Isnin, 11 Julai 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


TAK HABIS-HABIS SEBAR FITNAH...

Posted: 11 Jul 2011 04:53 AM PDT


TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej "pemuda bertopeng" semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

"Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis," ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis. Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

"Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar," katanya. Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa. - Harakah

VIDEO HIMPUNAN BERSIH

Posted: 10 Jul 2011 05:51 PM PDT



WARGA SIBER DESAK NAJIB LETAK JAWATAN..?

Posted: 10 Jul 2011 05:14 PM PDT

Ramai pemerhati berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang beradaan di dalam keadaan tertekan dengan kejayaan penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan aman di tengah bandar Kuala Lumpur.

Najib semalam menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Tiba-tiba gesaan beliau disambut dengan satu laman facebook bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 orang meminta Najib Tun Razak Letak Jawatan).



Didalam masa tidak sampai 10 jam, angka 100,000 itu dicapai dan lawatan pagi ke laman facebook tersebut mendapati angkanya sudah melepas 100K, iaitu 101,093

Gesaan Najib menjadi kenyataan tetapi malangnya kini ia bertentangan dengan apa yang dihajatkan.

Tindakan Najib mengumpul hampir 6,000 orang ahli Umno dan NGO di PWTC pagi semalam di PWTC dilihat adalah semata-mata untuk "memulihkan semangatnya" kembali apabila polis dilihat GAGAL menghalang perhimpunan BERSIH daripada berlaku.

Walaupun penganjur BERSIH telah ditipu oleh Najib dengan menyatakaan kesediaan kerajaan untuk menyediakan stadium jika penganjur BERSIH ingin meneruskan perhimpunan, tetapi kemudian apabila penganjur BERSIH bersetuju setelah menerima nasih Agong, Najib kemudiannya gagal menyempurnakan janjikan, menyebabkan peserta-peserta tiada pilihan lain kecuali ke stadium juga.

Pun mereka dihalang, dengan polis menutup sekalian laluan masuk ke ibu kota. Keadaan ibu kota di pagi 9 Julai lengang selengang-lengangnya seolah-olah KL di ambang perang, KL seperti dalam keadaan darurat. Seolah-olah perhimpunan aman BERSIH tidak lansung akan berlaku di ibu kota.

Tiba-tiba selepas sahaja waktu zohor, muncul peserta BERSIH ini entah dari mana datangnya dan di mana mereka menyorok sebelumnya. Polis tiba-tiba tersentak. Akhbar BERITA HARIAN di dalam satu tulisan utamanya menyatakan semalam:

Penyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 muncul dari pelbagai arah sekitar ibu negara semalam tanpa diketahui lokasi sebenar mereka bersembunyi, sekali gus menyebabkan keadaan sekitar kawasan utama menjadi tegang.

Demikianlah episod BERSIH bermula.

Rakyat walau dikekang bagaimanapun, mereka akan tetap bersatu di dalam satu arus akhirnya.

Perhimpunan rakyat yang pada mulanya senyap-senyap dan berjalan dengan tenang dan aman, tiba-tiba dihuru-harakan oleh polis FRU yang megejar, membelasah, menembak, mengganas, menangkap peserta perhimpunan aman. Maka hancur semua ketenangan dan keamanan, yang timbul ialah kekecohan dan kekacauan.

Yang paling menghodohkan keadaan ialah tembakan gas pemedih mata, apa tah lagi di kawasan perkarangan sebuah hospital swasta.

Dan tangkapan ke atas beberapa pemimpin BERSIH dan Pakatan Rakyat, sekaligus menconteng arang kepada nama baik Malaysia di mata antarabangsa.

Seperti yang GB tuliskan sebelum ini, siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat.

Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

Tiada ulasan:

Nuffnang