Rakyat Online – 30 Jun 2011


Kami pengusaha-pengusaha restoran meminta pihak ADUAN RAKYAT supaya datang dengan segera bagi menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk ini.

Ini berpunca dari pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pemprosesan "sharp fin" secara haram di sebelah Restoran kami. Bau busuk ini sudah semakin kuat dan tidak mengenangkan pelanggan yang sedang menikmati makanan dan minuman yang dihidangkan. Secara tidak langsung menjejaskan imej kawasan tersebut serta pengoperasian perniagaan kami semakin merosot. Di samping itu,pemprosesan "sharp fin" ini telah menyebabkan kedatangan tikus serta lalat dengan kuantiti yang banyak.

Kami Meminta Kerjasama Dari Pihak Aduan Rakyat Supaya Datang Dengan Segera Bagi Menyelesaikan Masalah Pencemaran Bau Busuk Di Taman Indah, Negeri Sembilan. Kami Berharap Pihak Aduan Rakyat Dapat Membantu Menyelesaikan Masalah Pencemaran Bau Busuk Ini Secepat Mungkin.

Kami pengusaha-pengusaha tempat restoran.

By: Kelvin Yek

http://www.aduanrakyat.com.my/aduan-bau-busuk-di-taman-indah-negeri-sembilan

Tiada ulasan:

Nuffnang