DUN BUKIT PAYONG |
Jadikan masjid zon bebas berdakwah Posted: 30 Jun 2011 01:11 PM PDT Marang 30 Jun : Kerajaan sepatutnya menjadikan masjid sebagai zon bebas berdakwah dengan membuka ruang ruang kepada semua ulamak untuk berdakwah. Dengan cara ini masjid insyaAllah akan sentiasa dipenuhi oleh golongan yang mencari-cari kebenaran ilmu. Ini juga akan membuatkan orang ramai akan menjadi lebih kritis dan peka dengan sesuatu isu agama yang baru. Kepentingan menjadikan zon bebas berdakwah itu juga akan membantu percambahan fikiran masyarakat agar dapat membandingkan sesuatu perkara dengan bebas tanpa pemikiran mereka condong kepada sebelah pihak sahaja. Saranan ini dizahirkan oleh ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, sebagai cadangan balas kepada Umno yang ketika ini masih tercari-cari formula untuk mengimarahkan masjid-masjid di Terengganu. Di dalam laporan Sinar Harian rabu lalu, Dato' Nasir Ibrahim Fikri dilaporkan tidak berpuashati dengan jumlah kehadiran jemaah ke masjid-masjid kerajaan yang dianggap oleh beliau sebagai mengecewakan. Beliau dengan sewenang-wenangnya melabelkan rakyat sebagai tidak bersyukur dengan kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan kepada masjid-masjid itu. Ahli Parlimen Kuala Nerus itu kemudiannya menyarankan agar masjid dijadikan sebagai pusat ilmu dan kegiatan kemasyarakatan agar ianya menjadi tempat berhimpunnya masyarakat setempat. Dengan ini mengikut pandangannya, kemudahan dari kerajaan itu tidak disia-siakan begitu sahaja. Akan tetapi menurut Ustaz Mohd Nor, cadangan menjadikan masjid sebagai pusat ilmu itu tidak akan berkesan sekiranya masjid-masjid tersebut masih diselubungi oleh pemikiran kolot bahawa semua masjid-masjid kerajaan adalah milik Umno. "Bebaskan dahulu masjid dari himpitan idealogi Umno iaitu dengan menganggap masjid-masjid itu milik mutlak Umno,"katanya Dengan PAS telah berjaya membuktikan ahli-ahlinya sentiasa berusaha mengimarahkan masjid, Ustaz Mohd Nor seterusnya menyarankan sepatutnya contoh daripada ahli-ahli PAS itu dijadikan panduan oleh Umno |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan