Jumaat, 29 Julai 2011

.

.


SUARA HATI SUAMI YANG SYAHDU BUAT ISTERI

Posted: 29 Jul 2011 02:20 AM PDT

Assalamuálaikum warahmatuLLAH. Sambil-sambil baring rehat isteriku membaca mutiara kata yang sedang ditatapinya di screen net booknya. Aku terus copy dan paste kat email untuk diuploadkan ke dalam blog aku nanti.

Inilah k
ata-kata syahdu sang suami:

* Wahai isteriku, janganlah engkau terlampau mencintaiku. Aku hanyalah sekadar makhluk yang tiada daya dan upaya. Aku tidak pernah bisa membelamu, kecuali kalau Allah m
engurniakan kekuatan kepadaku.

* Aku tidak akan pernah mampu memberi nafkah kepadamu satu rupiah pun kecuali kalau Allah menitipkan rezeki kepadaku.

* Cintailah Allah Pemilik alam semesta ini.
Sekiranya Allah mencintaimu, maka niscaya Dia akan memelihara dirimu walaupun aku jauh darimu.
Sekiranya Allah menyayangimu, maka Dia pasti membela dan mencukupimu walaupun aku tidak berdaya untuk membela dan mencukupimu.

* Cintailah aku sekadar apa yang diperintahkan Allah kepadaku.

Tiada ulasan:

Nuffnang