Direct Free Kick |
29 Julai 2011 -Ibrahim dipanggil ke IPD Ampang Jaya Posted: 28 Jul 2011 03:39 AM PDT Sdra. Ibrahim Yahya, Penolong Setiausaha PAS Kawasan Pandan di IPD Ampang Jaya setelah mendapat notis 111. Turut kelihatan Tuan Hj Meor Rithuan Md. Said, TYDP dan Sdra. Mamat, AJK Pemuda. Beliau dipanggil kerana kes ceramah tanpa permit. Pening kepala memikirkan Polis ada masa buat kerja politik. Di Ampang Jaya ada hanya 168 anggota Polis tapi penduduk lebih 400,000. Ini bermakna nisbah polis kepada penduduk adalah 1: 3,000. Walhal menurut Polis Antarabangsa atau Interpol nisbah ini sepatutnya 1:250. Jadi hentikanlah kerja-kerja politik seperti menangkap OKU memakai baju Bersih. Tumpukan perhatian untuk menangkap penjenayah. Ragut, pecah rumah dan rompak ada di mana-mana. Lebih baik membanteras jenayah-jenayah ini. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan